Showing posts with label Dunia. Show all posts
Showing posts with label Dunia. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Pray4MH370

Pendedahan Identiti Passport Palsu

Gambar yang tersebar secara meluas
Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mendedahkan identiti kedua-dua lelaki yang menggunakan passport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut laporan Astro Awani, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata lelaki yang bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, adalah warganegara Iran yang berusia 30 tahun.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dedahkan identiti lelaki pertama yang menggunakan pasport curi sebagai warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19.

Noble berkata pasport kedua-dua lelaki itu tidak terdapat dalam pangkalan data Interpol.

“Jadi, sekiranya mana-mana pihak mencari nama atau nombor passport kedua-dua lelaki ini di pangkalan data Interpol, mereka tidak akan menjumpainya.

“Apa yang kami tahu, apabila kedua-dua lelaki ini tiba di Kuala Lumpur pada 28 Februari, mereka menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport Itali dan Austria.

“Kami kini dalam proses meminta negara-negara di seluruh dunia untuk memberikan apa-apa maklumat mengenai imej kedua-dua lelaki terbabit, passport mereka dan nombor passport mereka,” katanya semasa satu sidang media.


credit

Saturday, 8 March 2014

Jual Janggut Je Sampai 1 Juta

Lelaki Jual Janggut A$1 juta (RM2.94 juta)

Sydney: Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta).
Gambar Hiasan
Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.
“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.

“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.
Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.

“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.

Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.
Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.

Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual. 

Ozil Dikhatan??

Kecoh! Mesut Ozil Dikhatan Jin Islam

Kecoh Bila Mesut Ozil DiKhatan Jin
Kota Depok: Ibu bapa Mesut Ozil mendakwa anak mereka dikhatankan makhluk halus apabila mendapati kemaluan kanak-kanak itu kelihatan seperti sudah dikhatankan walaupun anak mereka belum menjalani proses itu.
Mesut Ozil yang dimaksudkan bukanlah bintang bola sepak Arsenal yang juga pemain kebangsaan Jerman, sebaliknya kanak-kanak berusia empat tahun ang berasal dari daerah Bojongsari, Jawa Barat. 
Dia mungkin diberikan nama sempena nama pemain berkenaan kerana ibu bapanya peminat bola sepak. Perkara itu mula disedari ibu Ozil, Hariani apabila anaknya itu menangis kesakitan ketika dimandikan.

Penerimaan Wanita Bertudung Di Eropah

Pengadil Bola Sepak Eropah Bertudung

Gambar Hiasan
Milan: Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.
Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung. 
Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini. 

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.

Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.
Gambar Hiasan
Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior. 


Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat.

Ciuman Selamat Tinggal

Ciuman Kura-kura

Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa
Seorang lelaki yang dipercayai cuba melepaskan kura-kura peliharaannya dimasukkan ke hospital selepas binatang itu menggigit bibirnya ketika dia mencium haiwan itu.
Setakat ini tiada laporan mengenai keadaan lelaki berkenaan. Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa yang kemudian dimuat naik di Internet sebagai peringatan kepada pencinta haiwan peliharaan supaya mengutamakan keselamatan.
Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Weibo yang menyifatkan kejadian itu, sebagai ‘ciuman selamat tinggal’ daripada haiwan peliharaan berkenaan kepada tuannya.

Menurut laporan, kura-kura itu dari baka yang berbahaya dan berasal dari Amerika Utara.
Reptilia itu ditemui di Tasik Weishan yang terletak di selatan wilayah Anhui dan ia yang pertama seumpamanya ditemui di situ.

Kura-kura itu dianggap berbahaya kepada ekosistem China dan orang ramai diberi amaran supaya tidak melepaskannya secara sembarangan.

MH370 Flight Incidents

Pray For MH370

Sepang, 8 March 2014: Malaysia Airlines is still unable to establish any contact or determine the whereabouts of flight MH370. Earlier today, Subang ATC had lost contact with the aircraft at 2.40am. The last known position of MH370 before it disappeared off the radar was 065515 North (longitude) and 1033443 East (latitude).

We are still trying to locate the current location of the flight based on the last known position of the aircraft. We are working with the International search and rescue teams in trying to locate the aircraft. So far, we have not received any emergency signals or distress messages from MH370. We are working with authorities and assure that all sources are deployed to assist with the search and rescue mission.

The passenger manifest will not be released until all families of the passengers have been informed. The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants) and 12 crew members.

We are deploying our “Go Team” to Beijing which will depart Kuala Lumpur International Airport at 4.30pm with a team of caregivers and volunteers to assist the family members of the passengers.

The passengers are of 14 different nationalities. All crew on-board are Malaysians.

Please take note that the earlier statement did not include the number of Indian nationals. This was due to confusion between the country code of Indonesia and India.

The below table shows the latest number of passengers and their nationalities:-

Nationality

Total

China/Taiwan

154 including infant

Malaysia

38

India

5

Indonesia

7

Australia

6

France

4

USA

3 including infant

New Zealand

2

Ukraine

2

Canada

2

Russian

1

Italy

1

Netherlands

1

Austrian

1

Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize our full support.

Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation. There are many unvalidated reports out in the media and Malaysia Airlines strongly urges the media and the public at large to only report from official statements from Malaysia Airlines and the Government of Malaysia.

Friday, 7 March 2014

Telur Ayam Yang Ajaib

Telur Ayam Mempunyai Ekor

Gambar Hiasan
Telur ayam memang menjadi makanan kegemaran kebanyakan orang untuk dijadikan menu sarapan. Namun telur  ini sepertinya tidak  boleh dimakan kerana memaparkan sesuatu yang aneh yakni mempunyai ekor. Ya, sebuah telur berekor baru-baru ini mengemparkan penduduk China. Telur ini pertama kali keluar dari seekor ayam betina milik Mr. Lu di rumahnya iaitu Desa Liyuan, Provinsi Shanxi, China. 

Telur ini mempunyai penampilan lebih besar dari telur kebanyakan dan mempunyai ekor nipis berwarna senada sepanjang 3 sentimeter. Mr. Lu sendiri mengaku belum pernah mencari telur berekor dari ladang ayam miliknya. 

Ia juga mendedahkan bahawa telur berekor itu kini menjadi koleksi peribadi dan tidak berniat untuk menjual atau memakannya. Meskipun begitu, Mr.Lu harus berhati-hati meletakkan telur ini kerana mempunyai tekstur yang mudah retak. Sementara itu, para peladang belum boleh memberikan penjelasan yang ilmiah tentang fenomena telur berekor ini. 

Namun beberapa orang menduga bahawa hal ini boleh saja terjadi akibat stress yang dialami oleh beberapa ayam. Stress ini boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti makanan yang tidak sesuai. Fenomena telur berbentuk aneh bukan hal yang baru di China.

Sebelumnya seorang ayam betina di kawasan Hukou menghasilkan telur dengan ekor seperti lemak kecil sepanjang 8.5 sentimeter pada Mei 2012. Tidak hanya itu saja, sebelum ini juga didapati telur berbentuk sudu di daerah Huaibei, Provinsi Anhui, China, Januari 2005.

Thursday, 6 March 2014

Gadis Korea Yang Hot!

Gadis Korea idaman!


Siapa yang tidak idamkan seorang teman wanita Korea (biarpun sudah sedia maklum kebanyakannya harapkan pembedahan plastik semata-mata).  Kulit gebu, mata bulat, hidung terbentuk dan paras rupa comel memikat dan karakter manja.

Kali ini kami senaraikan lima gadis Korea yang menjadi dambaan para jejaka!

Hyuna


Si gadis seksi klip video Gangnam Style. Jangan tak mengaku pula, anda mesti tonton kerana Hyuna dan bukan Psy kan! Para jejaka pasti mengidamkan teman wanita seksi macam Hyuna.

Sandara Park (Dara)

Penyanyi kumpulan 2NE1 berasal dari Korea Selatan yang lebih dikenali sebagai Dara menjadi pilihan utama saya kerana saya cukup minat gaya edgy beliau. Muka comel tetapi gaya ganas, dengan potongan rambut gaya undercut!

Choi Ji Woo


Siapa tidak kenal Choi Ji Woo? Sebab utama kami menonton drama Winter Sonata dahulu. Muka umpama bidadari, semua gadis ingin jadi secantik Choi Ji Woo. Malah lelaki juga sudah terbayang calon isteri macam Choi Ji Woo.

Song Hye Kyo


Mesti anda semua kenal dengan bintang drama Full House ini kan?? Mana tak nya, semasa dia berlakon anda pasti akan bercucuran air mata dan ketawa terbahak-bahak melihat telatah gadis genit ini kan.

Jiyeon


Takkan kami lupakan penyanyi kumpulan T-ARA, Jiyeon. Wajah manis, sejuk mata memandang. Sanggup berulang kali tonton klip muzik T-ARA semata-mata kerana Jiyeon.

Apa itu 'Upskirt'?

Aktiviti 'Upskirt' @ Mengintai Tak Bersalah

Gambar Hiasan

Kalau di Malaysia, anda boleh masuk penjara atas kesalahan gangguan seksual, suka hati mengintai skirt anak dara orang. Sememangnya orang miang atau 'pervert' ini patut di masukkan penjara atas kesalahan seperti ini.

Namun di Massachusetts, Amerika Syarikat, mahkamah tertinggi telah putuskan bahawa tak salah di sisi undang-undang untuk mengintai skirt anak dara orang!

Aktiviti “upskirt” atau mengintai dan ambil gambar dalam skirt seorang gadis dianggap tidak bersalah oleh mahkamah kerana mangsa wanita yang diambil gambar beliau tidak berkeadaan bogel dan masih memakai seluar dalam. 

Masalahnya bukan tentang tidak berpakaian atau tidak. Apabila mahkamah putuskan perkara sebegini tidak salah di sisi undang-undang, lelaki pervert atau miang akan gunakan ini sebagai alasan untuk suka hati ganggu wanita secara seksual. Ini juga bertentangan dengan hak asasi seorang wanita.

Harap janganlah mahkamah di Malaysia ikut jejak langkah Massachusetts ini.

credit

Tuesday, 4 March 2014

Wanita Kahwin Dengan Mayat

Paris : Kerana Cinta Kahwin Dengan Orang Mati

Gambar Hiasan
Apa faedahnya berkahwin dengan orang yang sudah mati? Tetapi jangan terkejut kerana di dunia ini sememangnya terjadi perkara sebegini. 

Paris: Kerana terlalu cintakan kekasih yang sudah meninggal dunia, seorang wanita Perancis tetap berazam mahu mengahwini lelaki itu.
Wanita dikenali sebagai Pascale itu bakal mengahwini kekasihnya Michael dalam satu majlis di St Omer selepas mendapat izin daripada Presiden Francois Hollande.
Tindakannya dibuat berdasarkan perundangan Perancis yang jarang diketahui bagi membolehkannya dan Michael ‘bersatu’ berikutan lelaki itu meninggal dunia pada 2012, beberapa minggu sebelum mereka dijadualkan berkahwin. 

“Walaupun dia sudah tiada, dia tetap di hati saya,” katanya.

Menurutnya, mereka bercinta selama enam tahun dan sepatutnya berkahwin pada Jun 2012 namun Michael mati akibat serangan jantung.
Pascale yang tidak dapat menerima kehilangan itu tetap berazam mahu mengahwini Michael dan menulis surat kepada pejabat Presiden memohon dibenarkan menggunakan undang-undang khas membolehkan perkahwinan dengan orang mati dalam keadaan tertentu. 

The Local melaporkan, undang-undang itu diperkenalkan pada 1959 selepas kejadian empangan pecah di selatan Perancis mengakibatkan 420 maut. 

Presiden ketika itu, Charles de Gaulle mencadangnkan perundangan itu selepas dihubungi seorang wanita mengandung yang tunangnya maut dalam tragedi berkenaan. 

Menurut Pascale, dia menulis surat sebanyak empat kali kepada pejabat Presiden dan akhirnya menerima jawapan 20 bulan kemudian yang meluluskan permohonannya itu.

Pertarungan Binatang Buas

Ular Sawa Telan Buaya

Queensland: Seekor ular besar memenangi pertarungan dengan buaya di Australia apabila dilihat menelan haiwan itu dalam kejadian yang disaksikan orang ramai di Lake Moondarra.
Travis Corlis yang menyaksikan kejadian itu berkata ular sawa sepanjang 3 meter dilihat membelit buaya berukuran kira-kira satu meter.

“Hebat pertarungan yang berlaku di dalam air itu. “Kami semua sekadar mampu melihat dengan mulut terlopong kerana memang ia sesuatu yang menakjubkan,” katanya.
Menurutnya, dia melihat ular terbabit menarik mangsanya yang sudah mati ke darat.
Ular sedang membelit buaya

“Tidak sampai 10 minit kemudian buaya itu sudah hilang, ditelan ular,” katanya.
Isterinya Tiffany juga tidak percaya apa dilihatnya.
“Secara jujurnya kami pada mulanya menyangka ular itu tersilap pilih mangsa. “Rupanya tidak. Kami dapat melihat bentuk bangkai buaya itu melalui kulit ular berkenaan selepas ditelannya,” katanya.

Saturday, 1 March 2014

Selamatkah Berlari Ketika Hamil

Xu Yunyun Masih Berlari Walaupun Hamil 8 Bulan

Xu Yunyun masih berlari walaupun sudah hamil 8 bulan

          Berlari semasa mengandung adalah cara yang paling baik dan berkesan untuk menjaga 

kesihatan tubuh dan jantung, selain daripada aktiviti berenang. Ia memberi ketenangan mental

dan meningkatkan kekuatan fizikal terutama di saat keletihan yang teramat. Kaedah dan 

faedahnya sama seperti berjalan perlahan dan anda boleh melakukannya dengan mudah.

Selamat atau tidak berlari sama ada mengandung bergantung kepada tahap kandungan dan 

keadaan fizikal seseorang wanita hamil. Sekiranya anda seorang yang aktif dan sentiasa 

mengamalkan aktiviti larian sebelum mengandung, maka berlari semasa mengandung tidak 

memberi masalah selepas disahkan hamil.
Beijing: Sarat hamil tidak menghalang Xu Yunyun mengambil bahagian dalam pertandingan larian di Beijing, baru-baru ini.
Xu, pelari amatur berusia 28 tahun itu kini hamil lapan bulan dan percaya aktiviti itu mampu memudahkannya bersalin nanti.
“Saya pelari yang bersemangat dan tiada sebab untuk saya tidak boleh meneruskan aktiviti ini hanya kerana saya hamil.

“Saya berlari mengikut kesesuaian dan tidak memaksa diri,” katanya.

Menurut Xu, dia diberitahu bahawa senaman ialah cara terbaik bagi memastikan bayi yang dikandung sihat.
Bakal ibu itu menjadikan Paula Radcliffe yang berlari dua kali sehari pada lima bulan pertama kehamilannya pada 2006 sebagai inspirasi utamanya. 

Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS pula berkata, wanita yang aktif berlari boleh mengambil bahagian dalam sukan lumba lari ketika hamil.

Macam Ni Pun Ade

‘Dah minta izin kambing’

Gambar Hiasan

Admin memang rasa kelakar dan hampir ketawa bila terbaca tajuk di atas ini. tapi itulah lah realitinya. Mari kita baca artikel tersebut.
Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.
Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. 
Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini. 

Alasan Baranda?

Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.

Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu. 

Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. 

Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan. 
Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. 
Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.

Aptb.Haih..

Lelaki Kahwin Dua Panjang Umur

Alasan Baik Lelaki Untuk Berkahwin Dua

Gambar Hiasan

Wah, berita baik untu kaum lelaki ni. Penemuaan saintifik terbaru ini rupa-rupanya kahwin dua bukan setakat dapat bini baru, malah menjadikan jangka hayat hidup lebih lama.


Menurut sebuah kajian saintifik daripada Universiti Sheffield di UK, lelaki berusia lebih 60 tahun daripada 140 negara yang amalkan poligami atau kahwin ramai hidup lebih lama berbanding lelaki yang kahwin satu. 

Bagaimana boleh begitu? Kita semua sedia maklum bahawa lelaki boleh terus menjadi bapa biarpun sudah lanjut usia. Ingat lagi, Bruce Willis yang berusia 50 lebih masih boleh dapatkan anak dengan isteri muda beliau, Emma?

Menurut kajian, lelaki yang terus mendapat anak biarpun sudah berusia 60-70 tahun boleh menjaga kesihatan diri lebih baik kerana mereka sedar bahawa mereka masih miliki tanggungjawab untuk menjaga anak. Ini merupakan penerangan logik mengapa jangka hayat lelaki yang beristeri dua lebih panjang berbanding lelaki yang amalkan monogamy. 

Jadi adakah ini alasan bagus untuk lelaki menambah bilangan isteri? Tepuk dada, tanya selera. 

Friday, 28 February 2014

Tarian Tiang Paling Awesome 'Ukraine Got Talent'

Poll Dance Paling Awesome


Seorang perempuan di Ukraine Anastasia Sokolova ini mempunyai keunikan di dalam tarian tiang atau lebih dikenali dengan panggilan 'Poll Dance'. Perempuan ini menyertai program Ukraine Got Talent bagi memperlihatkan dunia betapa indahnya seni dalam 'Poll Dance' ini. Persembahannya juga menyuntik lagi nafas baru di dalam seni 'Poll Dance' ini bagi mengenepiskan tanggapan sesetengah pihak bahawa Tarian Tiang ini bukan saja tarian yang menghairahkan tetapi ininya merupakan seni yang memerlukan latihan yang keras dan gigih. 

bagaimanapun tarian ini tetap tidak sesuai lagi dipraktikkan di negara kita. Admin hanya membuka mata kepada anda semua yang Tarian Tiang atau 'Poll Dance' ini bukan sahaja merupakan tarian mengghairahkan tetapi sebenarnya lebih kepada seni dan latihan yang gigih. Mari sama-sama kita saksikan klip video perempuan tersebut di youtube. 

Thursday, 27 February 2014

Respeklah Dengan Jutawan Ni..

Beliau Seorang Jutawan Tetapi Suka Hidup Seperti Pengemis

Gambar Hiasan
Adman sering kali tidur di mana saja dan memakan makanan dari tempat sampah, ada kenikmatan tersendiri bagi adman. Bahkan sering kali ditangkap oleh pegawai sosial tempatan. Dengan menumpang sebuah gerabak kereta api barang dari satu tempat ke tempat lain, tanpa tahu kemana tujuan kereta api tersebut. "Pertama kali saya cuba untuk melompat kereta api, saya berada di Cheyenne, Wyoming, pada tahun 1972, dan saya ditangkap kerana masuk tanpa izin," kenang Adman.
Gambar Hiasan

Namun siapa sangka Adman adalah seorang jutawan (Todd Waters aka Adman) dan sekaligus pemilik syarikat.Yup ... beliau mempunyai kepribadiaan berganda. Sanak keluarga tidak keberatan dengan apa yang beliau lakonkan sejak sekian lama. Hingga suatu masa beliau keluar rumah tanpa membawa makanan, handphone, wang, kad kredit, dan hanya membawa sebotol air minum untuk perjalanan.

Gambar Hiasan



Bahaya! Polis Wanita Mati Ditampar

Mati Akibat Ditampar
Riyadh: Seorang polis wanita Saudi mati selepas ditampar oleh rakannya ketika bergaduh.
Pemeriksaan menunjukkan mangsa diserang darah tinggi ketika kejadian.
Anggota itu baru tiba untuk tugas syif malam di balai polis di Makkah apabila dia bertengkar dengan seorang lagi anggota polis wanita.
“Mangsa ditampar di muka menyebabkan dia rebah.
Rakannya yang lain mengejarkan dia ke hospital tetapi dia mati tidak lama selepas itu.
“Doktor berkata dia mengalami tekanan darah tinggi,” lapor akhbar tempatan, Makka.
Rakan yang menampar mangsa ditahan tetapi laporan forensik berkata, tindakannya menampar mangsa tidak boleh menyebabkan dia mati.

Sunday, 13 October 2013

 KAPAK ANAK SENDIRI
 
Sekadar gambar hiasan
 
 
India – Seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.

Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.

Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.

Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.

Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”

Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.

Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.

Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.


“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.

Walaupun jarang berlaku, korban manusia kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan sesetengah masyarakat di India.

Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan.

Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.
 

Saturday, 12 October 2013

True Accident Happen In Toilet

New York man hit by exploding toilet

 

 A New York man was seriously injured when a toilet exploded in his face after he pulled the handle to test the water pressure in his Brooklyn apartment. 

Michel Pierre sustained shrapnel wounds from flying shards of porcelain that pierced his face, arms and legs, and required 30 stitches, his lawyer told AFP.

The 58-year-old information technology specialist is now so fearful that he uses a rope to flush the toilet from behind the bathroom door at a safe distance.
"Those fears are part of his damages," said his lawyer Sanford Rubenstein. "Clearly toilets are supposed to flush, not explode."

Three other tenants were also injured by what the Daily News website dubbed "the porcelain bomb."
The website said Pierre was briefly knocked unconscious and covered in blood by the explosion on October 2 in Brooklyn, an increasingly well-heeled part of New York.
"It sounds silly but I'm still scared," Daily News quoted Pierre as saying. "Maybe someday it goes away but right now I'm in pain."

Rubenstein said a lawsuit would be filed against the management company of the building so that a jury could decide how much compensation Pierre should be paid.
The full cost of his medical bills and whether he needs plastic surgery are not yet known, Rubenstein said.
"Obviously there is a serious problem in the building," the lawyer told AFP.
The water had been turned off that day to allow for maintenance work in the 16-story building, which was built in 1964 and contains 275 apartments.

Theresa Racht, a lawyer for the co-op board, told AFP that it appeared to have been a freak accident.
"This is a horrific incident. Everybody feels terrible that such a thing could have happened," she said.
"It certainly makes me think twice about flushing the toilet when the water's been turned off."
She said four toilets in the building exploded but that no particular evidence of wrongdoing had yet been found.

"It has never happened before and certainly nothing has happened since," she said.
"The only conclusion anybody has reached -- and they're still investigating -- is that there was a buildup of air pressure in the pipes so that when it came back on, the pressure was just pushed through the pipe and caused the explosion."

"This could be very well what we call a true accident."

credit