Showing posts with label World Gossip. Show all posts
Showing posts with label World Gossip. Show all posts

Tuesday, 4 March 2014

Jennifer Lawrence Patut Malu

Jennifer Lawrence : Tergelincir Bawa Tuah

Gambar Hiasan
Los Angeles: Tahun lalu Jennifer Lawrence tergelincir dan jatuh ketika menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang menjadi buah mulut untuk berminggu-minggu selepas Anugerah Oscar selesai.
Mungkin pelakon jelita itu menganggap jatuh sebagai satu ‘tuah’ berikutan sekali lagi ‘tumbang’ kali ini ketika keluar dari limosin dinaikinya apabila sampai di Dolby Theatre.
Mujur teman lelakinya Nicholas Hoult ada di sisi untuk membantunya.
Jennifer, 23, yang dicalonkan untuk kategori Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagaimanapun hanya ketawa dan selamba berdiri semula sebelum meneruskan perjalanannya ke dalam dewan majlis.
Kejadian itu sudah pasti mengingatkan semua yang hadir mengenai acara tahun lalu apabila aktres terbabit terpijak hujung gaun Dior dipakainya mengakibatkannya terjatuh ketika naik ke pentas bagi menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Aktor Bradley Cooper yang turut berlakon dengannya dalam Silver Linings Playbook dan Hugh Jackman bergegas membantunya berdiri semula.
Sumber Harian Metro

Kim Kardashian DiHalau

Kim Kardashian Tidak Dijemput Ke Oscar?

Tidak dijemput tetapi ingin hadir juga ke majlis berprestij Oscar? Itulah yang terjadi kepada bintang Hollywood ini iaitu Kim Kardashian. Kim dikatakan telah menghantar wakil beliau untuk diberikan jemputan khas namun permintaannya tidak diendahkan.

Majlis anugerah Oscars tidak akan sempurna tanpa pesta after party dan pre party. Kali ini Vanity Fair membawakan parti Oscars yang dihadiri bukan sahaja pelakon terkemuka Hollywood, malah peragawati Victoria’s Secret dan ramai lagi selebriti.

Antara selebriti yang menghadirkan diri ke gala berprestif tahun ini, Kim Kardashian dikatakan telah dihalang daripada hadiri pesta tersebut. Kiranya, Kim memang tidak terdapat dalam senarai bintang class A lah senang cerita.


Namun pihak Kim Kardashian menafikan ura-ura tersebut. Malulah tu nak beritahu mediakan?

Kalau dilihat di Instagram Kim Kardashian, beliau bersama keluarga beliau telah berjaya hadiri majlis Oscar anjuran Elton John. Masing-masing kelihatan menawan,namun ternyata Kim berjaya mencuri perhatian dengan gaun low cut berwarna merah menyala beliau.

Monday, 3 March 2014

Pakej Lengkap Kwang Soo

Running Man : Pakej Lee Kwang Soo

Jikalau anda peminat siri korea iaitu Running Man, anda tentu sekali kenal dengan watak lelaki tinggi atau lebih dikenali dengan panggilan zirafah iaitu Lee Kwang Soo. Dilihat sebagai karektor yang 'happy go lucky' serta ala-ala sengal Kwang Soo sebenarnya mempunyai bakat yang besar di dalam lakonan serta model peragaan. 
Dia bukan saja peserta program malah kombinasi pelakon, model dan karakter program hiburan. Pada episod 23 Februari lalu, Kwang Soo muncul memakai rambut palsu dan sesekali berlagak karakter wanita bernama Kwang Ja. 
Menggunakan identiti baru itu, Kwang Soo pandai bermain dengan karakter itu sehingga menyebabkan penonton ketawa tidak kering gusi. 


Bagaimanapun, selain aktif dalam program seperti itu, Kwang Soo juga kerap beraksi di layar lebar. Dia sering mendapat tawaran berlakon daripada ramai produser dan pengarah filem di Korea Selatan.

Daripada filem 5 Eagles Brothers kepada Good Friends, Kwang Soo berjaya mencabar diri dengan membawa pelbagai watak dalam genre berbeza.

Sebelum bergelar pelakon, dia aktif di pentas peragaan dan sering mendapat jolokan zirafah dalam Running Man dek ketinggian dan susuk tubuhnya yang tegap.

Friday, 28 February 2014

Kim Kardashian Dibayar 1.6 Juta Untuk Satu Malam

Dibayar RM1.6 Juta Namun Kim Kardashian Tiada Mood


Gambar Hiasan

Kim Kardashian sekali lagi muncul di dalam laman gosip selepas dikatakan keluar berpacar dengan jutawan Richard Lugner di Perancis untuk 'Vienna Ball'.

Bintang realiti TV itu ke Perancis bersama ibunya, Kris Jenner supaya mereka boleh menemani Lugner ke acara 'Vienna Ball'.

Tapi, si jelita itu bukannya telah berpisah dengan Kanye West. Dia cuma menemani Lugner kerana dibayar untuk berbuat demikian dan jangan terkejut, dia dibayar RM1.6 juta khas untuk menemani jutawan 81 tahun itu.

Sungguhpun Kim kelihatan menawan pada malam tersebut, ekspresi wajahnya menunjukkan bahawa dia seperti tiada mood dan rasa kurang selesa ketika di lokasi acara tersebut. Lugner telah mengadakan sidang akhbar dan mengumumkan bahawa Kim bakal menari bersamanya pada malam tersebut.

Ketika acara yang dihadiri orang ramai serta kawan-kawan kaya Lugner, Kim diperli kerana dikatakan berpacaran dengan seorang bangsa kulit hitam. Sejak itu, Kim hanya menjalankan tugasnya dan tidak senyum sehingga dia pulang selepas sejam setengah di acara tersebut.

Tambahan pula, Lugner meluahkan perasaan tidak puas hati tentang layanan Kim kerana dia tidak ingin menari dengannya dan memanggil Kris untuk menari dengan dia. Kim dikatakan lebih rela melihat mereka menari. Selain itu, Kim dan ibunya tidak terus berjumpa dengan Ludgner, tetapi telah pergi membuat perfileman untuk rancangan realiti mereka bersama E! News.

Hmm, dah dapat bayaran RM1.6 juta pun tidak senang hati. Rasanya, hanya ibu Kim yang berasa gembira kerana dia sering senyum lebar dan ketawa sepanjang malam.

Thursday, 27 February 2014

Kate Perry & John Mayer Break Lagi???

Katy Perry putus cinta lagi?!


Gambar Hiasan
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan batu di tengah jalan. Admin terbaca arikel ini di ruangan mylaunchpad. Bagi peminat Katy Perry dan John Mayer jangan bersedih dengan berita ini.

Katy Perry dan kekasih John Mayer dikatakan telah putus cinta LAGI (banyak kali sangat dah mereka berdua ini putus dan sambung balik hubungan). Perkara tersebut dilaporkan oleh E!News. Ura-ura bertambah teguh apabila dilihat sebuah van yang biasa ditempah untuk pindahkan barang berada di luar rumah Katy Perry! 


Sumber telah mengkhabarkan kepada E! bahawa Katy telah mohon sedikit masa untuk “berehat” daripada hubungan tersebut namun maklumat lain tidak pula diberitahu. Samada ada bergaduh ke, ada orang ketiga ke, memang tidak dinyatakan. 

Apa yang diperhatikan adalah John Mayer tidak berada di sisi Katy Perry sepanjang konsert Katy di Milan dan London, terutamanya ketika anugerah Brit Awards.

Biasalah kebimbangan orang bercinta. Kalau lama sangat tak bersua, mungkin dah tak cinta.

Tuesday, 25 February 2014

Kim Kardashian Lakukan Pembedahan Plastik

Kim Kardashian lakukan pembedahan plastik pada payudara

Gambar Hiasan

Punyalah beria Kim Kardashian nafikan lakukan sebarang pembedahan plastik pada punggung beliau, sememangnya punggung beliau bersaiz demikian, namun kali ini memang jelas terserlah Kim dilihat di pejabat pakar pembedahan plastik!

Dalam episode Keeping Up With The Kardashians, Kim dan teman baik beliau, Jonathan Cheban telah melawat pakar pembedahan plastik, Dr Simon Ourian, untuk tangani masalah tangan Kim yang berkedut.

Kim juga menggunakan rawatan laser untuk mengurangkan kesan regangan pada payu dara beliau, hasil menyusukan North, anak sulung beliau bersama Kanye West.

Miranda Kerr Menyanyi Pula??

Miranda Kerr tukar kerjaya?

Baru-baru ini Miranda Kerr membuat pengumuman bahawa dia telah berganding bahu dengan seorang penyanyi untuk nyanyikan lagu Elvis.

Jadi adakah supermodel ini betul-betul akan tukar kerjaya?

Menurut laman Twitter Miranda, dia sebenarnya banyak menyanyi ketika dalam tandas tetapi dipujuk oleh salah seorang penyanyi Jersey Boys; Bobby Fox untuk berduet lagu Elvis dan Ann Margaret’s 'You're The Boss'. 

Miranda juga berkata bahawa dia cuma lakukannya untuk sekali dan tidak akan mengubah haluan kerjayanya. Penyanyi Broadway dan ibu 31 tahun ini memang bukan gandingan yang biasa. Bobby yang berada di Australia berjaya memujuk Miranda dan mereka turut mengeluarkan gambar ini di dalam Instagram.






Monday, 24 February 2014

Miley Cyrus Buat Hal Lagi..

Miley Cyrus mengajar budak-budak jadi tidak senonoh??

Gambar Hiasan
Apa lagi tentang Miley Cyrus? Penanyi Disney ini sekali lagi muncul dengan kontroversi terbaru walaupun dia sebenarnya sibuk membuat persembahan konsert. Ada ibu bapa kepada para peminat Miley yang telah membuat aduan tentang cara persembahannya ketika konsert 'Bangerz'. Mereka telah mendakwa bahawa penyanyi 21 tahun ini sering membuat aksi-aksi ranjang di pentas dan kelihatan seperti 'soft porn'.

Miley pula tidak minta maaf atas cara dia menjalankan konsert dan berkata bahawa dia sedang 'mengajar budak-budak' yang datang ke konsertnya. Sebab konsertnya akan berlangsung di tempat-tempat yang berlainan, Miley kononnya suka menunjukkan "seni" dari segi muzik dan persembahannya di pentas. Dia juga menyatakan bahawa muziknya boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada anak-anak muda.

Selain itu, dia juga berkata dia bukan lagi seorang kanak-kanak dan telah menjadi seorang wanita dewasa yang ingin membuat apa sahaja untuk menonjolkan identiti dirinya.

Sebenarnya, sebelum ini penyanyi 'Wrecking Ball' ini telahpun berkata dia bakal 'mengajar' budak-budak ketika tour 'Bangerz'. Nampaknya ibu bapa terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan supaya anak-anak mereka tidak muncul di kaca TV kelihatan seperti Miley Cyrus.

Oscars 2014 Countdown

Oscars 2014 countdown: Hot men, pretty women

oscars-2014-countdown-hot-men-pretty-women
Gambar Hiasan

We can't wait to catch the red carpet event during the 86th Academy Awards this coming week. If you're as excited as we are, you must be counting down to the 2014 Oscars, too!

While we wait, we look at a few of the hot men and pretty women who will be gracing the prestigious awards ceremony.

Sandra Bullock

Gambar Hiasan


Why we love her?

Her performance in 'Gravity' was a completely different character from her usual romantic comedy/action packed movies. Bullock was faced numerous challenges as she was acting most of the scenes alone, in isolation. Oh, and we love the way she laughs. Are you rooting for her to bag the Best Actress award this year?

Amy Adams

Gambar Hiasan


Why we love her?

Amy Adams caught our attention in 'Happily Ever After', a romantic comedy which she co-starred with Patrick Dempsey. She sings, acts and shock us in her alluring role as Sydney Prosser. Her co-star in 'American Hustler', Bradley Cooper even acknowledged her as 'so sexy, so dangerous'. 

Jennifer Lawrence

Gambar Hiasan


Why we love her?

From 'Hunger Games' onwards, the 'girl on fire' has won the hearts of many viewers and is still the youngest female star with three Oscar nominations. Her supporting role in 'American Hustler' alongside Christian Bale shows a different side of Lawrence altogether. Will she set another record with a new award this year?

George Clooney

Gambar Hiasan


Why he's hot?

He may not be nominated, but George Clooney is by far one of the hottest man alive (agree?). He charms women of all ages and even though he wasn't very good looking in an astronaut suit, we'd buy it if he said he is a real astronaut. He looks that credible. Seriously.

Leonardo DiCaprio

Gambar Hiasan


Why he's hot?

We remember the young lad from 'Titanic' who eventually almost 'killed' our minds in 'Inception'. Leonardo DiCaprio hasn't won any Oscars as of today, though he had been nominated a couple of times. Do you think his performance in 'The Wolf Of Wallstreet' can bring him gold?

Matthew McConaughey

Gambar Hiasan


Why he's hot?

This Australian celebrity was such a charmer in '10 Days To Lose A Guy'. He should've gotten an award for 'Magic Mike' because he was so sought after, the extra cast actually did tear off his underwear while they were filming. McConaughey lost 21kg for his role as Ron Woodroof in 'Dallas Buyers Club', while another fellow nominee, Christian Bale put on 18kg for his role in 'American Hustler'.

Now, who's your favourite hottie on the upcoming red carpet? Share with us.

Saturday, 12 October 2013

Miss Universe mungkin dipenjarakan!

Miss Universe mungkin dipenjarakan!

Kontroversi penggambaran di Taj Mahal melibatkan wanita tercantik dunia, Miss Universe 2012, Olivia Culpo?


Berdasarkan undang-undang, sebarang aktiviti komersial adalah dilarang sama sekali di kawasan Taj Mahal. Kini setelah pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang, Olivia dan pihak lain yang turut terlibat dengan penggambaran tersebut mungkin berhadapan dengan hukuman penjara selama dua tahun dan denda 100,000 rupee.

Olivia, 21 tahun, mengeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa beliau asalnya tidak mahu melakukan penggambaran kontroversi tersebut dan rasakan ia tidak sesuai.

“Ia lebih mengecewakan kerana saya sukakan lawatan saya ke India dan ingin kembali dalam masa terdekat,” tambah Olivia.

Mungkin pihak berkuasa akan memberikan amaran terdahulu? Biar apapun keputusan, kita doakan yang terbaik untuk Olivia.

credit