Thursday, 17 October 2013

Ada Apa Dengan Teh O Limau


Khasiat Meminum Teh O Limau
Sekadar Gambar Hiasan


Semalam admin sudah memberi sedikit penerangan mengenai Teh Tarik. Hari ini kita lihat pula apa yang menarik mengenai Teh O Limau pula.

Kebanyakan individu yang ingin mengurangkan berat badan akan memesan air teh o limau panas sebagai hidangan minuman mereka. Adakah kerana rasa masam limau tersebut membuat para penggemar teh o limau panas ini dapat mengurangkan rasa dahaga? Atau adakah ia nya dapat mengurangkan berat badan berlebihan seseorang individu tersebut?Akhir sekali persoalan disini, adakah ianya berkalori?

Pada kali ini, kita akan mengupas berkenaan dengan kelebihan air teh o limau ini. Menjawab isu berkenaan adakah teh o limau ini berkalori atau tidak? Ianya berkalori jika ditambah dengan limau dan gula. Jika ianya teh kosong sahaja iaitu tanpa gula, air tersebut 'zero' kalori. Oleh itu, mari kita lihat khasiat dan kelebihan meminum air teh o limau ini.

Manfaat pergigian

Tahap fluorida dalam teh adalah sama dengan tahap yang disyorkan untuk mencegah kaviti. Kanak-kanak seringkali mengalami masalah ini. Oleh itu bagi kanak-kanak yang minum teh akan kurang mengalami masalah seperti ini. Jus lemon juga memainkan peranan dalam rawatan masalah gigi. Jika the ditambah dengan jus lemon, ia boleh membantu mencegah kesakitan dan pendarahan gusi dan juga membantu untuk sesiapa yang mengalami masalah pernafasan yang kurang menyenangkan. Hal ini kerana teh limau dibuat dengan jus lemon segar yang mengandungi vitamin C. Ia dapat meningkatkan system imun badan.


Melegakan dahaga

Sudah tentu kelebihan air minuman teh o limau ini dapat melegakan rasa dahaga. Kajian menunjukkan bahawa teh limau berkesan melegakan dahaga kerana ia membantu menyerap nutrien dengan lebih baik dan jika digabungkan dengan garam boleh digunakan untuk merawat dehidrasi.


Membantu mengurangkan berat badan

Teh hijau adalah teh yang popular kerana ia adalah minuman yang dapat membantu dalam penurunan berat badan dengan membantu meningkatkan metabolisme badan. Penambahan jus lemon kepada teh meningkatkan lagi potensi untuk kehilangan berat badan


Membina Bekalan darah yang sihat

Akhir sekali, terdapat kajian menunjukkan bahawa air minuman teh limau dapat membantu membersihkan saluran darah didalam badan kita.  Hal ini kerana, jus lemon itu sendiri akan bekerja membantu menjadi agen pembersihan didalam salur darah didalam badan.

credit

No comments: