Sunday, 13 October 2013

My Beautiful Arm

Macam mana nak kecilkan lengan besar?

Seakdar gambar hiasan

    Wanita sering mengimpikan kesempurnaan pada diri serta sentiasa ingin kelihatan cantik. Mempunyai lengan yang besar bukanlah masalah yang ketara namun keinginan yang mendalam untuk nampak lebih sempurna di mata orang yang tersayang membuatkan segelintir wanita ini mencari jalan bagaimana untuk mengecilkan lengan yang besar.

Kecilkan lengan besar? Ini bergantung kepada dua sebab:
1. Besar disebabkan oleh lemak
2. Besar disebabkan struktur tulang yang besar

1. Sekiranya terdapat banyak lemak pada lengan (dan kemungkin besar pada keseluruhan badan) anda boleh mengurangkannya. Bagaimana? Tentunya dengan campuran makanan dan senaman cardio/weights. Berita buruk adalah anda tidak boleh mengurangkan lemak pada satu bahagian semata-mata. Dengan kata lain, anda tidak boleh "buang" lemak hanya pada lengan. 

Badan kita mempunyai cara tersendiri untuk menyimpan dan membakar lemak. Tetapi di mana tersimpannya lemak…di situlah tempat utama untuk membakar lemak.

Macam mana pulak dengan senaman?
Ya, anda boleh melatih bahagian lengan dengan harapan ia kembali cantik tetapi selagi adanya lemak, hasilnya tidak ke mana. Tujuan anda adalah untuk mengurangkan lemak secara am dengan gabungan penjagaan pemakanan dan semanan.

2. Sekiranya (rangka) tulang anda besar (terutama bagi mereka yang mempunyai bentuk badan endomorph), saiz lengan anda ditentukan oleh tulang dan genetic. Anda masih boleh mengurangkan lemak (secara keseluruhan) tetapi rangka tulang merupakan faktor yang menghadkan anda. Some women are just meant to have more curves.

Exersice yang macam mana?

Kebanyakan latihan di gym secara tidak langsung melibatkan otot lengan tetapi dengan lebih tepat, setiap latihan yang melibatkan aktiviti pulling (tarik) akan memberi perangsang kepada otot lengan. 
Secara keseluruhannya penggunaan lengan yang kerap seperti mengangkat, menarik, menolak dan sebagainya memberi lengan anda pergerakan yang menggunakan otot. Latihan dengan menggunakan dumbell juga boleh mendatangkan kesan yang baik. Cubalah mengangkat dumbell yang kecil seberat 1kg-3kg sebanyak 10 kali dalam sehari.

Nelayan biasanya mempunyai lengan yang besar for pulling in their catch, just like Popeye the sailor man.


credit

No comments: