Monday, 10 March 2014

Kesian Syamsul Yusof

Malam Pertama Di Hospital

Kesian Syamsul 
Di sebalik raut wajah yang masih lemah, dia masih berupaya menguntum senyuman. Masakan tidak, pagi kelmarin bermulalah episod baru dalam kehidupan pengarah filem dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 30, apabila sah bergelar suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, selepas selamat dinikahkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Disatukan dengan wanita yang dicintai pastinya detik paling membahagiakan seorang lelaki. Atas sebab itu, Syamsul yang popular dengan filem KL Gangster menggagahkan diri meneruskan pernikahan biarpun keadaan kesihatannya belum stabil dan masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang akibat demam denggi sejak 2 Mac lalu.
Syamsul ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya pada hari itu stabil sekali gus membolehkannya meneruskan niat bernikah pada tarikh berkenaan.

“Sudah seminggu saya ditahan di wad dan dua hari lalu saya bercakap pada diri saya sendiri, jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan, tarikh nikah saya dan Sarah terpaksa ditunda.

“Kalau boleh saya tidak mahu berbuat demikian kerana saya enggan menyusahkan banyak pihak. Apatah lagi segala persiapan sudah dibuat. Jika menundanya ke tarikh lain, kena tempah semula tempat dan ia akan merumitkan lagi keadaan serta menyukarkan banyak pihak contohnya mendapatkan semula tarikh jurunikah untuk pernikahan ini,” kata anak sulung Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini.
Semoga Syamsul Yusof cepat sembuh ya!

No comments: