Saturday, 12 October 2013

Pilih teman lelaki berdasarkan kasut

Cara pilih Teman Lelaki berdasarkan Kasut

 Lelaki dan fesyen bukanlah suatu padanan masuk akal. Namun tahukah anda bahawa kasut seorang lelaki boleh memberitahu anda banyak perkara tentangnya? Ini sangat membantu sebelum anda membuat keputusan untuk keluar makan bersama beliau!

 Timberland boots

 

Lelaki yang memilih kasut Timberland merupakan lelaki idaman mana-mana perempuan. Beliau seorang yang suka aktiviti lasak, macho, sangat tenang, memandu Range Rover Evoque (ya, kereta idaman kalbu). Idea janji temu sempurna adalah ke konsert rap dan mengenali satu sama lain. Lelaki yang memilih but Timberland seorang yang setia, sama macam kasut tersebut, tahan lasak dan tahan lama. Gaduh itu perkara biasa namun sentiasa menemui jalan penyelesaian dalam pergaduhan. Macam hubungan Jay Z dan Beyonce.

 
Converse

 

Seorang yang simple dan disenangi dimana-mana sahaja. Sama seperti kasut Converse, lelaki ini merupakan lelaki yang menjadi calon suami pilihan kerana membuatkan kita selesa, setia, memahami diri kita dan rendah diri. Lelaki yang memakai Converse biasanya miliki pekerjaan dalam bidang kreatif, gemar dunia seni, muzik dan membaca. Seorang yang sensitif namun taklah sampai ke tahap macam perempuan.

 Kasut Hipster

 

Uh, yang ini saya lebih rela agar tidak memberi sebarang komen. Kasut hipster ada kecenderungan untuk kelihatan seperti kasut wanita, dari sudut tertentu. Definisi hipster sering kali menyatakan anda seorang yang tidak sukakan label, namun lebih pentingkan seni dan kualiti. Hakikatnya seni dan kualiti merupakan gaya hidup yang agak mahal bagi hipster Malaysia.Oleh kerana kita menarik mereka yang sama seperti kita, pasti ada gadis Hipster yang sukakan anda.

 Kasut Ferragamo, Prada,Gucci

 

Jejaka yang memilih kasut seperti ini biasa dilihat bergaya dengan suit Ermenegildo Zegna dan Hugo Boss. Wanita mana boleh menidakkan daya penarik dan tarikan seksual lelaki yang memakai suit. Seperti kasut mewah pilihan, lelaki seperti ini seorang yang miliki kedudukan tinggi dalam kerjaya, memandu kereta mewah, berbelanja macam negara ini bapa dia punya (kemungkinan besar bapa beliau seorang Datuk). Satu sahaja masalah dengan lelaki seperti ini, beliau melayan wanita seperti komoditi. Mudah dibeli dan dibuang ke tepi. Habis madu, sepah dibuang.

  Kasut Puma

 

Adakah anda Cristiano Ronaldo wannabe? Hanya lelaki Eropah seperti Cristiano Ronaldo, lebih pentingkan senaman bina badan dan tanning akan memilih kasut Puma. Puma miliki kasut sukan yang selesa, namun lelaki yang memilih kasut sukan dan terlalu taksub dengan gymnasium dan seni bina badan agak membosankan jika ingin bersembang tentang perkara intelektual. Jika anda juga seorang yang pentingkan kesihatan, tiada masalah. Boleh pergi janji temu di gymnasium bersama.


Kasut Nike, Jordan,Adidas


Perkara pertama yang perlu saya jelaskan disini, kalau nak pakai sneakers, jangan pakai dengan seluar khaki atau t-shirt polo, melainkan anda adalah bapa saya. Selain itu, sneaker ini melambangkan lelaki baik hati yang boleh diharap. Sekiranya anda ada masalah, dia akan mendengar dan bantu anda sedaya upaya. Gaya macam bapa orang pun kami boleh maafkan, sebab akhirnya anda mahukan seorang lelaki yang memberi anda ketenangan seperti bapa anda.


Selipar


Rendah diri? Mudah diurus? Kalau memakai selipar tidak kena pada tempatnya (kalau pergi masjid, itu kami boleh terima), berhenti berharap sahajalah. 

p/s : berkasut atau berselipar bukan ukuran sebenar dalam memilih pasangan hidup. Asalkan cukup segala kemampuan asas serta iman sudah sesuai untuk dijadikan teman lelaki atau bakal suami.

credit

No comments: