Sekadar gambar hiasan |
Oklah, hari ini apa kita kita bincang satu topik yang menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia biasa lakukan. Teh tarik sememangnya adalah satu minuman yang menjadi satu kemestian sekiranya anda berkunjung ke restoran, gerai makan atau paling selalu di kedai mamak.
Oleh kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup seharian kita, ramai yang tidak menyedari bahawa minuman ini boleh memudaratkan kesihatan sekiranya diminum terlalu kerap. Kandungan utama dalam teh tarik adalah teh dan susu pekat. Namun, oleh kerana teh yang digunakan adalah pekat, susu pekat yang banyak diperlukan untuk memaniskan dan menghilangkan rasa pahit teh pekat itu. Kandungan susu pekat manis yang begitu banyak inilah yang menyebabkan teh tarik menjadi satu minuman yang tidak begitu bagus untuk kesihatan.
Kandungan kalori dalam susu pekat adalah sangat tinggi. Dua sudu besar sahaja sudah mengandungi lebih kurang 123 kalori dan dalam satu cawan pula mungkin mengandungi 229 kalori. Ini kita belum ambil kira lagi kandungan kalori dalam teh tarik "gelas besar"! Bayangkan jumlah kalori yang kita ambil sekiranya kita minum teh tarik untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan selepas makan malam.
Jika perlu untuk terus mengambil minuman kegemaran rakyat Malaysia ini, memadailah sekiranya kita minum teh tarik hanya satu cawan sahaja sehari. Pastikan pengambilan teh tarik diikuti dengan meminum air masak atau air mineral bagi menghilangkan rasa dahaga selain dapat 'mengenyangkan' perut anda. Dan kalau boleh, pesan sahajalah teh o kurang gula.
Hidup sihat sentiasa dengan mengawal pengambilan gula di dalam makanan. Lebih-lebih lagi dengan harga gula yang semakin naik ini dapatlah kita berjimat sekurang-kurangnya.
credit
No comments:
Post a Comment