Friday, 28 February 2014

Wanita Arab Kulit Gebu

Sebab Anda Perlu Kahwin Wanita Arab

Anda masih bujang?? Mencari pasangan untuk dikahwini?? Atau sudah berkahwin yang masih mempunyai niat untuk berkahwin lagi??? Di sini admin ingin memberi pendapat mengapa anda perlu mengahwini wanita arab atau pun wanita berkacukan darah Arab.
Gambar Hiasan

Berbadan mantap

Wanita daripada benua Timur Tengah memang terkenal dengan bentuk badan mantap dan menggiurkan. Mereka miliki bentuk badan seperti Kim Kardashian, senang cerita. Bagi lelaki yang sukakan gadis berisi, sesuailah.

Kulit gebu

Gadis Arab dan gadis yang miliki darah kacukan Arab kebanyakan miliki kulit putih gebu. Kalau berjemur tengah panas pun tak mungkin gelap, hanya berubah jadi merah-merah ala blushing sedikit. Kalau anda seorang lelaki yang sukakan gadis berkulit cerah, ha, elok sangatlah itu.

Anak cantik

Tahukah anda dari mana datangnya wanita tercantik di dunia? Bukan Amerika Syarikat mahupun negara Asia, malah wanita tercantik di dunia sering kali dikatakan berasal daripada benua Timur Tengah. Mata bundar, hidung mancung, kulit putih, bulu mata panjang melentik, inilah kriteria kecantikan seorang wanita Arab. Kalau nak anak anda miliki genetic cantik ini, pastikan isteri anda miliki darah kacukan Arab!

Sangat sayangkan suami

Wanita berdarah Arab ini juga kalau sayang, sayang sangat. Kalau benci, tak payah ceritalah kerana mereka cenderung ikut emosi dan kata hati. Kalau masa sayang itu, mesti dia layan anda seperti raja. Tetapi sekiranya dia tangkap anda bersama wanita lain, awas. Wanita berdarah Arab ini kalau mengamuk bisa membunuh!

Semoga anda berjaya mencari calon isteri ya!!

Kim Kardashian Dibayar 1.6 Juta Untuk Satu Malam

Dibayar RM1.6 Juta Namun Kim Kardashian Tiada Mood


Gambar Hiasan

Kim Kardashian sekali lagi muncul di dalam laman gosip selepas dikatakan keluar berpacar dengan jutawan Richard Lugner di Perancis untuk 'Vienna Ball'.

Bintang realiti TV itu ke Perancis bersama ibunya, Kris Jenner supaya mereka boleh menemani Lugner ke acara 'Vienna Ball'.

Tapi, si jelita itu bukannya telah berpisah dengan Kanye West. Dia cuma menemani Lugner kerana dibayar untuk berbuat demikian dan jangan terkejut, dia dibayar RM1.6 juta khas untuk menemani jutawan 81 tahun itu.

Sungguhpun Kim kelihatan menawan pada malam tersebut, ekspresi wajahnya menunjukkan bahawa dia seperti tiada mood dan rasa kurang selesa ketika di lokasi acara tersebut. Lugner telah mengadakan sidang akhbar dan mengumumkan bahawa Kim bakal menari bersamanya pada malam tersebut.

Ketika acara yang dihadiri orang ramai serta kawan-kawan kaya Lugner, Kim diperli kerana dikatakan berpacaran dengan seorang bangsa kulit hitam. Sejak itu, Kim hanya menjalankan tugasnya dan tidak senyum sehingga dia pulang selepas sejam setengah di acara tersebut.

Tambahan pula, Lugner meluahkan perasaan tidak puas hati tentang layanan Kim kerana dia tidak ingin menari dengannya dan memanggil Kris untuk menari dengan dia. Kim dikatakan lebih rela melihat mereka menari. Selain itu, Kim dan ibunya tidak terus berjumpa dengan Ludgner, tetapi telah pergi membuat perfileman untuk rancangan realiti mereka bersama E! News.

Hmm, dah dapat bayaran RM1.6 juta pun tidak senang hati. Rasanya, hanya ibu Kim yang berasa gembira kerana dia sering senyum lebar dan ketawa sepanjang malam.

Susu Ibu Bahaya Buat Si Kecil Anda??

Susu Ibu Tidaklah Sebaik Mana.


Gambar Hiasan

Pelik tapi inilah yang terjadi. kajian kesihatan terbaru menemui bahawa susu ibu bahaya untuk bayi. Adakah ini benar?? Bukankah selama ini kita mendengar atau mengetahui bahawa susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik untuk bayi?? Admin terbaca artikel ini petang tadi. Mari kita lihat artikel tersebut.

Biasa kita dengar kajian kesihatan buktikan bahawa susu ibu banyak kebaikan bukan sahaja untuk ibu malah juga lebih banyak khasiat untuk bayi. Namun kali ini kajian kesihatan terbaru temui bahawa susu ibu tidaklah sebaik mana.

Anak yang minum susu ibu dilihat lebih cenderung alami kegemukan dan obese serta lebih cenderung alami masalah lelah berbanding mereka yang minum susu tepung.

Bukanlah nak katakan susu ibu seratus peratus tidak baik untuk kesihatan anak kerana masih menyediakan nutrisi dan tingkatkan imuniti dalam badan bayi, hanya dinasihatkan agar menyusu paling lama sekadar 6 bulan. -Artikel dari mylaunchpad-


Di sebalik itu mari kita lihat artikel lain yang menyentuh kebaikan susu ibu pula:-


Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
  1. Memantapkan Sistem Imunisasi bayi.  Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman.
  2. Kaya Dengan Nutrisi. Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi. 
  3. Mengandungi Omega-3 untuk perkembangan bayi anda.  Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal. 
  4. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung. Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung. 
  5. Fakta tentang “Makanan Tersegar”. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu
  6. Susu Ibu dan Kecerdasan. Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain.
  7.  Air Susu Ibu Menentang Kanser. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
  8. Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
-Artikel dari duniasusuibu-


Actually admin bukanlah menentang atau memprovokasi artikel di atas cuma sebelum ini seperti yang admin tahu sebaik-baiknya kita menyusukan anak sehingga umur 2 tahun seperti yang disarankan oleh Rasulullah kerana kita tahu bahawa di dalam susu ibu terkandung banyak nutrisi dan khasiat untuk bayi anda. So, semuanya pilihan anda. 'Choice for the best'.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; …” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)


Tarian Tiang Paling Awesome 'Ukraine Got Talent'

Poll Dance Paling Awesome


Seorang perempuan di Ukraine Anastasia Sokolova ini mempunyai keunikan di dalam tarian tiang atau lebih dikenali dengan panggilan 'Poll Dance'. Perempuan ini menyertai program Ukraine Got Talent bagi memperlihatkan dunia betapa indahnya seni dalam 'Poll Dance' ini. Persembahannya juga menyuntik lagi nafas baru di dalam seni 'Poll Dance' ini bagi mengenepiskan tanggapan sesetengah pihak bahawa Tarian Tiang ini bukan saja tarian yang menghairahkan tetapi ininya merupakan seni yang memerlukan latihan yang keras dan gigih. 

bagaimanapun tarian ini tetap tidak sesuai lagi dipraktikkan di negara kita. Admin hanya membuka mata kepada anda semua yang Tarian Tiang atau 'Poll Dance' ini bukan sahaja merupakan tarian mengghairahkan tetapi sebenarnya lebih kepada seni dan latihan yang gigih. Mari sama-sama kita saksikan klip video perempuan tersebut di youtube. 

Thursday, 27 February 2014

Biar Betul!

Soalan 18++ Untuk Murid Sekolah Rendah

Mengulas isu ini admin tidak berapa tahu mengenai masalah ini. Admin terbaca rencana ini di salah satu ruangan blogger-blogger. Kesahihan ceritan ini tidak dikenalpasti. Wallahu a'alam.

Gambar Hiasan


Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

“Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah,” kata Arul Kumar.


Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah ‘Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina’.

Satu lagi soalan, ‘saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.

Arul Kumar berkata,  tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu,” katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

“Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

“Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya,” katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil.

Apa Hikmah Di sebalik Puasa Sunat Isnin & Khamis

Fadhilat Puasa Sunat Isnin & Khamis

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat admin menyempurnakan puasa sunat pada hari ini. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis mempunyai banyak kelebihan. Di samping itu sebenarnya 2 hari ini merupakan hari yang mempunyai sejarahnya tersendiri di dalam sejarah agama Islam. mari kita meneliti satu persatu cebisan mengenai Puasa Sunat Isnin & Khamis ini.
 
Gambar Hiasan

Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu:

1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada 
hari Isnin untuk menerima wahyu
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya 
bertemu Rasulullah SAW
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada 
Rasaulullah SAW pada hari Isnin
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW


Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan 
pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah 
Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan 
Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.
(pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir 
dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu 
anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk 
mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas 
perjanjian Hudaibiyah.



Manakal kelebihan berpuasa Isnin & Khamis pula adalah seperti berikut:-

Diriwayatkan dari Aisyah r.a menceritakan bahawa "Adalah Rasulullah S.A.W menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis" (Riwayat Imam Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rsulullah S.A.W bersabda "Segala amal di bentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabbul A'lamin) pada tiap-tiap hari isnin dan hari khamis, oleh itu aku suka amalku dibentang pada hari aku berpuasa." (Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Menurut Riwayat Muslim diterima dari Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda menjawap dengan sabdanya yang bermaksud " Itu lah hari yang mana padanya aku dilahirkan, pada aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepada aku." Subuh al-Salam.

Jadi jelas di sini bahawa puasa sunat Isnin & Khamis ini mempunyai banyak kelebihan kerana Rasulullah sendiri mengamalkan puasa sunat ini. Selain itu juga admin ingin memberikan beberapa kelebihan yang terdapat di dalam puasa.

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Alhamdulillah.. semoga dengan ilmu yang di sampaikan ini digunakan sebaik-baiknya sebagai panduan kita semua. Jikalau ada tersalah atau tersilap mengenai coretan admin sila tegur dan beri tunjuk ajar. Tidak salah rasanya jikalau kita berkongsi ilmu. Kita akhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Assalamualaikum..

Fauzi Nawi Terang Isu Shanaaz & Lisdawati

Sharnaaz Mengarut

Petaling Jaya: “Takkan ada perkataan maaf daripada saya. Maaf saya sudah habis. Jadi kita tunggu dan lihat.”
Demikian respons diluahkan Fauzi Nawawi berhubung isu pergaduhannya dengan Sharnaaz Ahmad yang menjadi semakin serius ekoran perang berbalas kenyataan antara mereka sejak Ahad lalu.
Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro semalam, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, memberikan kata dua kepada Fauzi dan isterinya, Lisdawati (Lisda) sama ada untuk meminta maaf dalam tempoh seminggu atau bakal disaman.

Amaran itu dikeluarkan Sharnaaz atas dakwaan pasangan itu memutarbelitkan fakta sebenar susulan kes dia menengking dan menyerang Lisdawati pada 19 dan 21 Februari lalu di lokasi penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Fauzi yang ditemui semalam menegaskan dia tidak akan menurutkan permintaan mengarut Sharnaaz kerana ia tuntutan tidak berasas.
Saksi klip video ini >>> http://youtu.be/MRixJxaN1f0

Kate Perry & John Mayer Break Lagi???

Katy Perry putus cinta lagi?!


Gambar Hiasan
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan batu di tengah jalan. Admin terbaca arikel ini di ruangan mylaunchpad. Bagi peminat Katy Perry dan John Mayer jangan bersedih dengan berita ini.

Katy Perry dan kekasih John Mayer dikatakan telah putus cinta LAGI (banyak kali sangat dah mereka berdua ini putus dan sambung balik hubungan). Perkara tersebut dilaporkan oleh E!News. Ura-ura bertambah teguh apabila dilihat sebuah van yang biasa ditempah untuk pindahkan barang berada di luar rumah Katy Perry! 


Sumber telah mengkhabarkan kepada E! bahawa Katy telah mohon sedikit masa untuk “berehat” daripada hubungan tersebut namun maklumat lain tidak pula diberitahu. Samada ada bergaduh ke, ada orang ketiga ke, memang tidak dinyatakan. 

Apa yang diperhatikan adalah John Mayer tidak berada di sisi Katy Perry sepanjang konsert Katy di Milan dan London, terutamanya ketika anugerah Brit Awards.

Biasalah kebimbangan orang bercinta. Kalau lama sangat tak bersua, mungkin dah tak cinta.

Respeklah Dengan Jutawan Ni..

Beliau Seorang Jutawan Tetapi Suka Hidup Seperti Pengemis

Gambar Hiasan
Adman sering kali tidur di mana saja dan memakan makanan dari tempat sampah, ada kenikmatan tersendiri bagi adman. Bahkan sering kali ditangkap oleh pegawai sosial tempatan. Dengan menumpang sebuah gerabak kereta api barang dari satu tempat ke tempat lain, tanpa tahu kemana tujuan kereta api tersebut. "Pertama kali saya cuba untuk melompat kereta api, saya berada di Cheyenne, Wyoming, pada tahun 1972, dan saya ditangkap kerana masuk tanpa izin," kenang Adman.
Gambar Hiasan

Namun siapa sangka Adman adalah seorang jutawan (Todd Waters aka Adman) dan sekaligus pemilik syarikat.Yup ... beliau mempunyai kepribadiaan berganda. Sanak keluarga tidak keberatan dengan apa yang beliau lakonkan sejak sekian lama. Hingga suatu masa beliau keluar rumah tanpa membawa makanan, handphone, wang, kad kredit, dan hanya membawa sebotol air minum untuk perjalanan.

Gambar Hiasan



Kisah Jasad النبي محمد S.A.W Hampir Dicuri.

Cubaan Mencuri Jasad Nabi Muhammad S.A.W


Percaya atau tidak, ternyata jasad nabi Muhammad SAW hampir pernah terusik dan nyaris dicuri oleh orang kafir laknatullah. Sebelum akhirnya Allah menyelamatkannya dari rancangan jahat tersebut. Peristiwa yang memilukan dan nyaris menampar wajah umat islam ini terjadi pada tahun 1164 M atau 557 H, sebagaimana telah dicatat oleh sejarawan Ali Hafidz dalam kitab Fusul min Tarikhi AL-Madinah Al Munawaroh.
Gambar Hiasan


Peristiwa ini berlatarbelakangkan kondisi umat islam pada zaman dinasti Abbasiyah di Baghdad dimana kondisi umat Islam yang semakin melemah dan berdirinya beberapa kerajaan Islam di beberapa daerah baru.
Tentunya hal ini tak disia-siakan begitu sahaja oleh orang-orang nasrani yang merasa kesempatan emas mencoreng wajah umat Islam dan membuat umat Islam jatuh ada di depan mata.
Secara diam-diam mereka telah menyusun rancangan untuk mencuri jasad Nabi Muhammad. Setelah terjadi kesepakatan oleh para penguasa Eropah, mereka mengutus dua orang nasrani untuk menjalankan misi keji itu. Misi itu mereka laksanakan bertepatan dengan musim haji. Di mana pada musim itu banyak jemaah haji yang datang dari pelbagai penjuru dunia untuk melaksanakan ibadah haji.
Kedua-dua orang nasrani ini menyamar sebagai jemaah haji dari Andalusia yang memakai pakaian khas Morocco. Mereka ditugaskan untuk melakukan pengintipan awal kemungkinan untuk mencari kesempatan mencuri jasad Nabi SAW.
Setelah melakukan kajian, kedua-dua kafir ini memberanikan diri untuk menyewa sebuah penginapan yang lokasinya dekat dengan makam Rasulullah. Mereka membuat lubang dari dalam bilik itu menuju makam Rasulullah.
Belum sampai pada akhir penggalian, rancangan tersebut telah digagalkan oleh Allah melalui seorang hamba yang akhirnya mengetahui rancangan busuk itu.
Sultan Nuruddin Mahmud bin Zanki, adalah seorang hamba sekaligus penguasa Islam ketika itu yang mendapatkan petunjuk melalui mimpi akan ancaman terhadap makam Rasulullah.
Sultan mengaku bermimpi bertemu dengan Rasulullah sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan menyebut: “ Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Sultan terbangun dalam keadaan gelisah lalu beliau melaksanakan solat malam dan kembali tidur. Namun, Sultan Mahmud kembali bermimpi berjumpa Rasulullah hingga tiga kali dalam satu malam.
Malam itu juga Sultan segera mempersiapkan diri untuk melakukan perjalanan dari Damascus ke Madinah yang memakan waktu 16 hari, dengan mengendarai kuda bersama 20 pengawal serta banyak sekali harta yang diangkut oleh puluhan kuda. Sesampainya di Madinah, sultan langsung menuju Masjid Nabawi untuk melakukan solat di Raudhah dan berziarah ke makam Nabi SAW. Sultan bertafakur dan termenung dalam waktu yang cukup lama di depan makam Nabi SAW.
Lalu menteri Jamaluddin menanyakan sesuatu, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu? “Iya”, jawab Sultan Mahmud.
Maka tidak lama kemudian Menteri Jamaludin mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membahagikan hadiah berupa bahan makanan sambil mencermati wajah orang yang muncul dalam mimpinya. Namun sultan tidak menjumpai mereka. Lalu menteri Jamaluddin menanyakan kepada penduduk yang masih ada di sekitar Masjid Nabawi. “Apakah di antara kalian masih ada yang belum mendapat hadiah dari Sultan?”
Tidak ada, seluruh penduduk Madinah telah mendapat hadiah dari Sultan, kecuali dua orang dari Morocco tersebut yang belum mengambil hadiah sedikitpun. Keduanya orang soleh yang selalu berjemaah di Masjid Nabawi.” Ujar seorang penduduk.
Kemudian Sultan memerintahkan agar kedua-dua orang itu dipanggil. Dan alangkah terkejutnya sultan, melihat bahawa kedua-dua orang itu adalah orang yang dilihat dalam mimpinya. Setelah ditanya, mereka mengaku sebagai jemaah dari Andalusia Sepanyol. Meskipun sultan sudah mendesak bertanya tentang aktiviti mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku. Sehingga sultan meninggalkan kedua-dua lelaki itu dalam keadaan penjagaan yang ketat.
Kemudian sultan bersama menteri dan pengawalnya pergi menuju ke penginapan kedua-dua orang tersebut. Sesampainya di rumah itu yang di temuinya adalah longgokan harta, sejumlah buku dalam rak dan dua buah mushaf al-Qur’an. Lalu sultan berkeliling ke bilik sebelah.
Gambar Hiasan
Ketika itu Allah memberikan ilham, sultan Mahmud tiba-tiba berinisiatif membuka tikar yang menghampar di lantai kamar tersebut. Masya Allah, Subhanallah, ditemukan sebuah papan yang di dalamnya terdapat sebuah lorong panjang, dan setelah diikuti ternyata lorong itu menuju ke makam Nabi Muhammad.
Seketika itu juga, sultan segera menghampiri kedua lelaki berambut perang tersebut dan memukulnya dengan keras. Setelah bukti ditemukan, mereka mengaku diutus oleh raja Nasrani di Eropah untuk mencuri jasad Nabi SAW. Pada pagi harinya, kedua-duanya dijatuhi hukuman pancung berdekatan pintu timur makam Nabi SAW. Kemudian sultan Mahmud memerintahkan penggalian parit di sekitar makam Rasulullah dan mengisinya dengan timah. Setelah pembangunan selesai, sultan Mahmud dan rombongan pulang ke negeri Syam untuk kembali memimpin kerajaannya. MasyaAllah, tabarakallah, menitis air mata membaca cerita ini…

Tidak Berpuas Hati Dengan Saiz Payudara Anda??

Masalah Perempuan Berpayudara Besar


Admin ada satu artikel yang admin baca di sebuah blogspot lama. Hope apa yang diceritakan tidak menjadi salah tangapan kepada wanita-wanita diluar sana. Sekadar pendapat serta diharapkan dapat membantu wanita menangani masalah ini. Artikel itu berbunyi seperti di bawah:-

Sebagai pemerhati, saya perasan perempuan-perempuan yang memiliki payudara yang besar ada beberapa masalah yang perlu mereka hadapi setiap hari.

Perempuan selalunya teringin mempunyai payudara yang besar dan menawan. Tapi bila sudah besar macam-macam masalh pula yang dihadapi. Bila kecil pula tidak berpuas hati sampai membeli produk-produk yang bertujuan pembesaran payudara. Bagi mereka yang sudah sedia ada aset yang menawan ini mari kita lihat beberapa masalah yang mereka perlu berhadapn setiap hari.

  1. Kalau pakai bag sling memang 'kompom' takleh sandarkan strap bag sling tu tengah-tengah badan.
    Gambar Hiasan
  2. Selalu dikacau oleh lelaki-lekai gatal a.k.a pervert, miang dan selabel dengannya.
    Gambar Hiasan
  3. Boleh menyebabkan wanita-wanita ini kerap mendapat sakit belakang akibat memiliki payudara yang amat berat.
    Gambar Hiasan
  4. Oleh kerana memiliki payudara yang besar, perempuan-perempuan ini susah mencari pakaian yang sesuai kerana akan sentiasa kelihatan ketat di bahagian 'sana'. Dan mereka ini selalunya akan menjadi salah tanggapan atau 'judge' hanya kerana mereka ini... mempunyai payudara yang besar.
    Gambar Hiasan
  5. Mereka berupaya membuat 'jogging' satu sukan yang mempunyai tumpuan ramai.
    Gambar Hiasan
  6. Seringkali terkena siku 'liar'(tidak sengaja) atau 'liar' (sengaja) apabila berjalan di public lebih-lebih lagi tempat ramai orang.
    Gambar Hiasan
  7. Mereka yang memiliki payudara besar ini juga susah nak melihat sesuatu yang berada di bawah seperti contoh kaki mereka sendiri.
    Gambar Hiasan
  8. Kaum lelaki memang ramai yang suka perempuan yang mempunyai payudara besar. So, kita sendiri tidak tahu mereka ini sukakan seseorang perempuan itu kerana 'body' atau pun kerana diri perempuan itu sendiri. Oleh itu jangan sampai tergadai 'body' ya.. 
    Gambar Hiasan
Inilah beberapa contoh masalah yang selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai payudara yang besar. Tapi apa pun terimalah seadanya anugerah yang diberikan Tuhan ini kepada anda. Dan lebih 'afdal' sekiranya anda menutup bahagian ini seelok-eloknya.

70 Orang Islam Maut Dibunuh Anggota Militan

70 penduduk Islam dibunuh kejam

Carnot, Republik Afrika Tengah: Sekurang-kurangnya 70 orang Islam maut dibunuh anggota militan malah ada antara mereka diarahkan meniarap di atas tanah sebelum ditembak seorang demi seorang.
Perkara itu didedahkan semalam oleh paderi Katolik Rigobert Dolongo yang membantu mengebumikan mayat mangsa.
Menurutnya, militan dikenali sebagai antiBalaka itu membunuh orang Islam di perkampungan Guen awal bulan ini.
Katanya, sekurang-kurangnya 27 maut pada hari pertama manakala 43 lagi pada hari kedua.
Saksi Ibrahim Aboubakar, 22, berkata, kumpulan antiBalaka itu menyerang Guen dan membunuh dua abangnya selepas terdengar mereka bercakap dalam bahasa Arab.
“Petang itu mereka mengumpulkan puluhan orang yang diarahkan meniarap sebelum menembak mereka satu persatu,” katanya.
Dia kini mendapat perlindungan bersama 800 yang lain di sebuah gereja Katolik di Carnot, 100 kilometer (km) dari tempat kejadian.
Sekurang-kurangnya dua lagi keluarga turut mendapat perlindungan di gereja berkenaan termasuk Gisma Ahmed, 18, dan dua anak berusia tiga tahun dan empat bulan yang kini menjadi balu selepas kejadian itu.
Gisma hanya mampu menangis ketika ditanya mengenai kejadian itu, malah ahli keluarganya yang turut terselamat berkata suaminya ditembak ketika cuba melarikan diri.
Kebanyakan penduduk melarikan diri ke kawasan belukar dan perkampungan berhampiran.
Bagaimanapun, ratusan masih berada di Guen dan mendapat perlindungan di gereja serta rumah imam kampung itu.
Dua daripadanya yang berjaya dihubungi melalui telefon merayu petugas keamanan di Carnot menyelamatkan mereka.
Mereka yang enggan nama didedahkan turut mengesahkan kumpulan antiBalaka masih mengawal Guen.
Bagaimanapun, ketua petugas keselamatan tempatan berkata dia memerlukan izin pihak atasan di Bangui sebelum boleh menghulurkan bantuan.

Bahaya! Polis Wanita Mati Ditampar

Mati Akibat Ditampar
Riyadh: Seorang polis wanita Saudi mati selepas ditampar oleh rakannya ketika bergaduh.
Pemeriksaan menunjukkan mangsa diserang darah tinggi ketika kejadian.
Anggota itu baru tiba untuk tugas syif malam di balai polis di Makkah apabila dia bertengkar dengan seorang lagi anggota polis wanita.
“Mangsa ditampar di muka menyebabkan dia rebah.
Rakannya yang lain mengejarkan dia ke hospital tetapi dia mati tidak lama selepas itu.
“Doktor berkata dia mengalami tekanan darah tinggi,” lapor akhbar tempatan, Makka.
Rakan yang menampar mangsa ditahan tetapi laporan forensik berkata, tindakannya menampar mangsa tidak boleh menyebabkan dia mati.

Ditipu Pakar Perubatan Alternatif


42 Permata Dalam Badan

Gambar Hiasan

Changsha (China): Seorang lelaki terpaksa melalui pengalaman menyakitkan ketika doktor mengeluarkan 42 butir permata dari badannya selepas dia diperdaya ‘pakar perubatan’ alternatif.
Zou Feng - dari wilayah Hunan - berkata, selepas mengadu sakit belakang seorang jiran menyarankan dia bertemu seorang tokoh yang mahir dalam perubatan tradisional.
Lelaki berusia 61 tahun itu mengunjungi ‘pakar’ terbabit pada 2011 dan diberitahu penyakitnya itu luar biasa sehingga ia hanya boleh disembuhkan dengan menanam permata di bawah kulitnya.

Kata Zou, ‘pakar’ berkenaan membuat tebukan kecil pada kulit dan memasukkan permata itu sebelum luka berkenaan dijahit.

“Pesakit lain berkata, kaedah itu berkesan dan saya mahu mencubanya.
“Memang pada peringkat awal selepas dia memasukkan 42 butir permata ke dalam badan, saya berasa sedikit lega,” katanya.

Bagaimanapun, Zou mula menghadapi masalah baru - dia sukar berjalan dan bukan saja belakangnya sakit, malah semua sendi.

Bimbang keadaan semakin parah, Zou pergi semula ke klinik ‘pakar’ berkenaan tetapi kecewa apabila orang yang dicari sudah berpindah.

“Justeru, saya pergi mendapatkan rawatan di hospital biasa,” katanya. 

Sementara itu, Dr Sying Wan dari Hospital Ortopedik Nianlun di ibu negeri Hunan, Changsha berkata, dia tidak pernah menemui kes seperti dialami Zou.

“Mula-mula saya tak tahu apa objek ada dalam badan Zou ketika melihat salinan x-ray sehinggalah dia menceritakan apa yang berlaku,” katanya. 

Menurut Dr Sying, setiap butir permata itu menyebabkan tulang Zou mati, termasuk di sendi pinggulnya yang tidak dapat diselamatkan.- Agensi

Wednesday, 26 February 2014

Dinoda Kerana RM250

Dirogol kerana menuntut tunggakkan gaji RM250

Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan, suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa bersendirian pergi ke restoran bekas majikannya di Tasik Tambahan, Ampang untuk menuntut tunggakan gaji.
“Suspek bagaimanapun, mengarahkan mangsa pergi ke rumahnya berhampiran kawasan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa menelan sebiji pil dipercayai dadah.
“Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.
“Kesempatan itu diambil untuk merogol mangsa. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diliwat,” katanya.
Katanya, selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek mengarahkan mangsa pulang ke rumah selain tidak menjelaskan tunggakan gaji berkenaan.
“Mangsa yang dibantu seorang pemandu teksi kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.
Susulan laporan itu, sepasukan polis bergegas ke rumah suspek dan berjaya menahannya yang bersendirian di rumah berkenaan.
Katanya, suspek akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala mangsa juga sudah dirujuk ke hospital berhampiran.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil dan masih dirawat di sebuah hospital di kawasan berkenaan.