Suami rajin kerja, isteri lebih sihat!
Pelik bukan, biasanya kita mahukan suami menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama kita namun menurut kajian saintifik rupanya lebih lama masa suami anda habiskan di pejabat, kesihatan anda sebagai si isteri akan bertambah jadi lebih baik!
Kajian University of Texas dapati bahawa peningkatan sumber pendapatan di rumah merupakan alasan utama kenapa si isteri lebih sihat. Yalah, apabila suami lebih rajin di pejabat, cenderung mendapat kenaikan gaji dan pangkat.
Kalau begitu, tidak mengapa, abang tak perlu balik rumah. Duduk sahaja dekat pejabat!
Awas, pastikan suami bekerja di pejabat, bukan mengerjakan benda lain ya.
P/s : Suami-suami perlu kerja lebih kuat ya supaya isteri anda tidak sakit-sakit!
No comments:
Post a Comment