Gambar Hiasan |
Pelik tapi inilah yang terjadi. kajian kesihatan terbaru menemui bahawa susu ibu bahaya untuk bayi. Adakah ini benar?? Bukankah selama ini kita mendengar atau mengetahui bahawa susu ibu merupakan sumber nutrisi terbaik untuk bayi?? Admin terbaca artikel ini petang tadi. Mari kita lihat artikel tersebut.
Biasa kita dengar kajian kesihatan buktikan bahawa susu ibu banyak kebaikan bukan sahaja untuk ibu malah juga lebih banyak khasiat untuk bayi. Namun kali ini kajian kesihatan terbaru temui bahawa susu ibu tidaklah sebaik mana.
Anak yang minum susu ibu dilihat lebih cenderung alami kegemukan dan obese serta lebih cenderung alami masalah lelah berbanding mereka yang minum susu tepung.
Bukanlah nak katakan susu ibu seratus peratus tidak baik untuk kesihatan anak kerana masih menyediakan nutrisi dan tingkatkan imuniti dalam badan bayi, hanya dinasihatkan agar menyusu paling lama sekadar 6 bulan. -Artikel dari mylaunchpad-
Di sebalik itu mari kita lihat artikel lain yang menyentuh kebaikan susu ibu pula:-
Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama, air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf. Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.
- Memantapkan Sistem Imunisasi bayi. Kajian menunjukkan bahawa bayi-bayi yang diberi minum air susu ibu terlindung daripada penyakit berkaitan sistem pernafasan dan penghadaman.
- Kaya Dengan Nutrisi. Air susu ibu yang mempunyai bayi pra-matang mengandungi tahap zat lemak, protein, natrium, klorida dan besi yang lebih tinggi untuk menampung keperluan bayi.
- Mengandungi Omega-3 untuk perkembangan bayi anda. Omega-3 secara khusus penting sepanjang masa kehamilan dan peringkat awal usia bayi demi perkembangan otak dan saraf yang normal.
- Mengurangkan Risiko Sakit Jantung. Selain daripada itu, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis Universiti Bristol, United Kingdom mendapati bahawa antara kebaikan jangka panjang air susu ibu adalah kesan positifnya terhadap tekanan darah, yang mana ia dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
- Fakta tentang “Makanan Tersegar”. Sumbangannya terhadap kesihatan bayi berkembang mengikut fasa pertumbuhan bayi dan kandungannya berubah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi mengikut peringkat-peringkat tertentu
- Susu Ibu dan Kecerdasan. Kajian saintifik membuktikan bahawa pembangunan kognitif di kalangan bayi-bayi yang diberi air susu ibu adalah lebih hebat berbanding bayi lain.
- Air Susu Ibu Menentang Kanser. Sewaktu sebuah protein dari air susu ibu membunuh sel-sel tumor yang dibiakkan dalam makmal tanpa merosakkan sebarang sel sihat, para pengkaji menyatakan bahawa satu potensi yang hebat telah ditemui.
- Rahmat Tiada Bandingan Ini adalah Satu Anugerah dari Allah. Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui keperluan setiap makhluk dan mengasihi mereka, Yang menciptakan air susu ibu untuk bayi di dalam tubuh si ibu.
-Artikel dari duniasusuibu-
Actually admin bukanlah menentang atau memprovokasi artikel di atas cuma sebelum ini seperti yang admin tahu sebaik-baiknya kita menyusukan anak sehingga umur 2 tahun seperti yang disarankan oleh Rasulullah kerana kita tahu bahawa di dalam susu ibu terkandung banyak nutrisi dan khasiat untuk bayi anda. So, semuanya pilihan anda. 'Choice for the best'.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu; …” (Surah Al-Baqarah, ayat 233)
No comments:
Post a Comment