Wednesday, 26 February 2014

Lelaki Berusia Lebih DiMinati Wanita

Mengapa Lelaki Berusia Menjadi Pilihan Wanita??
Gambar Hiasan

Lelaki berusia disukai wanita kerana matang, bijak melayan kerenah dan jauh lebih bersifat penyabar. Namun sedarkah anda, bukan setakat lelaki berusia sahaja tetapi kalau yang sudah bercucu nampaknya menjadi lebih ideal untuk dijadikan pasangan!


Ini semua menurut sebuah kajian yang dilakukan warga Amerika Syarikat yang telah menyenaraikan sebab-sebab utama mengapa kita perlu cuba berpacaran dengan lelaki yang sudah bercucu!


Mereka bersifat gentleman

Zaman mereka mendidik untuk meletakkan wanita pada kedudukan tinggi. Mereka tidak akan sewenangnya mengecewakan anda.

Mereka lebih bertanggungjawab

Sebagai seorang datuk dan bapa, mereka menjaga keluarga mereka sehingga terbawa kepada si cinta hati. Bukan jaga makan minum dan pakaian sahaja, tetapi turut menjaga hati dan emosi.

Mereka akan jaga anak anda

Katakan bagi janda yang berpacaran dengan seorang lelaki sudah bercucu, jangan bimbang kerana pasti lelaki ini bijak menjaga dan melayan kerenah anak anda. Malah sudah seperti anak sendiri.

Mereka lebih berpengalaman

Pengalaman hidup yang mahal akan lebih bantu anda dalam kehidupan, terutamanya apabila anda tertekan dengan permintaan kerjaya ataupun hidup. Si dia seakan mentor dan juga pasangan hidup.

Mereka jauh lebih sofistikated dan yakin

Kriteria ini sahaja sudah cukup menarik di mata wanita.


No comments: