Anda pernah atau biasa mendengar perkataan Istiqamah. Mengikut syarak, Istiqamah bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang pada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah.
Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk mencapai Istiqamah dengan jayanya. Istiqamah boleh kita capai dengan menjaga sepuluh perkara berikut :
1. Menjaga lisan dari membicarakan fitnah dan aib orang lain
2. Menjaga hati dari prasangka buruk
3. Menjauhi diri dari menghina orang lain
4. Menghindarkan pandangan dari melihat perkara haram
5. Berkata benar dalam setiap tindakan
6. Bersedekah sebahagian harta pada jalan Allah
7. Tidak terlalu berlebihan dan membazir jika berbelanja
8. Tidak mencari kebanggaan dan kekuasaan untuk diri sendiri
9. Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya
10. Teguh pendirian terhadap Al-Quran dan Sunnah
Seandainya 10 perkara ini dapat anda capai maka dengan mudahnya anda akan berjaya mencapai istiqamah ini. Namun selalunya kita akan sentiasa berdepan dengan rintangan dan halangan kerana syaitan itu selalu ada untuk menghasut dan menjatuhkan keturrunan Adam A.S dan pengikut Rasullah S.A.W.
Sebelum memulakan sesuatu, kuatkan iman, tunaikan solat 5 waktu dan selalulah membaca Al-Quran serta membuat 'research' berkaitan hal-hal agama atau pun lebih senang sekiranya kita bertanya dengan orang yang lebih arif tentang berkara-perkara yang berkaitan.
Insyaallah...Semoga persinggahan seketika anda di sini dapat memberi kenikmatan santapan buat mata dan hati bersama pengisian rohani dan semoga juga kita semua dapat beristiqamah dan dapat melakukan amal ibadat dengan lebih yakin, khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT.
No comments:
Post a Comment