Monday, 24 February 2014

Mengapa Wanita Cantik Bercerai??

Mengapa wanita cantik bercerai?

Sekadar Gambar Hiasan
Baru-baru ini kita mendengar berita penceraian artis Malaysia yang secara logiknya nampak bahagia diluaran tetapi bagaikan duri di dalam. Mengapakah perkara seperti ini sering terjadi kepada wanita-wanita cantik. Cuba kita kupas sedikit isu-isu mereka ini.

Jadi persoalan kali ini, mengapa wanita jelita bisa diceraikan?

Taksub dengan diri sendiri

Bukan nak kata semua orang cantik miliki sifat vain, narcissist atau terlalu taksub dengan paras rupa sendiri tetapi kadang kala itu yang menjadi perkara pertama yang merapuhkan hubungan. Hubungan bukan berbentuk sehala malah perlu ada pertalian dan kerjasama. Kalau sibuk ke salun kecantikan dan tidak hiraukan si dia, tidak berguna juga.

Terlalu yakin

Teman saya pernah berkongsi bahawa beliau tidak gemar berpacaran dengan wanita yang terlalu cantik kerana biasanya mereka terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga tidak ada cubaan untuk baiki diri sendiri atau cubaan untuk selamatkan hubungan. 

Tiada personality

Mula berkenalan dan berpacaran memang seronok, dapat lihat wanita jelita setiap hari dan menjadi bahan cemburu lelaki lain. Tetapi bagi jangka masa panjang, lelaki akan cepat bosan apabila tiada bahan lain yang boleh dibualkan. Kecantikan juga bisa pudar tetapi personality menarik pasti menyelamatkan keadaan.

Cemburu

Wanita cantik biasa menjadi perhatian di mana-mana. Tak semestinya perlu menjadi selebriti untuk mendapat perhatian orang. Seandainya si dia tidak dapat biasakan diri dengan perhatian yang wanita cantik terima setiap hari, mungkin cemburu membuta akan makan hubungan ini.
Pengajaran di sini, paras rupa bukanlah segalanya dalam suatu hubungan. Bukan paras rupa juga yang perlu disalahkan kerana berakhirnya suatu hubungan. Kadang kala sudah tertulis akan ketiadaan jodoh. Yang penting, jangan berhenti cuba mencari kebahagiaan.
Mungkin inilah beberapa faktor penting yang menjagi punca keretakan rumah tangga wanita cantik. Namu tidak semua contoh yang diberikan adalah betul. Faktor-faktor lain juga mungkin berkaitan. Dalam erti kata lain, andai jodoh kita belum lagi sampai maka sejauh mana kita berusaha pun pasti akhirnya menemui jalan buntu.

No comments: