Wednesday, 26 February 2014

Mari Ambil Tahu Mengenai Solat Duduk

Boleh ke solat duduk dalam kereta??

Gambar Hiasan

Mari kita membincangkan persoalan mengenai solat duduk ketika berada di dalam kenderaan. Admin terbaca mengenai perkara ini di ruangan harian Metro. Mungkin sudah ramai yang mengetahui tentang perkara ini tetapi sebagai peringatan untuk semua individu yang bergelar islam perlu sekiranya kita mengetahui tentang perkara ini. 

Orang yang bermusafir (dalam perjalanan) berada bukan dalam keadaan biasa. Dengan itu beberapa rukhsah (keringanan) diberikan kepada musafir.

Contohnya, Islam membenarkan solat qasar iaitu memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat apabila cukup syarat. 

Menaiki dan berada di dalam kenderaan menunjukkan seseorang itu berada dalam perjalanan dan ia boleh jadi dekat atau jauh. 

Bagaimanapun, solat musafir perlu memenuhi syarat tertentu antaranya ialah: 
l Perjalanan bukan bertujuan maksiat. 

l Perjalanan tidak kurang daripada dua marhalah (kira-kira 56 batu atau 90 kilometer). 

l Perjalanan mempunyai destinasi tertentu. 

Dalam menunaikan solat fardu ia perlu dilakukan dengan cara sempurna iaitu dengan berdiri, rukuk, sujud dan menghadap kiblat. 

Sekiranya seorang yang bermusafir menggunakan kereta, dia perlu memberhentikan kenderaan dan bersolat secara sempurna. 

Manakala kenderaan yang bukan dalam kawalan orang bermusafir seperti menggunakan kapal terbang, kereta api dan kapal laut, dia tentu tidak dapat memberhentikannya. Dia boleh bersolat mengikut keadaan yang dibenarkan. 

Sekiranya berupaya, dia perlu menyempurnakan solat seperti biasa. Jika tidak, dia boleh melaksanakan solat mengikut kemampuan dan keadaan seperti secara duduk dan sebagainya. Begitu juga dengan syarat menghadap kiblat mengikut kemampuan dan keadaan. 

Kebenaran diberi untuk bersolat sunat secara duduk di kerusi kenderaan (kereta sendiri) tanpa perlu menghentikan kenderaan terlebih dahulu. Ia pernah dilakukan Rasulullah SAW ketika menunaikan solat sunat di atas unta dalam perjalanan. 

Dengan kata lain, solat fardu tidak boleh dilakukan seperti itu. Jika dilakukan juga kerana darurat atau sebagainya, ia perlu disempurnakan kembali apabila keadaan membenarkan.

p/s : Apa salahnya berhenti di masjid atau di surau untuk menunaikan solat fardhu. Kemudahan-kemudahan tempat solat di Malaysia rasanya tidak menjadi masalah pada waktu ini kan??

No comments: