Thursday, 27 February 2014

Apa Hikmah Di sebalik Puasa Sunat Isnin & Khamis

Fadhilat Puasa Sunat Isnin & Khamis

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat admin menyempurnakan puasa sunat pada hari ini. Puasa sunat hari Isnin dan Khamis mempunyai banyak kelebihan. Di samping itu sebenarnya 2 hari ini merupakan hari yang mempunyai sejarahnya tersendiri di dalam sejarah agama Islam. mari kita meneliti satu persatu cebisan mengenai Puasa Sunat Isnin & Khamis ini.
 
Gambar Hiasan

Pada hari Isnin terdapat 7 peristiwa penting iaitu:

1. Nabi Idris, as. telah naik ke langit pada hari Isnin
2. Nabi Musa, as. telah pergi ke bukit Thursina pada 
hari Isnin untuk menerima wahyu
3. Turunnya Dalil tentang keEsaan Allah SWT
4. Lahirnya Rasulullah Muhammad SAW
5. Malaikat Jibril, as. turun untuk pertama kalinya 
bertemu Rasulullah SAW
6. Semua amal perbuatan Umat diperlihatkan kepada 
Rasaulullah SAW pada hari Isnin
7. Wafatnya baginda Rasulullah Muhammad SAW


Dan juga antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan 
pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah 
Islam adalah:

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan 
Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.
(pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir 
dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu 
anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk 
mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah SAW memasuki kota Mekah selepas 
perjanjian Hudaibiyah.



Manakal kelebihan berpuasa Isnin & Khamis pula adalah seperti berikut:-

Diriwayatkan dari Aisyah r.a menceritakan bahawa "Adalah Rasulullah S.A.W menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis" (Riwayat Imam Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rsulullah S.A.W bersabda "Segala amal di bentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabbul A'lamin) pada tiap-tiap hari isnin dan hari khamis, oleh itu aku suka amalku dibentang pada hari aku berpuasa." (Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)

Menurut Riwayat Muslim diterima dari Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasulullah S.A.W tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda menjawap dengan sabdanya yang bermaksud " Itu lah hari yang mana padanya aku dilahirkan, pada aku dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepada aku." Subuh al-Salam.

Jadi jelas di sini bahawa puasa sunat Isnin & Khamis ini mempunyai banyak kelebihan kerana Rasulullah sendiri mengamalkan puasa sunat ini. Selain itu juga admin ingin memberikan beberapa kelebihan yang terdapat di dalam puasa.

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."
Alhamdulillah.. semoga dengan ilmu yang di sampaikan ini digunakan sebaik-baiknya sebagai panduan kita semua. Jikalau ada tersalah atau tersilap mengenai coretan admin sila tegur dan beri tunjuk ajar. Tidak salah rasanya jikalau kita berkongsi ilmu. Kita akhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr. Assalamualaikum..

No comments: