PENGANJUR KESAL TRAGEDI MAUT DI FMFA 2014
KUALA LUMPUR, 17 MAC 2014: Susulan daripada
kes 6 maut ketika berlangsungnya Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014)
hujung minggu lalu, penganjur konsert berkenaan, Livescape kesal dengan jumlah
kematian yang berlaku.
Menerusi siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan semalam,Livescape berkata
pihaknya telah menyediakan kawalan ketat dan sumber di tempat berpatutan bagi
memastikan kesihatan serta keselamatan setiap penghunjung terjaga.
Bagaimanapun mereka kecewa apabila perkara sedemikian telah berlaku dan
turut melahirkan rasa sedih serta bersimpati dengan kehilangan beberapa
nyawa pada tangga 14 Mac lalu itu.
Dalam kenyataan yang sama, pihak penganjur berkata pihaknya telah
bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia
(RELA), Stadium Nasional Bukit Jalil dan Pengawal Keselamatan (Millenium
Patriot Security).
“Penganjur bersama-sama penguatkuasa utama telah bertemu dan mewujudkan
beberapa strategi termasuk perancang operasi bagi keselamatan pengunjung dan
pihak pengurusan,kemudahan awam, pengurusan trafik, keselamatan dan presedur
bantuan perubatan.
“Lokasi dilengkapi dengan pusat operasi acara yang membolehkan sebarang
komunikasi bersama pihak penguatkuasa atau berpatutan dapat dibuat dengan kadar
segera,” kata kenyataan yang dikeluarkan semalam itu.
Pihak berkuasa telah mengesahkan tentang kematian 6 orang pengunjung
tersebut selepas mereka menghadiri konsert hari kedua FMFA di Bukit Jalil pada
Sabtu lalu.
Kesemua 6 pengunjung tersebut adalah dari kalangan remaja tempatan
berusia 19 hingga 28 tahun dan kesemua mereka telah disahkan meninggal dunia
sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya 9UUMC) serta Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUK).
Dalam kenyataan yang sama, Ketua Polis Daerah, IPD Cheras Tuan Mohan
Singh berkata, Polis DiRaja Malaysia telah bekerjasama dengan pihak penganjur,
pengawal keselamatan, Stadium Nasional Bukit Jalil dan beberapa agensi kerajaan
bagi proses perlaksanaan acara berkenaan.
“Kami menyediakan 100 orang pegawai polis yang berkhidmat bagi mengawal
dan mengenal pasti aktiviti penyalah gunaan dadah pada acara itu.
“Kami juga mengiktiraf usaha yang diajalankan pihak penganjur dalam
memastikan kesihatan dan keselamatan diambuil kira pada acara itu.
“Mereka telah menjalankankerjasama yang baik dengan pihak kami bagi memastikan
suasana yang selamat untuk orang ramai.
“Apa yang terjadi pada acara berkenaan adalah sama sekali sangat
mendukacitakan dan kami mengingatkan kepada orang ramai akan bahawa pengambilan
dadah,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Seramai 100 orang pegawai polis tambahan telah disediakan bagi memantau
keadaan kawalan pengunjung, trafik dan juga pengesan dadah.
Penganjur juga menyediakan 3 pusat kawalan kecemasan/perubatan dan 1
pusat trauma yang turut dilengkapi oleh dua orang doctor perubatan, 14 paramedik,
10 jururawat , 7 ambulan dan 12 paramedik bergerak.
Turut disediakan 280 kakitangan keselamatan dan 80 ahli RELA yang
berkhidmat sepanjang festival itu dijalankan.
Sementara itu, pihak penganjur berterima kasih dengan kesabaran pemegang
tiket yang turut memahami pembatalan yang diadakan pada hari ketujuh.
Menurut sumber, pihak penganjur sedang sibuk menjalankan proses
mengembalikan semula wang kepada pihak tertentu terutama individu yang datang
dari luar negara.