Saturday, 8 March 2014

Betulkah Ini??

Fakta @ Mitos : Gadis Melayu Suka Rampas Suami Orang

Gambar Hiasan
Topik kegemaran tabloid semasa semestinya wanita perampas dan lelaki sudah berkahwin yang curang. Apa tidaknya, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang kurang enak dari pelakon terkenal Hanez Suraya dan kekasihnya Romie. Namun timbul rasa sakit hati apabila seringkali dikaitkan si gadis Melayu tak bersalah dengan watak perampas suami orang. 

Kali ini kita teliti dan jawab persoalan ini: Mengapa gadis Melayu suka rampas suami orang, fakta atau mitos?

Semestinya mitos. Salah satunya kerana tidak adil bina stereotaip berdasarkan bangsa dan keturunan. Sesiapa sahaja mampu bergelar perampas suami orang, tidak kira bangsa keturunanan agama mahupun usia. Mungkin kerana yang sering kali dipaparkan dalam akhbar merupakan selebriti wanita Melayu tidak bererti semua perempuan Melayu begitu.Ramai lagi gadis Melayu yang percaya dengan hukum, sekiranya merampas hak orang lain satu hari hak anda juga akan dirampas. Jangan kerana nila setitik, hancur susu sebelanga.

Lelaki sudah berkahwin semuanya gatal, fakta atau mitos?

Mitos juga. Malah ramai lelaki yang sudah berkahwin yang hargai isteri mereka dan tidak pernah terfikir untuk duakan isteri mereka. Sekiranya ada niat tersebut, pantas tidak diendahkan kerana mengerti pengorbanan isteri mereka dan kesetiaan isteri mereka. Kalau ada yang mencari lain, mungkin kerana sudah tidak cinta. Hubungan tidak boleh dipaksa tetapi tidak semua sewenangnya cuba menyakiti isteri mereka.

Semua perempuan mahukan harta sahaja, bukan cinta. Fakta atau mitos?


Ini juga suatu mitos. Memang benar ada wanita yang lebih pentingkan harta kekayaan berbanding hubungan cinta, namun ada juga yang masih menyimpan impian bahawa fairy tale endings dan happy ever after itu wujud. Harta pun bukan boleh bawa ke kubur, namun cinta yang tulus ikhlas pasti boleh dibawa ke syurga.

Kesimpulannya, janganlah kita cepat mengadili seseorang tanpa mengenali mereka. Siapakah kita untuk menghukum orang? Biarpun bukti setinggi gunung, kita semua hanyalah manusia tidak terlepas dari salah dan silap, maka bukan tempat kita untuk menghukum dan mengadili orang. 

credit

No comments: