Siti Saleha Dah Ada Bf
Gambar Hiasan |
Siapa tak kenal lagi dengan selebriti cun melecun ini kan. Soal kekasih tidak pernah menjadi rahsia buat pelakon Siti Saleha. Aktres jelita kacukan Melayu-Inggeris ini memang sangat terbuka tatkala berbicara soal peribadi.
Tanpa berselindung, pelakon yang mempunyai nama penuh kemelayuan ini akui hatinya dimiliki jejaka yang dikenali sejak lapan bulan lalu.
Namun hanya setakat itu yang mampu dikongsi kerana dia berasakan perincian dengan siapa dia berkawan dan siapa teman lelakinya adalah bersifat peribadi.
“Kalau orang tanya sudah ada ‘boyfriend’, saya mengaku sudah ada, tapi siapa dia, bagaimana rupa dan kerjayanya, saya rasa masyarakat tidak perlu tahu.
“Kalau orang tanya sudah ada ‘boyfriend’, saya mengaku sudah ada, tapi siapa dia, bagaimana rupa dan kerjayanya, saya rasa masyarakat tidak perlu tahu.
“Saya tidak suka bila orang bertanya, mengaku ‘hanya kawan’. Bagi saya, ia menipu orang sekeliling, terutama apabila berdepan ahli keluarga. Kenapa nak tipu dan cakap hanya kawan?” katanya jujur ketika bersantai di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.
Saleha yang hanya dapat bersama rombongan media pada hari kedua kerana mengalami demam panas, tidak menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk memerap dalam bilik sepanjang bersama rombongan AirAsia ke kota kedua terbesar Thailand selepas Bangkok.
Dia seboleh mungkin tidak mahu ketinggalan mengikuti jadual yang disusun selepas ketinggalan melawat beberapa tempat menarik pada hari pertama.
Dia seboleh mungkin tidak mahu ketinggalan mengikuti jadual yang disusun selepas ketinggalan melawat beberapa tempat menarik pada hari pertama.
No comments:
Post a Comment