Alasan Baik Lelaki Untuk Berkahwin Dua
Gambar Hiasan |
Wah, berita baik untu kaum lelaki ni. Penemuaan saintifik terbaru ini rupa-rupanya kahwin dua bukan setakat dapat bini baru, malah menjadikan jangka hayat hidup lebih lama.
Menurut sebuah kajian saintifik daripada Universiti Sheffield di UK, lelaki berusia lebih 60 tahun daripada 140 negara yang amalkan poligami atau kahwin ramai hidup lebih lama berbanding lelaki yang kahwin satu.
Bagaimana boleh begitu? Kita semua sedia maklum bahawa lelaki boleh terus menjadi bapa biarpun sudah lanjut usia. Ingat lagi, Bruce Willis yang berusia 50 lebih masih boleh dapatkan anak dengan isteri muda beliau, Emma?
Menurut kajian, lelaki yang terus mendapat anak biarpun sudah berusia 60-70 tahun boleh menjaga kesihatan diri lebih baik kerana mereka sedar bahawa mereka masih miliki tanggungjawab untuk menjaga anak. Ini merupakan penerangan logik mengapa jangka hayat lelaki yang beristeri dua lebih panjang berbanding lelaki yang amalkan monogamy.
Jadi adakah ini alasan bagus untuk lelaki menambah bilangan isteri? Tepuk dada, tanya selera.
No comments:
Post a Comment