Kim Kardashian Tidak Dijemput Ke Oscar?
Tidak dijemput tetapi ingin hadir juga ke majlis berprestij Oscar? Itulah yang terjadi kepada bintang Hollywood ini iaitu Kim Kardashian. Kim dikatakan telah menghantar wakil beliau untuk diberikan jemputan khas namun permintaannya tidak diendahkan.
Majlis anugerah Oscars tidak akan sempurna tanpa pesta after party dan pre party. Kali ini Vanity Fair membawakan parti Oscars yang dihadiri bukan sahaja pelakon terkemuka Hollywood, malah peragawati Victoria’s Secret dan ramai lagi selebriti.
Antara selebriti yang menghadirkan diri ke gala berprestif tahun ini, Kim Kardashian dikatakan telah dihalang daripada hadiri pesta tersebut. Kiranya, Kim memang tidak terdapat dalam senarai bintang class A lah senang cerita.
Namun pihak Kim Kardashian menafikan ura-ura tersebut. Malulah tu nak beritahu mediakan?
Kalau dilihat di Instagram Kim Kardashian, beliau bersama keluarga beliau telah berjaya hadiri majlis Oscar anjuran Elton John. Masing-masing kelihatan menawan,namun ternyata Kim berjaya mencuri perhatian dengan gaun low cut berwarna merah menyala beliau.
No comments:
Post a Comment