WANITA YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI BAIK
Gambar Hiasan |
Pelakon Johan
As'ari akui dia kini sedang memperbaiki diri dari segi mendalami lebih ilmu
agama selain dalam masa yang sama membuka hatinya untuk menerima cinta seorang
wanita setelah gagal dalam hubungannya bersama pelakon, Lana Nordin.
Johan As'ari berkata, dia percaya jika dia mahukan jodoh yang baik dia
perlu baiki dirinya untuk jadi lebih baik.
"Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu
pengalaman dan pengajaran dalam mematangkan saya.
"Malah istilah serik tidak pernah timbul kerana saya tidak pernah
berasa begitu sebaliknya yakin akan menemui wanita yang sesuai dengan restu ibu
bapa.
"Saya percaya wanita yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik,
jadi saya sekarang mahu memperbiki diri saya supaya menjadi seorang muslim yang
baik," katanya.
Johan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana
Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan petang semalam.
Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada
21 Mac ini jam 8 malam.
Sementara itu, Johan berkata, kontroversi yang melanda pada tahun lalu
tidak memberikan kesan kepada kariernya sebagai pelakon.
Bahkan menurutnya, dia masih menerima pelbagai tawaran daripada produksi
dan memberitahu jadualnya padat sehingga Jun depan.
"Alhamdulillah rezeki saya pada tahun 2014 sangat murah walaupun
pelbagai cerita kurang enak melibatkan nama saya.
"Saya juga percaya kontroversi yang melanda itu tidak ada kena
mengena dengan rezeki seseorang kerana ia ketentuan Allah," luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baru sahaja selesai
menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan
memasuki set penggambaran sekualJuvana dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment