Gangster Sekolah Rendah |
Georgetown: Keresahan dan tanda tanya seorang ibu selepas tiga anaknya kerap mengelak untuk ke sekolah, terjawab selepas mereka mendakwa sering dibuli kumpulan ‘samseng junior’ diketuai murid berusia 12 tahun di sekolah terbabit.
Ibu berkenaan yang mahu dikenali sebagai Maznah, 30, berkata dia curiga apabila tiga anaknya berusia antara tujuh hingga sembilan tahun, bersekolah di sebuah sekolah rendah yang sama, tidak menunjukkan minat ke sekolah, lalu berusaha mendapatkan penjelasan mereka.
“Tiga beradik itu kemudian mengadu mereka menjadi mangsa buli kumpulan samseng.
“Pada mulanya saya tidak mengambil serius kerana menganggap ia helah anak-anak sebagai alasan untuk tidak ke sekolah.
“Namun, hasil penelitian saya berasa ada yang tidak kena kerana pakaian seragam kotor dan ada ketikanya terkoyak,” katanya.
Paling merisaukan ada kesan tapak kasut yang cukup jelas pada pakaian sekolah, dipercayai akibat ditendang kumpulan samseng junior.
Dakwanya, kumpulan samseng junior itu juga dikatakan cuba merekrut ahli baru dan anak lelakinya juga turut diajak menyertai pergerakan itu.
Bagaimanapun menurutnya, anak lelakinya menjadi mangsa belasahan hampir setiap hari, terutama ketika dia dalam perjalanan pulang dari sekolah kerana enggan menerima pelawaan terbabit.
“Sejak kejadian itu saya dapati perubahan ketara pada anak-anak, daripada ceria kini ketakutan, pendiam, sering berseorangan dan kerap menangis apabila ditanya mengenai apa sebenarnya berlaku.
“Kejadian buli bukan perkara baru dan diharap pengurusan sekolah memantau masalah ini dengan serius kerana jika tidak dibendung, boleh berlaku kejadian lebih buruk,” katanya.
Maznah sudah berhubung dengan pengurusan sekolah dan turut menawarkan diri untuk bekerjasama mencari penyelesaian terbaik masalah berkenaan.
Sementara itu, pihak sekolah ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanggil pelajar berkenaan untuk mengenal pasti punca dan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit.
Sementara itu, pihak sekolah ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanggil pelajar berkenaan untuk mengenal pasti punca dan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terbabit.
p/s : Alahai adik, kecik-kecik lagi dah tunjuk perangai nak jadi gangster ke?? Sekolah pun tak habis lagi. Di mana salahnya?? Salah ibu bapa yang enggan ambil peduli tentang anak-anak?? Atau guru-guru terlepas pandang perkara kecil macam ini?? Atau pun pengaruh dari siaran-siran televisyen?? Sama-samalah kita fikirkan.
Sumber Harian Metro
No comments:
Post a Comment