Duhai Cinta
Gambar Hiasan |
Birthday cinta hari itu cinta tanya tang mana bie sayang kat cinta. Time tu bie tak dapat nak jawab. Semalam cinta merajuk dengan bie, bie dah penat nak layan. Cinta call bie, bie malas nak jawab. Tang mana erk bie sayang kat cinta?
Semalaman bie dok fikir soalan itu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang bie kat cinta sangat la kerdil. Sebab tu la cinta selalu merajuk erk? Tak tahu la, setahu bie la:
1✐ Sebelum bie kenal cinta, setiap semesterbie dapat Anugerah Dekan. Bila dah kenal dengan cinta, setiap semester bie ulang paper. Sebelum kenal dengan cinta, bie belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal dengan cinta keluar makan lagi nak mintak duit dengan emak bie.
2✐ Kalau ada sebiji epal, bie bagi je kat cinta. Kalau ada 2 biji epal, bie bagi yang besar kat cinta. Kalau bie makan ikan, cinta makan tang badan ikan itu, bie pula makan tang kepala ikan tu je.
3✐ Cinta ni tak la cun sangat, tapi bie tak pernah kutuk cinta tak cun. Tapi bie yang hensem ini cinta lagi nak kutuk dengan member depan kita, kata bie tak hensem langsung. Nelydia Senrose lalu depan mata, bie diam je tengok. Takut kalau puji kang cinta marah. Mat Bangla dok depan Sogotu cinta leh gi ngorat time bie gi tandas. Siap mintak nombor telefon depan bie lagi. Kalau keluar dengan cinta, cinta selamba nak makan Starbucks, bie tipu bie dah kenyang, padahal bila dah sampai kat rumahbie makan mee maggi je.
4✐ Sebelum kenal dengan cinta, bie tak pernah ada girlfriend. Selepas cinta kenal dengan bie, genaplah koleksi cinta ada 15 boyfriend kesemuanya. Bie tak pernah marah cnta jadi playgirl, dah tu cinta kata bie macam sami buddha. Kalau cinta rasa nak cium bie, cinta cium terus tak pernah tanya pun. Tapi bila bie rasa nak cium cinta, lepas tanya lagi kena reject. Cinta selalu pukul dada bie, tampar muka bie, cubit peha bie, bie tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak tampar, nak pukul?
5✐ Pernah cinta tanya kalau cinta jatuh cinta dengan lelaki lain, bie nak buat apa? Bie kata bie nak bunuh lelaki itu. Tapi bila bie tanya kalau bie jatuh cinta kat pompuan lain, bie nak buat apa? Bie kata nak bunuh bie, emak bie, ayah bie dengan nenek bie. Bie beli mask Clinique untuk cinta harga RM300, bie kata harga RM30. Cinta beli jam tangan Pasar malam kat bie harga RM30 cinta kata harga RM300. Setiap kali berjumpa bie bagi hadiah kat cinta, tapi setiap tahun birthday bie cinta kata dah lupa.
6✐ Hari itu cinta peluk bie kata nak sangat romen dengan bie, bie kata tak boleh, dosa. Cinta kata bie tak sayang cinta. Pastu semalam cinta paksa bie romen dengan cinta, kalau tak cinta nak break dengan bie. Okey, pukul dua pagi bie sanggup bawak motor sampai Jalan Pahang nak beli kondom. Cinta kata saja je nak test bie, pastu marah bie keji. Bie diam je dok tepi akuarium, tengok ikan emas tengah romen.
7✐ Bie rosakkan headphone cinta, bie ganti headphone 'Beat'. Cinta rosakkan kereta bie, cinta buat derk je. Sekali cinta demam, bie kena diet 2 kg nak jaga cinta. Sekali bie demam, cinta tambah berat 2 kg sebab habiskan makanan bie. Bie tak pernah kata cinta pendek, cinta marah bie tinggi sangat. Member cinta ketawakan cinta. Cinta datang rumah bie, bie tidur sofa, bie datang rumah cinta, bie jugak yang tidur kat sofa. Mak bie belikan rantai Tiffany dengan cinta. Mak cinta tak pernah ajak bie makan kat rumah cinta walau sekali pun.
8✐ Kucing rumah bie bersalin, bie bagi anak kucing yang paling cute kat cinta, dua hari je cinta bela, kucing itu dah mati. Cinta tak kata apa-apa pun. Cinta bagi ikan emas yang dah dekat mati kat bie, dua hari bie bela dah mati. Cinta kata nak bunuh semua anak kucing bie. Cinta kalau nak pakai duit bie, terus ambil tak payah bagitau. RM30 ke RM80 ke seratus ke selagi wallet bie ada duit. Hari itu bie nak pinjam RM10 sebab terlupa bawa wallet, cinta kata bie kedekut. Birthday cinta, bie tak pernah terlupa. Birthday bie hari ini cinta tak pernah ingat.
Agak-agak cinta, bie sayang tak dekat cinta???
No comments:
Post a Comment