Penulisan, warkah, coretan serta lukisan yang terhasil dari sebatang pena memberi berjuta erti kepada individu. 'AGENDA' sebatang pena melukis perjalanan kehidupan sejak dari dahulu lagi bermula dari kehidupan ADAM A.S sehingga hari ini dan akan datang. Pahit, manis, kesedihan serta kegembiraan dapat dilakar menerusi ilham dan idealogi manusia melalui sebatang pena. Sebatang pena pencetus 'AGENDA'.
Kami Sokong Liyana Manan Vs Hanez Suraya Tak Bersalah
Fan Page 'Hanez Suraya Tak Bersalah' Pula Muncul Di Fb
Gambar Hiasan
Pertikaian yang terjadi di antara pelakon Hanez Suraya, kekasihnya Romie serta isteri Romie, Nurliyana Abd Manan nampaknya semakin hangat dbincangkan di laman-laman sosial. Di sebelah pihak, Hanez Suraya kini dicemuh rata-rata perbuatannya merampas suami orang. Di sebelah pihak yang satu lagi Nurliyana Abd Manan kini mendapat simpati dari kebanyakan masyarakat di Malaysia kini. Tidak kurang juga kerana fanatiknya mereka di atas topik hangat ini ramai peminat serta pengkritik di luar sana yang menggunakan facebook sebagai pendekatan bagi membincangkan masalah yang berkaitan. Mulanya fan page 'Kami Sokong Liyana Manan' diwujudkan. Sekarang pula kita boleh lihat ade fan page lain yang dibuat dari peminat Hanez Suraya iaitu 'Hanez Suraya Tak Bersalah' dan 'Kami Sokong Hanez Suraya'.
Gambar Hiasan
Apa pun yang pengkritik dan peminat diluar sana buat jangan lah sampai boleh menjadi gaduh serta menambah-nambah fitnah yang sudah ada. Kita doakan yang terbaik untuk mereka bertiga semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya tanpa ada sebarang dendam. Bagi peminat dan pengkritik jangan pula cepat menunding jari dan mencari salah sesiapa ya!
No comments:
Post a Comment