Sunday, 2 March 2014

Betul Ke Ni??

Sifat Wanita & Kucing Hampir Sama?

Gambar Hiasan
Wanita khususnya memang sejak azali lagi memiliki sifat yang manja. Namun,di sebalik sifat semula jadi mereka ini ada persamaannya dengan sifat haiwan peliharaan iaitu kucing. Ada beberapa sifat persamaan antara mereka ini. Mungkin kaum wanita tidak bersetuju tetapi bagi lelaki pula mari kita lihat beberapa persamaan mereka :-


Ambil masa untuk mesra
Kucing ini sifatnya memilih dan mengambil masa untuk mesra. Ada kucing yang cepat mesra dengan orang (biasa kucing liar itu), tetapi kalau kucing yang dibela akan mengambil masa sedikit sebelum berjinak dengan orang. Begitu juga dengan wanita. Bukan sebarangan orang akan dapat perhatian beliau, malah beliau mengambil masa untuk kenali hati budi orang sebelum selesa dengan orang.


Manja

Kucing secara semulajadi bersifat manja. Terutamanya kalau mahukan perhatian anda. Wanita juga begitu. Kalau masa nak sesuatu, sifat manja kalah kucing. 


Kena ikut cakap kucing

Kalau anda tak beri kucing anda makan pada masa kucing tersebut lapar, awas, pasti dicakar kerusi sofa mahal milik anda. Begitu juga dengan wanita. Kalau tidak ikut cakap isteri atau teman wanita, awas, mungkin tayar kereta anda pancit lepas ini.


Semuanya milik si kucing

Kalau anda bela kucing, sebaik masuk sahaja rumah anda, semua barang anda menjadi milik si kucing tersebut. Suka hati si kucing nak tidur atas katil anda atau kereta anda sekalipun. Begitulah wanita. Selepas kahwin, semua barang anda menjadi milik isteri anda.


Kuat cemburu

Ini pengalaman sendiri ya. Pernah dicakar seekor kucing kerana cemburu melihat tuannya bermain bersama saya. Begitu juga dengan wanita yang turut sama miliki sifat kuat cemburu ini. Kalau dah janji nak berpacaran, janganlah pandang perempuan lain pula! 


Cuba perhatikan beberapa sifat di atas. Adakah sama dengan sifat wanita yang anda kenal?? Jika ya, anda mesti tahu apa yang perlu di buatkan?? :)

No comments: