Thursday, 6 March 2014

Apa itu 'Upskirt'?

Aktiviti 'Upskirt' @ Mengintai Tak Bersalah

Gambar Hiasan

Kalau di Malaysia, anda boleh masuk penjara atas kesalahan gangguan seksual, suka hati mengintai skirt anak dara orang. Sememangnya orang miang atau 'pervert' ini patut di masukkan penjara atas kesalahan seperti ini.

Namun di Massachusetts, Amerika Syarikat, mahkamah tertinggi telah putuskan bahawa tak salah di sisi undang-undang untuk mengintai skirt anak dara orang!

Aktiviti “upskirt” atau mengintai dan ambil gambar dalam skirt seorang gadis dianggap tidak bersalah oleh mahkamah kerana mangsa wanita yang diambil gambar beliau tidak berkeadaan bogel dan masih memakai seluar dalam. 

Masalahnya bukan tentang tidak berpakaian atau tidak. Apabila mahkamah putuskan perkara sebegini tidak salah di sisi undang-undang, lelaki pervert atau miang akan gunakan ini sebagai alasan untuk suka hati ganggu wanita secara seksual. Ini juga bertentangan dengan hak asasi seorang wanita.

Harap janganlah mahkamah di Malaysia ikut jejak langkah Massachusetts ini.

credit

No comments: