10 SELEBRITI HOT BERSTATUS JANDA PILIHAN
Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Dua minggu lalu sahaja negara
digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang
sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.Kedua-dua aktres
ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah
wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan?
Namun, dua orang aktres yang sebutkan
telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza
Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri
masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan
wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres
tersebut.
Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di
Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi
buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti
yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain. Bukan mereka
berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi antara 10 orang selebriti terkenal tempatan lain juga kini sah bergelar
janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot
daripada anak dara.
Murai mulakan sorotan khas ini dengan
memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau
Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas
bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan
Putera Rayqal Rizal Ashram.
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil
yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari.
Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri
anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.
Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis
anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan
Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010
sebelum berpisah.
Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak
sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini
Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain
bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua
cahayamata walaupun solo.
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura
juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan
tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga
dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai
pada 2010.
Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika
sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan
di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat
kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.
Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan
gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai
dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang
anak lelaki.
Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda,
Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita
hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat,
Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.
Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi tentang
selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang
dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini. Soal kahwin dan cerai serta status
janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak.Sekadar mahu
pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan
beristerikan selebriti?
No comments:
Post a Comment