114 pengikut ditahan bersama kitab Syiah
Kitab yang dapat dirampas |
Taiping: Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang
dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah
yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan
Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin.
Dalam
serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28
wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan
tujuh hingga 70 tahun ditahan.
Operasi besar-besaran itu
membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam
Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan
utama sempadan Gerik dan Selama, di sini.
Ketua
Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan
meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan
kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di
kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang
mereka jalankan.
“Susulan daripada laporan
yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk
dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan
serbuan.
No comments:
Post a Comment