Saturday, 8 March 2014

Yang Tak Molek Didengar

Remaja Belasan Tahun Jual Diri Di Fb

Tanpa segan silu mereka memuat naik gambar termasuk berseragam sekolah sebagai ‘pembuka jalan’ untuk hubungan ke peringkat seterusnya, ada sekadar bersembang lucah di Internet dan ada yang berpanjangan hingga ke ranjang.
Gambar Hiasan
Itu antara aktiviti kegemaran remaja masa kini apabila menghadap komputer atau sewaktu mendampingi tablet serta telefon pintar masing-masing dengan menggunakan medium Facebook (FB) atau aplikasi WhatsApp, WeChat, Instagram dan Twitter.
Gambar Hiasan
Dalam kalangan mereka, hubungan palsu, liar dan bebas ini diistilahkan ‘fake relay’ dan seolah-olah satu kebanggaan apabila diterima menyertai kumpulan (group) yang diwujudkan.
Amat mengejutkan apabila pemantauan Harian Metro menerusi FB mendapati satu ‘group’ yang diwujudkan untuk mempromosi hubungan ‘fake relay’ ini sejak setahun lalu mendapat penyertaan lebih 15,000 remaja, majoritinya pelajar sekolah.
Wartawan yang melakukan penyamaran dan menyertai ‘group’ berkenaan berjaya menjalin hubungan dengan remaja berusia 17 tahun dan pertemuan yang diadakan selepas itu membuktikan dia tidak berbohong mengenai usianya.
Sumber Harian Metro

No comments: