Tuesday, 4 March 2014

Jennifer Lawrence Patut Malu

Jennifer Lawrence : Tergelincir Bawa Tuah

Gambar Hiasan
Los Angeles: Tahun lalu Jennifer Lawrence tergelincir dan jatuh ketika menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang menjadi buah mulut untuk berminggu-minggu selepas Anugerah Oscar selesai.
Mungkin pelakon jelita itu menganggap jatuh sebagai satu ‘tuah’ berikutan sekali lagi ‘tumbang’ kali ini ketika keluar dari limosin dinaikinya apabila sampai di Dolby Theatre.
Mujur teman lelakinya Nicholas Hoult ada di sisi untuk membantunya.
Jennifer, 23, yang dicalonkan untuk kategori Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagaimanapun hanya ketawa dan selamba berdiri semula sebelum meneruskan perjalanannya ke dalam dewan majlis.
Kejadian itu sudah pasti mengingatkan semua yang hadir mengenai acara tahun lalu apabila aktres terbabit terpijak hujung gaun Dior dipakainya mengakibatkannya terjatuh ketika naik ke pentas bagi menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik.
Aktor Bradley Cooper yang turut berlakon dengannya dalam Silver Linings Playbook dan Hugh Jackman bergegas membantunya berdiri semula.
Sumber Harian Metro

No comments: