Monday, 3 March 2014

Lagi-lagi Dera Anak

Anak Luar Nikah Mangsa Dera Disahkan Meninggal

Gambar Hiasan
Helah seorang ibu kononnya anak perempuannya berusia dua tahun cedera selepas terjatuh dari tangga tidak menjadi apabila bedah siasat mendapati ada kesan lebam di tubuh kanak-kanak malang itu, dipercayai akibat didera sehingga mati.
Dalam kejadian jam 11.55 malam Khamis lalu, ibu kanak-kanak berusia 23 tahun membawa anaknya yang dalam keadaan tidak sedarkan diri ke Hospital Tuaran dan memaklumkan kononnya insan kecil itu jatuh tangga.
Pihak hospital kemudian melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati banyak kesan lebam pada tubuh kanak-kanak berkenaan selain parut luka.
Namun, mangsa dikenali sebagai Nurul Atiqah Balqis Abdullah kemudian disahkan meninggal dunia jam 12.20 tengah malam, 25 minit selepas mendapatkan rawatan.
Susulan kematian kanak-kanak berkenaan, pihak Hospital Tuaran kemudian menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran memaklumkan perkara itu.
Menurut sumber, ibu kanak-kanak terbabit menghantar mangsa ke unit kecemasan hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan luka lama pada paha kanan selain kesan lebam di muka, tangan dan kaki.
“Selepas disahkan wujud unsur penderaan, pihak hospital kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sumber berkata, difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan belum berkahwin. dan difahamkan mangsa adalah anak luar nikah.
“Ibu mangsa dipercayai belum berkahwin dan tidak menolak kemungkinan mangsa adalah anak luar nikahnya.
“Ketika mahu mendapatkan rawatan, suspek memberi alasan anaknya pernah tercedera akibat jatuh tangga selain menghidap asma,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malik ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Polis sudah menahan dua wanita lingkungan 20-an termasuk ibu mangsa untuk disoal siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.
p/s : Apalah salah budak kecil tu? Dahla jadi mangsa anak luar nikah, didera pula sampai mati. Tiada peri kemanusian betullah. Betullah apa yang admin penah terbaca, "more human but less humanity".
Sumber Harian Metro

No comments: