Sunday, 2 March 2014

Bakar Kalori Anda Melalui Aktiviti Ranjang

Aktiviti Ranjang Membakar Kalori

Gambar Hiasan
Ops, artikel ini untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja ya! Bagi mereka yang belum mendirikan rumah tangga jadikan sebagai ilmu tapi jangan dipraktikkan sehingga anda sudah bernikah secara sah!

Menurut kajian kesihatan terbaru, terdapat cara lain daripada mengunjungi gym untuk bakar kalori.
Sebuah kajian yang dilakukan di University of Quebec di Canada membuktikan bahawa aktiviti ranjang mampu membakar kalori seperti senaman larian yang dilakukan selama 30 minit.

Menurut kajian tersebut, lelaki boleh membakar sehingga 120 kalori dalam masa 30 minit aktiviti seks manakala wanita hanya membakar 90 kalori.

Adakah ini bermakna seseorang boleh mendapatkan perut kempis hanya dengan duduk di bilik tidur?
Belum tentu lagi. Diet permakanan dan senaman kardio perlu diamalkan untuk membentuk otot.

Sumber : mylaunchpad

No comments: