Monday, 17 March 2014

FMFA 2014 Mengundang Maut

PENGANJUR KESAL TRAGEDI MAUT DI FMFA 2014

 
Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR, 17 MAC 2014: Susulan daripada kes 6 maut ketika berlangsungnya Future Music Festival Asia 2014 (FMFA 2014) hujung minggu lalu, penganjur konsert berkenaan, Livescape kesal dengan jumlah kematian yang berlaku.
Menerusi siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan semalam,Livescape berkata pihaknya telah menyediakan kawalan ketat dan sumber di tempat berpatutan bagi memastikan kesihatan serta keselamatan setiap penghunjung terjaga.
Bagaimanapun mereka kecewa apabila perkara sedemikian telah berlaku dan turut melahirkan rasa  sedih serta bersimpati dengan kehilangan beberapa nyawa pada tangga 14 Mac lalu itu.
Dalam kenyataan yang sama, pihak penganjur berkata pihaknya telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia, Bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Stadium Nasional Bukit Jalil dan Pengawal Keselamatan (Millenium Patriot Security).
“Penganjur bersama-sama penguatkuasa utama telah bertemu dan mewujudkan beberapa strategi termasuk perancang operasi bagi keselamatan pengunjung dan pihak pengurusan,kemudahan awam, pengurusan trafik, keselamatan dan presedur bantuan perubatan.
“Lokasi dilengkapi dengan pusat operasi acara yang membolehkan sebarang komunikasi bersama pihak penguatkuasa atau berpatutan dapat dibuat dengan kadar segera,” kata kenyataan yang dikeluarkan semalam itu.
Pihak berkuasa telah mengesahkan tentang kematian 6 orang pengunjung tersebut selepas mereka menghadiri konsert hari kedua FMFA di Bukit Jalil pada Sabtu lalu.
Kesemua 6 pengunjung tersebut adalah dari kalangan remaja tempatan berusia 19 hingga 28 tahun dan kesemua mereka telah disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya 9UUMC) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUK).
Dalam kenyataan yang sama, Ketua Polis Daerah, IPD Cheras Tuan Mohan Singh berkata, Polis DiRaja Malaysia telah bekerjasama dengan pihak penganjur, pengawal keselamatan, Stadium Nasional Bukit Jalil dan beberapa agensi kerajaan bagi proses perlaksanaan acara berkenaan.
“Kami menyediakan 100 orang pegawai polis yang berkhidmat bagi mengawal dan mengenal pasti aktiviti penyalah gunaan dadah pada acara itu.
“Kami juga mengiktiraf usaha yang diajalankan pihak penganjur dalam memastikan kesihatan dan keselamatan diambuil kira pada acara itu.
“Mereka telah menjalankankerjasama yang baik dengan pihak kami bagi memastikan suasana yang selamat untuk orang ramai.
“Apa yang terjadi pada acara berkenaan adalah sama sekali sangat mendukacitakan dan kami mengingatkan kepada orang ramai akan bahawa pengambilan dadah,” katanya dalam kenyataan yang sama.
Seramai 100 orang pegawai polis tambahan telah disediakan bagi memantau keadaan kawalan pengunjung, trafik dan juga pengesan dadah.
Penganjur juga menyediakan 3 pusat kawalan kecemasan/perubatan dan 1 pusat trauma yang turut dilengkapi oleh dua orang doctor perubatan, 14 paramedik, 10 jururawat , 7 ambulan dan 12 paramedik bergerak.
Turut disediakan 280 kakitangan keselamatan dan 80 ahli RELA yang berkhidmat sepanjang festival itu dijalankan.
Sementara itu, pihak penganjur berterima kasih dengan kesabaran pemegang tiket yang turut memahami pembatalan yang diadakan pada hari ketujuh.
Menurut sumber, pihak penganjur sedang sibuk menjalankan proses mengembalikan semula wang kepada pihak tertentu terutama individu yang datang dari luar negara.

Wednesday, 12 March 2014

Apa Punya Suami Da!

Suami Bersekongkol Rogol Isteri Hamil
Isteri yang membuat laporan
Arau: “Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang,” kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.
Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 19, berkata, suaminya turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki itu.

“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Suami Jalang
Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.
Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.


Kes Cerai Nurul Izzah

Nurul Izzah Dan Suami Diminta Bawa Pendamai

Gambar Hiasan
Mahkamah Rendah Syariah hari ini memerintahkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim supaya segera melantik wakil jawatankuasa pendamai dalam kes cerai yang difailkan Nurul Izzah. 

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 1 April bagi pasangan itu membawa jawatankuasa pendamai masing-masing ke mahkamah, dan jika mereka gagal berbuat demikian, mahkamah boleh menutup kes berkenaan. 

"Ini kali ketiga kes ditangguhkan, sekiranya kedua-dua pihak ingin menyelesaikannya, mereka perlu membawa wakil jawatankuasa pendamai dan sekiranya tiada mahkamah boleh tutup kes ini," katanya. 

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar tidak hadir di mahkamah. 

Pada 18 Feb lalu, mahkamah menangguhkan kes tersebut selepas peguam Normawaddah Ramli yang mewakili anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, memberitahu anak guamnya masih mencari penyelesaian secara baik dalam kes itu. 

Terdahulu, peguam Zulkifli Che Yong memberitahu mahkamah bahawa beliau baru dilantik untuk mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar, dan oleh itu beliau memohon tarikh lain bagi anak guamnya membawa jawatankuasa pendamai. 

Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah. 

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berusia empat tahun.  


credit

Pray4MH370

Pendedahan Identiti Passport Palsu

Gambar yang tersebar secara meluas
Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mendedahkan identiti kedua-dua lelaki yang menggunakan passport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut laporan Astro Awani, Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata lelaki yang bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, adalah warganegara Iran yang berusia 30 tahun.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dedahkan identiti lelaki pertama yang menggunakan pasport curi sebagai warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19.

Noble berkata pasport kedua-dua lelaki itu tidak terdapat dalam pangkalan data Interpol.

“Jadi, sekiranya mana-mana pihak mencari nama atau nombor passport kedua-dua lelaki ini di pangkalan data Interpol, mereka tidak akan menjumpainya.

“Apa yang kami tahu, apabila kedua-dua lelaki ini tiba di Kuala Lumpur pada 28 Februari, mereka menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport Itali dan Austria.

“Kami kini dalam proses meminta negara-negara di seluruh dunia untuk memberikan apa-apa maklumat mengenai imej kedua-dua lelaki terbabit, passport mereka dan nombor passport mereka,” katanya semasa satu sidang media.


credit

Johan As'ari Perlu Lebih Matang

WANITA YANG BAIK HANYA UNTUK LELAKI BAIK
Gambar Hiasan

Pelakon Johan As'ari akui dia kini sedang memperbaiki diri dari segi mendalami lebih ilmu agama selain dalam masa yang sama membuka hatinya untuk menerima cinta seorang wanita setelah gagal dalam hubungannya bersama pelakon, Lana Nordin.
Johan As'ari berkata, dia percaya jika dia mahukan jodoh yang baik dia perlu baiki dirinya untuk jadi lebih baik.
"Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran dalam mematangkan saya.
"Malah istilah serik tidak pernah timbul kerana saya tidak pernah berasa begitu sebaliknya yakin akan menemui wanita yang sesuai dengan restu ibu bapa.
"Saya percaya wanita yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik, jadi saya sekarang mahu memperbiki diri saya supaya menjadi seorang muslim yang baik," katanya.
Johan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan petang semalam.
Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini jam 8 malam.
Sementara itu, Johan berkata, kontroversi yang melanda pada tahun lalu tidak memberikan kesan kepada kariernya sebagai pelakon.
Bahkan menurutnya, dia masih menerima pelbagai tawaran daripada produksi dan memberitahu jadualnya padat sehingga Jun depan.
"Alhamdulillah rezeki saya pada tahun 2014 sangat murah walaupun pelbagai cerita kurang enak melibatkan nama saya.
"Saya juga percaya kontroversi yang melanda itu tidak ada kena mengena dengan rezeki seseorang kerana ia ketentuan Allah," luahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan memasuki set penggambaran sekualJuvana dalam masa terdekat.

Tuesday, 11 March 2014

Khabar Gembira

Che Ta Disahkan Hamil

Gambar Hiasan
Berita kehamilan anak pertamanya Rozita Che Wan dengan Zain Saidin diterima dengan penuh debaran selepas 15 tahun tidak melalui pengalaman itu.
Rozita, 41, yang dihubungi berkata, perasaan itu terbit kerana anak bongsunya Aniq Ezzra daripada perkahwinan terdahulu kini sudah berusia 16 tahun.
Katanya, selepas 15 tahun tidak mengandung dia gementar apabila mendapati ujian kehamilan yang dilakukannya sendiri semalam menunjukkan kesan positif.
“Mahu tak berdebar apabila sudah lama tak mengandung.
Bagi saya perasaannya biasa saja, tapi tetap bersyukur dengan rezeki ini.
“Yang lebih seronok tentulah Zain sebab dia baru pertama kali nak rasa.

Ini adalah hadiah hari jadi untuk Zain dan saya yang diraikan semalam (Ahad),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Rozita berkongsi khabar gembira itu menerusi sekeping gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, rozitachewan1, petang semalam.
Dalam muat naik gambar itu, Rozita mengeluarkan kenyataan ringkas yang memanjatkan kesyukuran dengan nikmat Tuhan atas kehamilan terbabit.
Ia adalah kehamilan anak pertama pasangan yang berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam, dekat sini.
Selain Aniq, Rozita turut mempunyai seorang lagi anak lelaki Ammar Effendy, 18, hasil perkahwinan lalu.

Monday, 10 March 2014

Ruangan Agama

114 pengikut ditahan bersama kitab Syiah

Kitab yang dapat dirampas
Taiping: Seramai 114 orang termasuk lapan warga asing yang dipercayai pengikut ajaran Syiah, ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, berhampiran sempadan Gerik, di sini, ketika meraikan satu majlis malam kelmarin.
Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira jam 10 malam itu, seramai 54 lelaki, 28 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tujuh hingga 70 tahun ditahan.
Operasi besar-besaran itu membabitkan 150 pegawai dan anggota polis dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan lokasi rumah itu terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama sempadan Gerik dan Selama, di sini.

Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kegiatan meragukan kumpulan terbabit terbongkar selepas seorang pengikutnya memaklumkan kepada polis berhubung aktiviti yang diadakan di sebuah rumah penduduk di kawasan berkenaan dan meminta pihak JAIPk supaya tidak mengganggu aktiviti yang mereka jalankan.



“Susulan daripada laporan yang meragukan, polis kemudian menjalankan siasatan terperinci bersama JAIPk dan memantau aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit sebelum melakukan serbuan.

Kesian Syamsul Yusof

Malam Pertama Di Hospital

Kesian Syamsul 
Di sebalik raut wajah yang masih lemah, dia masih berupaya menguntum senyuman. Masakan tidak, pagi kelmarin bermulalah episod baru dalam kehidupan pengarah filem dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 30, apabila sah bergelar suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, selepas selamat dinikahkan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Disatukan dengan wanita yang dicintai pastinya detik paling membahagiakan seorang lelaki. Atas sebab itu, Syamsul yang popular dengan filem KL Gangster menggagahkan diri meneruskan pernikahan biarpun keadaan kesihatannya belum stabil dan masih menerima rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles, Ampang akibat demam denggi sejak 2 Mac lalu.
Syamsul ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya pada hari itu stabil sekali gus membolehkannya meneruskan niat bernikah pada tarikh berkenaan.

“Sudah seminggu saya ditahan di wad dan dua hari lalu saya bercakap pada diri saya sendiri, jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan, tarikh nikah saya dan Sarah terpaksa ditunda.

“Kalau boleh saya tidak mahu berbuat demikian kerana saya enggan menyusahkan banyak pihak. Apatah lagi segala persiapan sudah dibuat. Jika menundanya ke tarikh lain, kena tempah semula tempat dan ia akan merumitkan lagi keadaan serta menyukarkan banyak pihak contohnya mendapatkan semula tarikh jurunikah untuk pernikahan ini,” kata anak sulung Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail ini.
Semoga Syamsul Yusof cepat sembuh ya!

Isu Terkini MH370

HARITH ISKANDAR PERLI STATUS TWITTER ZED ZAIDI TENTANG MH370

Harith Iskandar Mengkritik Zed Zaidi
Sedang seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan Boeing 777-200 MH370, nama bekas Presiden Seniman, Zed Zaidi tiba-tiba menjadi bualan hangat.
Perkara itu berlaku kerana Zed Zaidi telah membuat lawak serta memperlekehkan insiden tersebut dengan mempersoalkan tentang kebenaran berita itu dan mengaitkannya dengan isu hidangan 'nasi lemak telanjang' dan 'asam pedas' MAS.
Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan dan mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial termasuk rakan artis serta menyifatkan pelakon itu tidak sensitif dengan insiden yang berlaku.
Antara rakan artis yang menegur statusnya adalah pelawak, Harith Iskandar yang merasakan status yang dinaikan itu adalah kurang bijak.
Namun begitu, kenyataan tersebut telah dipadam tidak lama kemudian malah Zed juga membuat permohonan maaf secara terbuka melalui platform media yang sama.
Zed bagaimanpun mengakui dia agak keliru dengan maklumat berkenaan dan tidak berniat untuk memburukkan keadaan serta mendoakan agar semuanya selamat.
Kehilangan pesawat MH370 tidak patut dipersendakan kerana ramai ahli keluarga mangsa yang sedang bersedih apabila sehingga kini pesawat itu masih belum ditemui dan dikenalpasti.
Di laman-laman Facebook dan juga Twitter juga terdapat ramai individu yang membawa cerita kurang senang berkaitan kes ini. Janganlah pula mengaitkan kes ini dengan politik, racism, dan mengecam yang bukan-bukan. Seharusnya kita patut mendoakan agar diberi petunjuk dalam menyelesaikan kes ini. #Pray4MH370#

Sunday, 9 March 2014

Aktres Cun Dah Ada Bf

Siti Saleha Dah Ada Bf

Gambar Hiasan
Siapa tak kenal lagi dengan selebriti cun melecun ini kan. Soal kekasih tidak pernah menjadi rahsia buat pelakon Siti Saleha. Aktres jelita kacukan Melayu-Inggeris ini memang sangat terbuka tatkala berbicara soal peribadi.
Tanpa berselindung, pelakon yang mempunyai nama penuh kemelayuan ini akui hatinya dimiliki jejaka yang dikenali sejak lapan bulan lalu.
Namun hanya setakat itu yang mampu dikongsi kerana dia berasakan perincian dengan siapa dia berkawan dan siapa teman lelakinya adalah bersifat peribadi.

“Kalau orang tanya sudah ada ‘boyfriend’, saya mengaku sudah ada, tapi siapa dia, bagaimana rupa dan kerjayanya, saya rasa masyarakat tidak perlu tahu.
“Saya tidak suka bila orang bertanya, mengaku ‘hanya kawan’. Bagi saya, ia menipu orang sekeliling, terutama apabila berdepan ahli keluarga. Kenapa nak tipu dan cakap hanya kawan?” katanya jujur ketika bersantai di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.
Saleha yang hanya dapat bersama rombo­ngan media pada hari kedua kerana mengalami demam panas, tidak menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk memerap dalam bilik sepanjang bersama rombongan AirAsia ke kota kedua terbesar Thailand selepas Bangkok. 

Dia seboleh mungkin tidak mahu ketinggalan mengikuti jadual yang disusun selepas keting­galan melawat beberapa tempat menarik pada hari pertama.

Sambungan Kes Kehilangan Pesawat MH370

MAS MH370: Penumpang Austria, Italy hidup

Gambar Hiasan
Laporan terkini dari kes kehilangan flight MH370.

Kes hilang pesawat MH370 menjadi lebih rumit selepas laporan muncul bahawa dua rakyat asing — seorang warga Itali dan seorang warga Austria — yang disenaraikan di penerbangan MH370 ke Beijing tidak pernah berlepas bersama kapal terbang.

Menurut beberapa laporan berita asing, kedua-dua pasport warga Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Kozel dicuri suatu ketika dulu.

Laporan ini seperti mencadangkan kemungkinan perbuatan tidak jujur wujud dalam pesawat Boeing 777-200 yang kini sudah hilang untuk hampir 24 jam.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi berkata pihak berkuasa akan menyiasat perkara itu untuk menyiasat perbuatan tidak jujur tersebut.

"Maklumat masih di bawah kajian," katanya.

Menurut ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia Datuk Azharuddin Abdul Rahman turut menambah bahawa pihak berkuasa lapangan terbang telah memeriksa video keselamatan penumpang dan bag.

Menurut The UK Telegraph, Maraldi berusia 37 tahun telah memberitahu ibu bapa dia yang dia berada di Thailand dan tidak pernah menjejak kaki ke penerbangan MH370. 

Satu lagi laporan dari The Guardian, jurubicara kementerian luar negeri Austria, Martin Weiss telah menyatakan pada media yang warganegara Austria yang telah disenaraikan sebagai penumpang oleh Malaysia Airlines selamat dalam negaranya sendiri. Dia juga berkata bahawa pasportnya telah dicuri setengah tahun lepas di Thailand.

Pagi tadi MAS mengesahkan bahawa penerbangan MAS berkongsi kod dengan China Southern Airlines, Beijing MH370 yang membawa 239 orang , termasuk 12 anak kapal, 2 orang bayi telah terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang Jaya.

Adakah ini kes 'hijacking' atau sebaliknya??

Saturday, 8 March 2014

Jual Janggut Je Sampai 1 Juta

Lelaki Jual Janggut A$1 juta (RM2.94 juta)

Sydney: Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta).
Gambar Hiasan
Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.
“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.

“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.
Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.

“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.

Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.
Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.

Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual. 

Ozil Dikhatan??

Kecoh! Mesut Ozil Dikhatan Jin Islam

Kecoh Bila Mesut Ozil DiKhatan Jin
Kota Depok: Ibu bapa Mesut Ozil mendakwa anak mereka dikhatankan makhluk halus apabila mendapati kemaluan kanak-kanak itu kelihatan seperti sudah dikhatankan walaupun anak mereka belum menjalani proses itu.
Mesut Ozil yang dimaksudkan bukanlah bintang bola sepak Arsenal yang juga pemain kebangsaan Jerman, sebaliknya kanak-kanak berusia empat tahun ang berasal dari daerah Bojongsari, Jawa Barat. 
Dia mungkin diberikan nama sempena nama pemain berkenaan kerana ibu bapanya peminat bola sepak. Perkara itu mula disedari ibu Ozil, Hariani apabila anaknya itu menangis kesakitan ketika dimandikan.

Penerimaan Wanita Bertudung Di Eropah

Pengadil Bola Sepak Eropah Bertudung

Gambar Hiasan
Milan: Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.
Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung. 
Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini. 

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.

Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.
Gambar Hiasan
Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior. 


Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat.

Ciuman Selamat Tinggal

Ciuman Kura-kura

Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa
Seorang lelaki yang dipercayai cuba melepaskan kura-kura peliharaannya dimasukkan ke hospital selepas binatang itu menggigit bibirnya ketika dia mencium haiwan itu.
Setakat ini tiada laporan mengenai keadaan lelaki berkenaan. Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa yang kemudian dimuat naik di Internet sebagai peringatan kepada pencinta haiwan peliharaan supaya mengutamakan keselamatan.
Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Weibo yang menyifatkan kejadian itu, sebagai ‘ciuman selamat tinggal’ daripada haiwan peliharaan berkenaan kepada tuannya.

Menurut laporan, kura-kura itu dari baka yang berbahaya dan berasal dari Amerika Utara.
Reptilia itu ditemui di Tasik Weishan yang terletak di selatan wilayah Anhui dan ia yang pertama seumpamanya ditemui di situ.

Kura-kura itu dianggap berbahaya kepada ekosistem China dan orang ramai diberi amaran supaya tidak melepaskannya secara sembarangan.

Sentuh Di sini..

Sentuhan Penggoda

Gambar Hiasan
Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Kalau ikut kata nafsu, mata dan perhatian hanya tertumpu pada dada dan gerak tubuh.
Namun sebenarnya apabila sudah anda miliki seseorang wanita itu, perlu untuk dijadikan panduan dan ilmu penting bagi anda mengetahui bahagian mana sebenarnya perlu diberikan perhatian lebih.
Ketahuilah yang wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya membantu dirinya terangsang. 

Antaranya termasuk rambut. Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggayakan rambut memberi kepuasan hati wanita.

Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tapi boleh membuatkan pasangan anda lebih manja.

Keduanya adalah pinggul. Fokus pada pinggul pasangan adalah idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda. 

Menyentuh pinggul pasangan anda akan menimbulkan ‘getaran’ buat pasangan kerana ia dianggap situasi romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Ketiga pula adalah bahagian kakinya. Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan yang mendebarkan. Kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih manja di sisi anda.

Guna minyak aromaterapi atau losyen yang membantu memberi rasa ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda.

Keempat adalah telinga pasangan anda itu. Ramai yang tidak tahu yang telinga juga adalah bahagian sensitif wanita. Percaya atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil memandang tepat pada matanya. 

Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga mereka sambil bisik perkataan ‘You look sexy’.

Kelima pula, tapak tangan. Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tapi jarang mengetahui mengenai kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap anda. 

Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan membuatkan mereka lebih bertenaga.

Keenam dan terakhir bahagian rahsia wanita selain tubuh lain adalah bahunya. Satu daripada cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu. 

Menyentuh belakang badan serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya. 

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan pemalu. Mengetahui bahagian lain yang belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan kemahuan anda.

Majlis Akad Nikah Syamsul Yusof Dengan Puteri Sarah Liyana

SAH MILIK SYAMSUL YUSOF

Gambar Hiasan

PETALING JAYA, 8 MAC 2014: Pelakon Puteri Sarah Liyana sah diijabkabulkan dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi.
Pasangan itu disatukan di majlis nikah yang penuh sederhana yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar NikahKariah Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa berwakil walikan bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin.
Gambar Hiasan
Majlis nikah itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai Megat Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail. Selain yang turut dihadiri oleh 200 tetamu lain termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan para media.

Gambar Hiasan

Syamsul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1111 kepada Puteri Sarah selain berbalas hantaran dengan 7 dulang dari pihak lelaki dan 9 dulang dari pihak perempuan.

Gambar Hiasan
Namun majlis resepsi yang sepatutnya dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam ditangguhkan kerana Syamsul masih lagi belum sihat sepenuhnya selepas menghidap deman denggi sejak 2 Mac.

credit