Saturday, 8 March 2014

Jual Janggut Je Sampai 1 Juta

Lelaki Jual Janggut A$1 juta (RM2.94 juta)

Sydney: Seorang lelaki Australia menyokong kempen kesedaran kanser kulit dengan cara yang tersendiri menjual janggutnya dengan harga A$1 juta (RM2.94 juta).
Gambar Hiasan
Scott Maggs atau lebih dikenali sebagai Jimmy Niggles, mula menyimpan janggut ‘luar biasanya’ selepas rakan karibnya, Wes Bonny meninggal dunia akibat melanoma (sejenis kanser kulit) di lehernya yang merebak ke otak ketika baru berusia 26 tahun.
“Kami selalu melakukan aktiviti bersama, pergi ke pantai, bermain bola sepak dan tenis bersama.

“Apabila dia mengetahui dia menghidap melanoma di lehernya, dia mencukur janggutnya dan menyangka dia akan merasa lebih baik untuk seketika. Semuanya berlaku begitu pantas,” kata Jimmy.
Walaupun kisah mengenai Wes digunakan dalam iklan kempen kesedaran kanser kulit di televisyen Australia, Jimmy mahu melakukan sesuatu yang lebih lagi untuk menyedarkan orang ramai mengenai penyakit berkenaan.

“Selepas Wes meninggal dunia, saya mengambil keputusan melakukan sesuatu bagi menyampaikan mesej mengenai kanser kulit yang boleh menyerang sesiapapun. “Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang menyimpan janggut. Saya dan beberapa rakan membuat keputusan melakukannya dan apabila ada yang bertanya mengenainya, kami akan menceritakan kisah Wes,” kata Jimmy.

Inisiatif “This Is Beard”, mendorong Jimmy berkempen, termasuk di kawasan pantai, mengajak mereka berjanji melakukan pemeriksaan kulit sebelum bergambar bersama mereka.
Di samping itu, orang ramai di seluruh dunia menghantar gambar mereka menyimpan janggut dalam usaha menyokong kempen berkenaan.

Jimmy menyifatkan janggut sebagai ‘aset paling berharga buat lelaki.’ “Bukan sahaja sebagai lambang maskulin dan karya seni yang berada pada kelasnya yang tersendiri, janggut ini sudah dan akan terus menyelamatkan banyak nyawa,” kata Jimmy ketika dalam satu temu bual. 

Ozil Dikhatan??

Kecoh! Mesut Ozil Dikhatan Jin Islam

Kecoh Bila Mesut Ozil DiKhatan Jin
Kota Depok: Ibu bapa Mesut Ozil mendakwa anak mereka dikhatankan makhluk halus apabila mendapati kemaluan kanak-kanak itu kelihatan seperti sudah dikhatankan walaupun anak mereka belum menjalani proses itu.
Mesut Ozil yang dimaksudkan bukanlah bintang bola sepak Arsenal yang juga pemain kebangsaan Jerman, sebaliknya kanak-kanak berusia empat tahun ang berasal dari daerah Bojongsari, Jawa Barat. 
Dia mungkin diberikan nama sempena nama pemain berkenaan kerana ibu bapanya peminat bola sepak. Perkara itu mula disedari ibu Ozil, Hariani apabila anaknya itu menangis kesakitan ketika dimandikan.

Penerimaan Wanita Bertudung Di Eropah

Pengadil Bola Sepak Eropah Bertudung

Gambar Hiasan
Milan: Kebebasan bertudung di negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam semakin dapat dilihat dengan contoh terbaru di Itali.
Buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu, perlawanan diadili pengadil perempuan bertudung. 
Chahida Chekkafi remaja Itali berketurunan Maghribi - menjadi pengadil bagi perlawanan pasukan lelaki antara San Luigi dan Karimou Stradevar, baru-baru ini. 

Berdasarkan laporan Marocco World News, Chekkafi lahir dan membesar di Itali, namun ibunya pemain bola sepak di Maghribi.

Aksinya mengadili perlawanan bola sepak itu menjadi berita media setempat.
Gambar Hiasan
Chahida yang baru berusia 16 tahun mengadili perlawanan bagi liga junior. 


Akhbar harian Corriere Della Sera membahas perkara itu malah mengandungi komentar Presiden Persatuan Pengadil Itali Marcello Nicchi yang menggambarkan gadis itu sebagai pemalu namun berbakat dan kuat semangat.

Ciuman Selamat Tinggal

Ciuman Kura-kura

Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa
Seorang lelaki yang dipercayai cuba melepaskan kura-kura peliharaannya dimasukkan ke hospital selepas binatang itu menggigit bibirnya ketika dia mencium haiwan itu.
Setakat ini tiada laporan mengenai keadaan lelaki berkenaan. Gambar kejadian itu dirakam rakan mangsa yang kemudian dimuat naik di Internet sebagai peringatan kepada pencinta haiwan peliharaan supaya mengutamakan keselamatan.
Ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman Weibo yang menyifatkan kejadian itu, sebagai ‘ciuman selamat tinggal’ daripada haiwan peliharaan berkenaan kepada tuannya.

Menurut laporan, kura-kura itu dari baka yang berbahaya dan berasal dari Amerika Utara.
Reptilia itu ditemui di Tasik Weishan yang terletak di selatan wilayah Anhui dan ia yang pertama seumpamanya ditemui di situ.

Kura-kura itu dianggap berbahaya kepada ekosistem China dan orang ramai diberi amaran supaya tidak melepaskannya secara sembarangan.

Sentuh Di sini..

Sentuhan Penggoda

Gambar Hiasan
Sebagai lelaki, anda hanya tahu bahagian yang sering diberi tumpuan dan diterokai. Kalau ikut kata nafsu, mata dan perhatian hanya tertumpu pada dada dan gerak tubuh.
Namun sebenarnya apabila sudah anda miliki seseorang wanita itu, perlu untuk dijadikan panduan dan ilmu penting bagi anda mengetahui bahagian mana sebenarnya perlu diberikan perhatian lebih.
Ketahuilah yang wanita mempunyai deria pengesan yang sangat kuat di bahagian lain pada tubuh badannya dan bahagian yang anda abaikan ini sebenarnya membantu dirinya terangsang. 

Antaranya termasuk rambut. Mengekalkan rambut yang cantik bukan alasan wanita mahu mengunjungi salon rambut dengan lebih kerap. Sebenarnya, proses membasuh, memotong dan menggayakan rambut memberi kepuasan hati wanita.

Bayangkan jika anda membelai rambut pasangan anda dengan lembut, ia bukan sekadar menenangkan pasangan anda tapi boleh membuatkan pasangan anda lebih manja.

Keduanya adalah pinggul. Fokus pada pinggul pasangan adalah idea yang baik kerana ia memberi rasa sensasi dan membangkitkan rasa sayang yang mendalam buat pasangan anda. 

Menyentuh pinggul pasangan anda akan menimbulkan ‘getaran’ buat pasangan kerana ia dianggap situasi romantik anda berdua yang tidak mungkin dilupakan.

Ketiga pula adalah bahagian kakinya. Kajian mendapati menggosok kaki pasangan anda akan membangkitkan satu perasaan yang mendebarkan. Kebanyakan lelaki Asia jarang mahu mengurut tapak kaki pasangan sedangkan aktiviti ini membantu melembutkan anggota badan pasangan menjadi lebih manja di sisi anda.

Guna minyak aromaterapi atau losyen yang membantu memberi rasa ghairah pasangan dan anda akan terdengar dengusan mesra pasangan anda.

Keempat adalah telinga pasangan anda itu. Ramai yang tidak tahu yang telinga juga adalah bahagian sensitif wanita. Percaya atau tidak, wanita boleh menjerit dan menaikkan bulu roma saat anda menyentuh sambil memandang tepat pada matanya. 

Wanita akan lebih nikmat jika bibir anda bermain di telinga mereka sambil bisik perkataan ‘You look sexy’.

Kelima pula, tapak tangan. Anda sering menggunakan tangan untuk membelai pasangan anda tapi jarang mengetahui mengenai kehebatan tapak tangan. Urutan tapak tangan akan melancarkan perjalanan darah pasangan anda dan membuatkan mereka lebih memberi tumpuan terhadap anda. 

Meletakkan tapak tangannya di wajah dan dada anda akan membuatkan mereka lebih bertenaga.

Keenam dan terakhir bahagian rahsia wanita selain tubuh lain adalah bahunya. Satu daripada cara untuk membuatkan pasangan anda merasa selesa dan selamat adalah dengan meletakkan tangan anda di belakang badannya serta bahu. 

Menyentuh belakang badan serta bahu pasangan anda saja boleh buat pasangan tidak keruan. Itu belum termasuk mencium bahunya dan jari anda bermain di belakang tubuh badannya. 

Memang sejak azali wanita dilahirkan sebagai insan pemalu. Mengetahui bahagian lain yang belum anda terokai serba sedikit menjadikan wanita lebih peka dan bersikap berani dengan kemahuan anda.

Majlis Akad Nikah Syamsul Yusof Dengan Puteri Sarah Liyana

SAH MILIK SYAMSUL YUSOF

Gambar Hiasan

PETALING JAYA, 8 MAC 2014: Pelakon Puteri Sarah Liyana sah diijabkabulkan dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.30 pagi.
Pasangan itu disatukan di majlis nikah yang penuh sederhana yang diadakan di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Mempelai dinikahkan oleh Penolong Pendaftar NikahKariah Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara, Mat Syaharuddin Al Rashid Mat Isa berwakil walikan bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsudin.
Gambar Hiasan
Majlis nikah itu dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai Megat Kamaruddin Megat Shamsudin dan Puan Paridah Puteh serta Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Patimah Ismail. Selain yang turut dihadiri oleh 200 tetamu lain termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan para media.

Gambar Hiasan

Syamsul menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1111 kepada Puteri Sarah selain berbalas hantaran dengan 7 dulang dari pihak lelaki dan 9 dulang dari pihak perempuan.

Gambar Hiasan
Namun majlis resepsi yang sepatutnya dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan N'dah Mahligai Shah Alam ditangguhkan kerana Syamsul masih lagi belum sihat sepenuhnya selepas menghidap deman denggi sejak 2 Mac.

credit

MH370 Flight Incidents

Pray For MH370

Sepang, 8 March 2014: Malaysia Airlines is still unable to establish any contact or determine the whereabouts of flight MH370. Earlier today, Subang ATC had lost contact with the aircraft at 2.40am. The last known position of MH370 before it disappeared off the radar was 065515 North (longitude) and 1033443 East (latitude).

We are still trying to locate the current location of the flight based on the last known position of the aircraft. We are working with the International search and rescue teams in trying to locate the aircraft. So far, we have not received any emergency signals or distress messages from MH370. We are working with authorities and assure that all sources are deployed to assist with the search and rescue mission.

The passenger manifest will not be released until all families of the passengers have been informed. The flight was carrying a total number of 239 passengers and crew – comprising 227 passengers (including 2 infants) and 12 crew members.

We are deploying our “Go Team” to Beijing which will depart Kuala Lumpur International Airport at 4.30pm with a team of caregivers and volunteers to assist the family members of the passengers.

The passengers are of 14 different nationalities. All crew on-board are Malaysians.

Please take note that the earlier statement did not include the number of Indian nationals. This was due to confusion between the country code of Indonesia and India.

The below table shows the latest number of passengers and their nationalities:-

Nationality

Total

China/Taiwan

154 including infant

Malaysia

38

India

5

Indonesia

7

Australia

6

France

4

USA

3 including infant

New Zealand

2

Ukraine

2

Canada

2

Russian

1

Italy

1

Netherlands

1

Austrian

1

Our focus now is to work with the emergency responders and authorities and mobilize our full support.

Our thoughts and prayers are with all affected passengers and crew and their family members.

The airline will provide regular updates on the situation. There are many unvalidated reports out in the media and Malaysia Airlines strongly urges the media and the public at large to only report from official statements from Malaysia Airlines and the Government of Malaysia.

Yang Tak Molek Didengar

Remaja Belasan Tahun Jual Diri Di Fb

Tanpa segan silu mereka memuat naik gambar termasuk berseragam sekolah sebagai ‘pembuka jalan’ untuk hubungan ke peringkat seterusnya, ada sekadar bersembang lucah di Internet dan ada yang berpanjangan hingga ke ranjang.
Gambar Hiasan
Itu antara aktiviti kegemaran remaja masa kini apabila menghadap komputer atau sewaktu mendampingi tablet serta telefon pintar masing-masing dengan menggunakan medium Facebook (FB) atau aplikasi WhatsApp, WeChat, Instagram dan Twitter.
Gambar Hiasan
Dalam kalangan mereka, hubungan palsu, liar dan bebas ini diistilahkan ‘fake relay’ dan seolah-olah satu kebanggaan apabila diterima menyertai kumpulan (group) yang diwujudkan.
Amat mengejutkan apabila pemantauan Harian Metro menerusi FB mendapati satu ‘group’ yang diwujudkan untuk mempromosi hubungan ‘fake relay’ ini sejak setahun lalu mendapat penyertaan lebih 15,000 remaja, majoritinya pelajar sekolah.
Wartawan yang melakukan penyamaran dan menyertai ‘group’ berkenaan berjaya menjalin hubungan dengan remaja berusia 17 tahun dan pertemuan yang diadakan selepas itu membuktikan dia tidak berbohong mengenai usianya.
Sumber Harian Metro

Dalam dan Luar Negeri

Sindiket 'Nikah Ekspress'

Gambar Hiasan
Kuala Lumpur: Taktik mereka menawarkan pernikahan di negara jiran sudah lama dikesan, namun kebelakangan ini, sindiket berkenaan semakin berani mengiklankan secara terbuka perkhidmatan ‘nikah ekspres’ kepada rakyat Malaysia yang berminat.
Antara pakej disediakan termasuk menyediakan khidmat membawa pasangan bernikah di selatan Thai, pendaftaran pernikahan semula di Malaysia, urusan poligami tanpa kebenaran, berkahwin disebabkan hamil tanpa surat nikah serta nikah secara sembunyi tanpa diketahui keluarga dengan bayaran serendah RM2,500.
Kegiatan sindiket berkenaan didedahkan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai kewujudan iklan ‘berani’ itu untuk menarik minat khususnya lelaki hidung belang untuk mendirikan rumah tangga menggunakan ‘pintu belakang’.
Presidennya Musa Awang berkata, isu berkahwin secara senyap di negara jiran bukanlah baru di Malaysia, namun pihaknya kesal dengan tindakan mengedarkan risalah secara terbuka hingga mengundang kekeliruan termasuk sama ada pernikahan seperti itu disahkan pihak berkuasa agama di negara ini.
Menurutnya, bagi mengelakkan kawalan undang-undang, ada antara rakyat Malaysia yang sanggup menerima pakej berkenaan sebagai jalan pintas memenuhi hasrat peribadi mereka untuk berpoligami sedangkan mereka langsung tidak mengetahui yang ia menyalahi undang-undang.
“Lebih kita kesalkan apabila wujudnya penasihat undang-undang dalam kalangan peguam syarie yang memberikan nasihat dari sudut prosedur terutama membabitkan pendaftaran semula pernikahan mengikut prosedur jabatan agama di Malaysia.
Kita terima brosur iklan itu baru-baru ini dan mendapati ia satu tindakan melampau.
“Justeru, kita menasihatkan mana-mana pasangan yang mempunyai masalah untuk bernikah supaya mendapatkan nasihat perundangan yang betul daripada peguam syarie ataupun berhubung dengan PGSM,” katanya ketika ditemui selepas Program Perhimpunan Peguam Syarie Muda 2014 (HIMPUN’S) dan Pelancaran Kad Ahli PGSM, di sini, semalam.
Musa berkata, PGSM sentiasa memantau ahli-ahlinya supaya mereka tidak terbabit dengan salah laku hingga menjejaskan imej pengamal undang-undang di negara ini.

Sementara itu, pada perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya akan membuka Klinik Guam PGSM dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan khidmat nasihat secara percuma sebagai bentuk khidmat kepada masyarakat.

Menurutnya, pada peringkat permulaan, klinik itu akan dikendalikan ahli PGSM yang bertindak sebagai sukarelawan untuk membantu orang ramai yang bermasalah tanpa dikenakan sebarang bayaran.
“Kita akan bermula dalam masa terdekat dan pada peringkat awal, kita adakan setiap Jumaat di pejabat PGSM di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.
Sumber Harian Metro

Berita Sensasi!

Fazura Sudah Dilamar?

Gambar Hiasan
Jangan terkejut ya! Baru-baru ini Fazura sudah dilamar. Tetapi bukan dilamar oleh jejaka.. Khabarnya Fazura dilamar produksi Nona bagi menggantikan Neelofa.
Selebriti itu adalah si jelita, Fazura. Khabarnya lamaran sudah dihulur produksi, tinggal hanya menanti jawapan daripada empunya diri sama ada bersetuju atau tidak.
Difahamkan, setakat ini belum ada maklum balas, barangkali Fazura perlukan lebih masa untuk pertimbangkan tawaran itu.

Maklumlah, bukan senang memikul tugas sebagai pengacara Nona. Cabarannya besar, malah menuntut komitmen masa yang tinggi.
Secara peribadi, Sha melihat Fazura calon pengganti sesuai kerana dia ikon fesyen dan punya pesona tersendiri. Lagipun, dia sudah biasa mengacara sebelum ini.
Dengan pengalaman yang ada, Sha yakin dia mampu menggalas tugas ini dengan baik. Sha pun percaya pasti ramai pengikut Faz merindui kehadirannya sebagai pengacara.

credit

DSAI Didapati Bersalah Dan DIhukum Penjara 5 Tahun

Penjara 5 Tahun Untuk DSAI

Hukuman ke atas DSAI ditangguhkan sehingga 11 pagi, Isnin ini
Putrajaya: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, semalam selepas didapati bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai. 
Mahkamah kemudian membenarkan Anwar menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 hingga jam 11 pagi, Isnin ini. 

Keputusan terhadap hukuman itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Terdahulu, Balia dalam keputusannya berkata, Hakim Mahkamah Tinggi gagal secara kritis memeriksa bukti oleh dua ahli kimia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berhubung penyalah gunaan bukti sebagai sampel.
“Hakim perbicaraan tersalah tafsir apabila membuat kesimpulan terdapat salah guna terhadap plastik yang digunakan untuk menyimpan botol mengandungi sampel. 

“Kami sudah meneliti keterangan pegawai penyiasat iaitu Superintendan Jude Blacious Pereira dan berpuas hati dengan keterangannya,” katanya. 

Beliau berkata, mahkamah mendapati dakwaan kacau ganggu bukti hanya kepada beg plastik, bukan kepada bukti di dalam botol itu. 

Menurutnya, hakim perbicaraan juga terkhilaf dalam undang-undang apabila menerima bukti daripada pakar asing. 

“Oleh itu, kami membenarkan rayuan pendakwaan dan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi, responden (Anwar) didapati bersalah seperti pertuduhan,” katanya. 

Kami Sokong Liyana Manan Vs Hanez Suraya Tak Bersalah

Fan Page 'Hanez Suraya Tak Bersalah' Pula Muncul Di Fb

Gambar Hiasan

Pertikaian yang terjadi di antara pelakon Hanez Suraya, kekasihnya Romie serta isteri Romie, Nurliyana Abd Manan nampaknya semakin hangat dbincangkan di laman-laman sosial. Di sebelah pihak, Hanez Suraya kini dicemuh rata-rata perbuatannya merampas suami orang. Di sebelah pihak yang satu lagi Nurliyana Abd Manan kini mendapat simpati dari kebanyakan masyarakat di Malaysia kini.

Tidak kurang juga kerana fanatiknya mereka di atas topik hangat ini ramai peminat serta pengkritik di luar sana yang menggunakan facebook sebagai pendekatan bagi membincangkan masalah yang berkaitan. Mulanya fan page 'Kami Sokong Liyana Manan' diwujudkan. Sekarang pula kita boleh lihat ade fan page lain yang dibuat dari peminat Hanez Suraya iaitu 'Hanez Suraya Tak Bersalah' dan 'Kami Sokong Hanez Suraya'.

Gambar Hiasan
Apa pun yang pengkritik dan peminat diluar sana buat jangan lah sampai boleh menjadi gaduh serta menambah-nambah fitnah yang sudah ada. Kita doakan yang terbaik untuk mereka bertiga semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya tanpa ada sebarang dendam. 

Bagi peminat dan pengkritik jangan pula cepat menunding jari dan mencari salah sesiapa ya! 

Betulkah Ini??

Fakta @ Mitos : Gadis Melayu Suka Rampas Suami Orang

Gambar Hiasan
Topik kegemaran tabloid semasa semestinya wanita perampas dan lelaki sudah berkahwin yang curang. Apa tidaknya, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang kurang enak dari pelakon terkenal Hanez Suraya dan kekasihnya Romie. Namun timbul rasa sakit hati apabila seringkali dikaitkan si gadis Melayu tak bersalah dengan watak perampas suami orang. 

Kali ini kita teliti dan jawab persoalan ini: Mengapa gadis Melayu suka rampas suami orang, fakta atau mitos?

Semestinya mitos. Salah satunya kerana tidak adil bina stereotaip berdasarkan bangsa dan keturunan. Sesiapa sahaja mampu bergelar perampas suami orang, tidak kira bangsa keturunanan agama mahupun usia. Mungkin kerana yang sering kali dipaparkan dalam akhbar merupakan selebriti wanita Melayu tidak bererti semua perempuan Melayu begitu.Ramai lagi gadis Melayu yang percaya dengan hukum, sekiranya merampas hak orang lain satu hari hak anda juga akan dirampas. Jangan kerana nila setitik, hancur susu sebelanga.

Lelaki sudah berkahwin semuanya gatal, fakta atau mitos?

Mitos juga. Malah ramai lelaki yang sudah berkahwin yang hargai isteri mereka dan tidak pernah terfikir untuk duakan isteri mereka. Sekiranya ada niat tersebut, pantas tidak diendahkan kerana mengerti pengorbanan isteri mereka dan kesetiaan isteri mereka. Kalau ada yang mencari lain, mungkin kerana sudah tidak cinta. Hubungan tidak boleh dipaksa tetapi tidak semua sewenangnya cuba menyakiti isteri mereka.

Semua perempuan mahukan harta sahaja, bukan cinta. Fakta atau mitos?


Ini juga suatu mitos. Memang benar ada wanita yang lebih pentingkan harta kekayaan berbanding hubungan cinta, namun ada juga yang masih menyimpan impian bahawa fairy tale endings dan happy ever after itu wujud. Harta pun bukan boleh bawa ke kubur, namun cinta yang tulus ikhlas pasti boleh dibawa ke syurga.

Kesimpulannya, janganlah kita cepat mengadili seseorang tanpa mengenali mereka. Siapakah kita untuk menghukum orang? Biarpun bukti setinggi gunung, kita semua hanyalah manusia tidak terlepas dari salah dan silap, maka bukan tempat kita untuk menghukum dan mengadili orang. 

credit

Anwar Ibrahim Found Guilty

Datuk Seri Anwar Ibrahim Found Guilty For Sodomy

Example
PUTRAJAYA,  (Bernama) - Datuk Seri Anwar Ibrahim was found guilty by the Court of Appeal today of sodomising his former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan.

In allowing the prosecution's appeal, Justice Datuk Balia Yusof Wahi held that the trial judge had erred in his findings that the integrity of DNA samples had been compromised.

The Court of Appeal has given one hour to lawyer Karpal Singh to prepare mitigation for Anwar, who is also Opposition leader and Parti Keadilan Rakyat de facto head, before its resumes sitting at 6.15pm today for sentencing.

The prosecution had appealed against the Jan 9, 2012 High Court decision which acquitted and discharged Anwar of sodomising Mohd Saiful, 26, at a Desa Damansara condominium unit in Bukit Damansara between 3.10 pm and 4.30 pm on June 26, 2008.

High Court Judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah in acquitting Anwar, ruled that the court could not be 100 per cent certain on the integrity of samples taken for DNA testing from Mohd Saiful as the samples could have been compromised before they reached the chemistry department for analysis.

This is just happened because of Kajang Election? Why so sudden?

credit

Friday, 7 March 2014

Panduan Buat Mereka Yang Bergelar Suami Isteri


Panduan Berjima' Untuk Suami Isteri Mengikut Islam



Gambar Hiasan

Jikalau artikel sebelum ini mengupas mengenai hal orang yang ingin mendirikan rumah tangga, sekarang mari kita lihat sedikit kupasan mengenai hal orang yang sudah sah bernikah. Tujuan ilmu ini disampaikan adalah untuk menyedarkan individu muslim supaya mengikut tata tertib sebelum dan semasa berjima' dan kepentingannya di mata agama Islam. Semoga ilmu yang disampaikan ini dapat melahirkan generasi Islam yang soleh serta solehah serta diberkati Allah.

Berikut Cara Berjima' Yang Betul Di Dalam Islam

MEMUJUK RAYU SERTA BERCUMBU- CUMBUAN :
Nabi Muhammad s.a.w. melarang suami melakukan persetubuhan sebelum membangkitkan syahwat isteri dengan rayuan dan bercumbu terlebih dahulu.

- Hadits Riwayat al-Khatib dari Jabir.

TIDAK BERBOGEL :
Apabila diantara kamu mencampuri isterinya, hendaklah ia menutupi dirinya dan menutupi isterinya dan janganlah keduanya (suami isteri) bertelanjang bulat seperti keledai.

- Hadits Riwayat Tabrani.

DI LARANG MENYETUBUHI DUBUR :
Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.

- Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah-.


DOA SEBELUM BERSETUBUH :
“Bismillah. Allaahumma jannibnaash syaithaa-na wa jannibish syaithaa-na maa razaqtanaa”.

Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami berdua (suami isteri) dari gangguan syaitan serta jauhkan pula syaitan itu dari apa saja yang Engkau rezqikan kepada kami.

Dari Abdulah Ibnu Abbas r.a. berkata :

Maka sesungguhnya apabila ditakdirkan dari suami isteri itu mendapat seorang anak dalam persetubuhan itu, tidak akan dirosak oleh syaithan selama-lamanya.

- Hadits Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a.

HAMPIR KELUAR MANI :
Dan apabila air manimu hampir keluar, katakan dalam hatimu dan jangan menggerakkan kedua bibirmu kalimat ini :

“Alhamdulillaahil ladzii khalaqa minal maa’i basyara”.

Segala pujian hanya untuk Allah yang menciptakan manusia dari pada air.

PUTUS DITENGAH JALAN :
Apabila seseorang diantara kamu bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menghentikan persetubuhannya itu sehingga isterimu juga telah selesai melampiaskan hajatnya (syahwat atau mencapai kepuasan) sebagaimana kamu juga menghendaki lepasnya hajatmu (syahwat atau mencapai kepuasan).

- Hadits Riwayat Ibnu Addi-

MENDATANGI ISTERI MELALUI BELAKANG (ISTERI MENONGGENG) :

Dari Jabir b. Abdulah berkata :

Bahwa orang-orang Yahudi (beranggapan) berkata: Apabila seseorang menyetubuhi isterinya pada kemaluannya Melalui Belakang maka mata anaknya (yang lahir) akan menjadi juling. Lalu turunlah ayat suci demikian :

“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagimu maka datangilah ladangmu itu dari arah mana saja yang kamu sukai.”

- Surah Al Baqarah – ayat 223.

Keterangan:

Suami diperbolehkan menyetubuhi isteri dengan apa cara sekalipun (dari belakang, dari kanan, dari kiri dsb asalkan dilubang faraj).


KELEBIHAN BERSETUBUH :
Berikut adalah cara bersetubuh yang mendapat keberkatan apabila kita melakukannya :-Rasulullah s.a.w. bersabda :

“…..dan apabila engkau menyetubuhi isterimu, engkau mendapat pahala”.

Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah, adakah seseorang dari kami mendapat pahala dalam melampiaskan syahwat?

Nabi menjawab :
Bukankah kalau ia meletakkan (syahwatnya) ditempat yang haram tidakkah ia berdosa? Demikian pula kalau ia meletakkan (syahwatnya) pada jalan yang halal maka ia mendapat pahala. - Hadits Riwayat Muslim-.

MENGULANGI PERSETUBUHAN :
Apabila diantara kamu telah mecampuri isterinya kemudian ia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah ia mencuci zakarnya terlebih dahulu.

- Hadits Riwayat Baihaqi.

HAID :
Mereka menanyakan kepada engkau tentang perkara Haid.

Katakanlah: “Haid itu adalah kotoran”.

Oleh kerana itu jauhilah diri kamu dengan wanita-wanita yang sedang Haid dan janganlah kamu mendekati (menyetubuhi) mereka, sebelum mereka bersuci*.

Apabila mereka telah bersuci maka bolehlah kamu menyetubuhi mereka ditempat yang diperintahkan Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah itu menyukai orang-orang yang bertaubat dan Allah menyukai orang-orang yang mensucikan dirinya.

- Surah Al Baqarah – ayat 222.

*Jangan mendekati bermaksud dilarang bersetubuh dengan isteri yang sedang kedatangan bulan dan bukanlah dilarang mempergaulinya sehari-hari.

ISTERI YANG TIDAK BOLEH DI SETUBUHI OLEH SUAMI :

Dari Masruuq b.Ajda’i berkata :

Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.

‘Aisyah menjawab: Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh).

Demikian sahaja sedikit kupasan mengenai panduan berjima' untuk suami isteri. Diharapkan ilmu ini dapat diamalkan dan menjadi panduan kepada kita semua.

credit

Buat Pasangan Yang Ingin Berkahwin

10 Janji Allah Kepada Pasangan Yang Ingin Berumah Tangga

Gambar Hiasan

Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan. Tidak kurang juga berbagai dugaan pasti akan ditempuhi ketika di dalam proses ini. 
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim. Janji Allah itu pasti. InsyaAllah jika niat baik kita untuk mendirikan rumahtangga berlandaskan agama pasti pertolongan Allah itu akan tiba.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?