Wednesday, 26 February 2014

Sharnaaz : Mintak Maaf Secara Terbuka (Fauzi & Lisdawati)

Sharnaaz beri masa seminggu

SHARNAAZ tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang

Petaling Jaya: “Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.”
Demikian amaran dikeluarkan pelakon Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Fauzi Nawawi dan Lisdawati berikutan kontroversi pergaduhan mereka seperti dilaporkan Harian Metro kelmarin. 
Ketika ditemui semalam, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika pasangan itu gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan. 

“Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.

“Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin,” katanya ketika ditemui di Kota Damansara, semalam.

Mari Ambil Tahu Mengenai Solat Duduk

Boleh ke solat duduk dalam kereta??

Gambar Hiasan

Mari kita membincangkan persoalan mengenai solat duduk ketika berada di dalam kenderaan. Admin terbaca mengenai perkara ini di ruangan harian Metro. Mungkin sudah ramai yang mengetahui tentang perkara ini tetapi sebagai peringatan untuk semua individu yang bergelar islam perlu sekiranya kita mengetahui tentang perkara ini. 

Orang yang bermusafir (dalam perjalanan) berada bukan dalam keadaan biasa. Dengan itu beberapa rukhsah (keringanan) diberikan kepada musafir.

Contohnya, Islam membenarkan solat qasar iaitu memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat apabila cukup syarat. 

Menaiki dan berada di dalam kenderaan menunjukkan seseorang itu berada dalam perjalanan dan ia boleh jadi dekat atau jauh. 

Bagaimanapun, solat musafir perlu memenuhi syarat tertentu antaranya ialah: 
l Perjalanan bukan bertujuan maksiat. 

l Perjalanan tidak kurang daripada dua marhalah (kira-kira 56 batu atau 90 kilometer). 

l Perjalanan mempunyai destinasi tertentu. 

Dalam menunaikan solat fardu ia perlu dilakukan dengan cara sempurna iaitu dengan berdiri, rukuk, sujud dan menghadap kiblat. 

Sekiranya seorang yang bermusafir menggunakan kereta, dia perlu memberhentikan kenderaan dan bersolat secara sempurna. 

Manakala kenderaan yang bukan dalam kawalan orang bermusafir seperti menggunakan kapal terbang, kereta api dan kapal laut, dia tentu tidak dapat memberhentikannya. Dia boleh bersolat mengikut keadaan yang dibenarkan. 

Sekiranya berupaya, dia perlu menyempurnakan solat seperti biasa. Jika tidak, dia boleh melaksanakan solat mengikut kemampuan dan keadaan seperti secara duduk dan sebagainya. Begitu juga dengan syarat menghadap kiblat mengikut kemampuan dan keadaan. 

Kebenaran diberi untuk bersolat sunat secara duduk di kerusi kenderaan (kereta sendiri) tanpa perlu menghentikan kenderaan terlebih dahulu. Ia pernah dilakukan Rasulullah SAW ketika menunaikan solat sunat di atas unta dalam perjalanan. 

Dengan kata lain, solat fardu tidak boleh dilakukan seperti itu. Jika dilakukan juga kerana darurat atau sebagainya, ia perlu disempurnakan kembali apabila keadaan membenarkan.

p/s : Apa salahnya berhenti di masjid atau di surau untuk menunaikan solat fardhu. Kemudahan-kemudahan tempat solat di Malaysia rasanya tidak menjadi masalah pada waktu ini kan??

Menarik Wanita Berpunggung Besar

Wanita berpunggung besar lebih pintar
Gambar Hiasan




Kajian saintifik mengatakan wanita berpunggung besar lebih pintar berbanding wanita lain dan juga dikatakan lebih mudah untuk bersalin. Lelaki juga lebih tertarik kepada wanita yang miliki extra padding di bahagian punggung macam Kim Kardashian. Namun bagi kami wanita yang miliki punggung lebar, bukan seronok ya, malah banyak masalah yang di alami! 











Susah cari seluar jeans

Setiap kali nak beli seluar baru, seksa semacam. Setiap kali mencuba seluar,ada sahaja yang tidak kena. Kalau bahagian punggung muat, bahagian pinggang pula longgar! Nak tempah seluar satu kerja lah pula, bukan murah. Selepas itu kalau berat badan naik, kena buat seluar baru.

Makan lebih sedikit, nampak di punggung

Lain orang, lain cara badan mereka nampak lemak berlebihan hasil terlebih makan. Bagi wanita berpunggung besar, makan seketul ayam KFC sahaja sudah mulalah tak boleh zip skirt dan seluar. Tempat utama naik berat dimana lagi kalau bukan di punggung.

Kena pakai spanx

Nak nampak langsing apabila pakai dress, terpaksa pakai spanx dan tahan nafas!


Tak boleh shopping online

Anda mesti sedia maklum bahawa saiz pakaian yang dijual online hanya muat orang kurus dan berbadan kecil sahaja. Bagi mereka yang miliki punggung besar tidak mungkin muat pakaian yang dibeli online!

Asyik terlanggar benda

Bukan salah kami punggung kami asyik terlanggar barang sampai jatuh!

Tak boleh pakai seluar bercorak

Leggings adalah musuh utama setiap wanita berpunggung lebar. Orang lain pakai leggings pergi ke kelas yoga nampak cantik, tetapi kalau kami pakai, mesti pedih mata memandang. Lagi pedih kalau pakai seluar berwarna terang atau bercorak. 

Lelaki pandang semacam

Tak pakai sendat pun mereka pasti terpandang. Tak sengaja katanya. Kasihan wanita berpunggung lebar.

Susah nak buang lemak punggung

Nak kurus? Diet dan senaman sahaja tidak cukup. Malah anggota badan lain dah nampak susut namun punggung masih kekal sama!

credit

Lelaki Berusia Lebih DiMinati Wanita

Mengapa Lelaki Berusia Menjadi Pilihan Wanita??
Gambar Hiasan

Lelaki berusia disukai wanita kerana matang, bijak melayan kerenah dan jauh lebih bersifat penyabar. Namun sedarkah anda, bukan setakat lelaki berusia sahaja tetapi kalau yang sudah bercucu nampaknya menjadi lebih ideal untuk dijadikan pasangan!


Ini semua menurut sebuah kajian yang dilakukan warga Amerika Syarikat yang telah menyenaraikan sebab-sebab utama mengapa kita perlu cuba berpacaran dengan lelaki yang sudah bercucu!


Mereka bersifat gentleman

Zaman mereka mendidik untuk meletakkan wanita pada kedudukan tinggi. Mereka tidak akan sewenangnya mengecewakan anda.

Mereka lebih bertanggungjawab

Sebagai seorang datuk dan bapa, mereka menjaga keluarga mereka sehingga terbawa kepada si cinta hati. Bukan jaga makan minum dan pakaian sahaja, tetapi turut menjaga hati dan emosi.

Mereka akan jaga anak anda

Katakan bagi janda yang berpacaran dengan seorang lelaki sudah bercucu, jangan bimbang kerana pasti lelaki ini bijak menjaga dan melayan kerenah anak anda. Malah sudah seperti anak sendiri.

Mereka lebih berpengalaman

Pengalaman hidup yang mahal akan lebih bantu anda dalam kehidupan, terutamanya apabila anda tertekan dengan permintaan kerjaya ataupun hidup. Si dia seakan mentor dan juga pasangan hidup.

Mereka jauh lebih sofistikated dan yakin

Kriteria ini sahaja sudah cukup menarik di mata wanita.


Punca Suami Isteri Mengelak Tidur Bersama

Tak nak tidur bersama?


Tanggapan biasa orang ramai adalah kaum Adam sentiasa pantas apabila berkait aktiviti malam hari di kamar tidur. Salah sekali tanggapan tersebut kerana ada kalanya suami tersayang mungkin tidak mahu “berseronok”. Malah menurut kajian saintifik The Journal of Sexual Medicine, 14.4 peratus lelaki dilaporkan tidak berminat dengan aktiviti seks sekurangnya dua bulan dalam setahun. 


Pernahkah tertanya mengapa mereka tiba-tiba hilang keinginan?

Tekanan di pejabat

Jelas bukan salah isteri di sini, hanya si dia memang tertekan dengan mesyuarat tanpa henti serta permintaan kerja yang berat. 

Sudah bosan


Bosan tidak bermakna bosan dengan isteri tetapi mungkin bosan dengan rutin di ranjang. Mungkin boleh contohi pasangan Beyonce dan Jay Z, pergi bercuti honey moon berdua di luar negara?

Gaduh pagi tadi?


Mungkin si suami masih terasa hati dengan pergaduhan pagi tadi, dua-dua mahu balik kampung masing-masing. Sehingga keadaan reda dan tenang, memang tiada keinginan bagi pihak si dia.

Berbaloikah Wanita Habiskan Masa Yang Lama Untuk Rambut??

Wanita luangkan 1.5 tahun pada rambut mereka
Gambar Hiasan

Wanita meluangkan purata masa 14,000 jam pada rambut mereka dalam jangka masa hidup iaitu bersamaan satu setengah tahun membelai, membasuh, mengering dan memotong.
Mengikut kaji selidik oleh Hair Rehab London, 89 peratus wanita berpendapat lelaki akan tertarik kepada wanita yang mempunyai rambut yang menawan.
Kaji selidik tersebut juga bertanya sumber inspirasi gaya rambut untuk wanita dan 90 peratus menjawab mereka lihat pada selebriti.
Kim Kardashian diundi sebagai gaya rambut terbaik dengan 36 peratus undian manakala Miley Cyrus menerima 30 peratus undian atas gaya rambut terburuk.

Urus Kewangan Anda

6 tanda anda jahil kewangan

Gambar Hiasan
Adakah anda sering menghadapi masalah kewangan? Tidak kira betapa keras anda cuba untuk menukar nasib anda, anda sentiasa berhutang, atau tidak dapat membayar bil tepat pada masanya. Adakah ia mengecewakan anda? Satu sebab anda mempunyai kesukaran mungkin disebabkan anda sebenarnya jahil dari segi kewangan. 

Apakah tanda-tanda lain menunjukkan anda jahil dari segi kewangan? 


1) Anda anggap membayar bil satu kerja harian. 
Jika anda sakit hati dan berasa jengkel setiap bulan kerana anda perlu membayar bil anda, anda pasti jahil dari segi kewangan. Mengapa? Anda bersedia berbelanja tetapi anda tidak sanggup untuk membayar? Ia satu tabiat buruk. Belajar bertanggungjawab ke atas bil anda dan beri syarikat atau bank apa yang anda hutang mereka. 

2) Anda fikir perbankan elektronik memeningkan kepala. 
Adakah anda didaftarkan untuk akaun perbankan dalam talian seperti Maybank2u atau CIMBClicks? Jika anda berkata tidak kerana ia "menyusahkan," anda menolak perubahan. Pada hari dan zaman ini, pembelajaran ialah satu keperluan. Lagipun, mengisi maklumat anda ialah masalah paling banyak yang perkhidmatan perbankan dalam talian ini perlukan daripada anda. Setelah proses mendaftar, anda boleh mengakses wang anda untuk membayar, keluar wang, dan membeli-belah di mana sahaja anda berada. Itu kemudahan di tahap tertinggi anda terlepas jika anda masih belum bertukar kepada perbankan elektronik. 

3) Anda tidak baca kontrak yang anda tandatangani. 
Sama ada anda menandatangani kontrak untuk pelan jalur lebar baru atau kad kredit, jika anda tidak baca cetakan halus, anda mencari nahas. Sentiasa, sentiasa bertindak pintar. Jangan daftar untuk sesuatu yang anda mungkin menyesal kemudian. 

4) Anda tidak melakukan pengiraan.
Sesetengah orang membenarkan ketakutan nombor mereka menjadi seekor raksasa yang menakutkan mereka dari menyelesaikan masalah kewangan mereka. Wang hampir sinonim dengan nombor. Ia agak mudah kehilangan pantauan perbelanjaan anda jika anda tidak memberi perhatian. 

5) Anda tidak mengajar anak anda kepentingan kewangan
Jika anda sedang menjimatkan wang, mencuba untuk mengawal kewangan anda, dan tidak mengajar anak, anda jahil dari segi kewangan. Mendedahkan anak anda kepada kewangan dalam tahun-tahun formatif mereka akan membantu mereka menjadi orang yang berbelanja dengan bijak dan penabung yang baik pada masa akan datang. Ia sesuatu anda berdua akan terima faedah kelak. 

6) Anda dalam penafian. 
Anda perlu fahami kewangan anda sendiri. Tidak kira berapa banyak buku anda baca atau berapa ramai penceramah bercakap di depan anda, semuanya tidak berguna jika anda tidak mengkaji sendiri kewangan anda. Misalnya, anda tidak boleh minta bantuan jika anda tidak tahu dengan tepat apa yang salah dengan situasi anda. Mengharapkan terbaik tidak berhasil juga. Optimisme TIDAK akan menyelamatkan anda tetapi mempunyai pegangan padu pada kewangan anda akan membawa anda ke sana. 

Jangan biarkan tanda-tanda ini menghentikan anda daripada mengatasi masalah kewangan anda. Buat yang terbaik bagi menghapuskan tabiat yang mengekalkan anda jahil dari segi kewangan. Apa yang diperlukan ialah pengawalan kewangan anda, buat selamanya.

Ziela Jalil Campur Tangan Bagi Memulihkan Salah Faham Sharnaaz & Lisdawati

ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 FEB 2014: Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Zeel Productions, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad. Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah. "Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar. 

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini pun tidak ada mengadu apa-apa kepada saya. "Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ziela diminta mengulas selepas Lisdawati mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut dalam sebuah laporan. Sharnaaz bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut dan akui Lisdawati cuba memfitnahnya. Dalam pada itu, Ziela memberitahu dia tidak merasakan Sharnaaz boleh bertindak sebegitu kerana mengenali pelakon tersebut aktor itu seorang yang tenang dan menghormati orang lain serta menganggap ianya sebagai salah faham sahaja.

"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran dan sentiasa commited dan disiplin dalam kerjanya, bila jadi isu yang saya anggap kecil dan mungkin salah faham kini namanya semakin buruk. "Begitu juga dengan Lisdawati, dia bukan seorang yang suka bergaduh dan saya harap ianya dapat diselesaikan," jelasnya lagi. Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Tuesday, 25 February 2014

Perkara Mudah Tapi Susah Nak Dibuat

Petua Mudah 

Petua Menghalang Bulu Pertumbuhan Bulu Ketiak













Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

Petua Melebatkan Rambut













Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.


credit

Anak Dara Kena Baca Ni!!

Tips-tips untuk anak dara
Gambar Hiasan


Dalam dunia moden yang serba 'trendy' ini kemungkinan ramai di antara kita yang sudah lupa dengan petua-petua lama. Di sini admin ingin memberikan beberapa petua lama untuk anak-anak dara di luar sana semoga sentiasa kelihatan menawan dan cepat dipinang orang. Amalan petua ini juga boleh di amalkan oleh ibu-ibu dan pasangan yang sudah berkahwin.










1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Panas! Bercerai Lagi Artis Kita

Liza Abdullah Bercerai Talak Satu

Gambar Hiasan









KUALA LUMPUR, 24, FEB 2014: Pelakon terkenal, Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05petang semalam.
Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.
Menerusi laporan Mstar Online, suasana di dalam kamar pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai.
Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil.
Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.
Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di mahkamah.
Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut.
Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah.
Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun,mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.
Takziah diucapkan buat keluarga.

Kim Kardashian Lakukan Pembedahan Plastik

Kim Kardashian lakukan pembedahan plastik pada payudara

Gambar Hiasan

Punyalah beria Kim Kardashian nafikan lakukan sebarang pembedahan plastik pada punggung beliau, sememangnya punggung beliau bersaiz demikian, namun kali ini memang jelas terserlah Kim dilihat di pejabat pakar pembedahan plastik!

Dalam episode Keeping Up With The Kardashians, Kim dan teman baik beliau, Jonathan Cheban telah melawat pakar pembedahan plastik, Dr Simon Ourian, untuk tangani masalah tangan Kim yang berkedut.

Kim juga menggunakan rawatan laser untuk mengurangkan kesan regangan pada payu dara beliau, hasil menyusukan North, anak sulung beliau bersama Kanye West.

Relationship Facts

Interesting Facts About.. Dating & Relationship
Example

  1. Couples usually wait until six to eight dates before they are willing to enter into an exclusive relationship.
  2. The most common time for breakups is around three to five months.
  3. One in three teenagers have experienced violence in a dating relationship.
  4. On average, it takes between 12 to 14 dates before couples will trade house keys.
  5. On free dating sites, at least 10% of new accounts are from scammers.
  6. If a man can’t decide what to wear on a date, he might want to wear blue. Studies show that women are attracted to men in blue.
  7. Ninety-two percent of single parents would rather date other single parents.
  8. 33% of online daters from a relationship, 33% do not, and 33% give up.
  9. Four out of 10 workplace dating relationships result in marriage.
  10. Typically, dating specialists suggest waiting until the third date to cook someone dinner at home.
  11. Nearly 40% of men do not feel confident meeting a woman for the first time.
  12. Body language studies show that revealing areas of the body that aren’t usually on display (such as the inner wrist, the inside of the upper arm, ankles, feet, inside calf muscle, and the nape of the neck) has an immediate effect on a date and shows an instant liking.
  13. If a woman is interested in her date, she will often smile at his jokes, play with her hair, fidget with an object such as a glass, blush when he pays her a compliment, pout or pucker her mouth, stumble over words, or lean in towards him.
  14. Signs that a woman is not interested in her date include avoiding eye contact, faking a smile or not smiling, leaning away, answering in monosyllables, sagging her shoulders, looking at her watch, tapping her foot, or staring blankly.
  15. Dating specialists suggest that if a woman doesn’t return a call after two messages, she is not interested.
  16. Statistics show that trying to get a relationship to work with an ex doesn’t usually work. The case where it might work is if there were extenuating circumstances of the breakup, such as one of couple had been going through a family tragedy or moved.
  17. On average, daters will kiss on the second date.
  18. Five types of women that men tend to avoid are serial flirters, someone who talks about marriage too soon, clingy women, the party-girl, and a woman who talks too much or is drama queen.