Tuesday, 25 February 2014

Ade Lagi Haruan Makan Anak!!!


Haruan dan Anak...JGN TAK BACA!!

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih
kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak
kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua
tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia
suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat
rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak
balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak
berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa...
berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam
selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu
karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok
buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon
nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok.
Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.
Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.


Hehe.. jangan fikir yang bukan-bukan ye.. Admin dapat cite ni pun dari blog lain. Tabik untuk Blogger tersebut.

credit

Tips Untuk Para Isteri

TIPS MENAMBAT HATI SUAMI


Gambar Hiasan
Para isteri pasti ingin menjadi isteri yang sempurna dipandangan mata suami. Di sini admin ingin memberikan beberapa tips mudah untuk menmbat hati suami anda:

1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami

Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

Sekian sahaja coretan dari admin. Diharapkan tips-tips ini dapat menjadi panduan kepada si isteri supaya dapat membentuk keluarga bahagia disamping suami tercinta.

credit

Monday, 24 February 2014

Macam Mana Ingin Memikat Hati Bakal Mertua

CARA MEMIKAT HATI BAKAL MERTUA

           
Gambar Hiasan
Secara lazimnya bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga sudah semestinya ingatkan seorang pasangan yang bahagia serta mertua yang penyayang. Ha, bab mertua inilah yang agaknya payah sedikit bagi kitakan?? Anaknya memang sudah dapat kita tangani tetapi bila melibatkan individu ini kebanyakannya masih ramai lagi yang tidak dapat memikat mereka. Mari kita lihat beberapa tips untuk memikat bakal mertua.


1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

Oklah, setakat ini sahajalah yang dapat saya berikan semoga beberapa tips ini dapat memudahkan anda serta digunakan sebagai panduan. Sekian terima kasih.

Apa Kes Ni??

PANAS! : Syarnaaz difitnah memukul Lisdawati??

KUALA LUMPUR, 24 FEB 2014: Aktor, Sharnaaz Ahmad akui dakwaan Lisdawati yang menuduhnya menyerang pelakon wanita itu di lokasi adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan. 
Malah, Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita.

“Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.“Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut  di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Berikutan insiden itu, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah  (IPD) Dang Wangi.

Sharnaaz yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan itu  mendakwa apa yang diceritakan oleh pasangan suami isteri tentang isu tersebut hanyalah luaran sahaja mengenainya. “Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada.

“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” jelasnya lagi.

Dalam laporan akhbar itu, Lisdawati dan suami turut mendedahkan antara pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang telah dihantar oleh Sharnaaz.

Mengapa Wanita Cantik Bercerai??

Mengapa wanita cantik bercerai?

Sekadar Gambar Hiasan
Baru-baru ini kita mendengar berita penceraian artis Malaysia yang secara logiknya nampak bahagia diluaran tetapi bagaikan duri di dalam. Mengapakah perkara seperti ini sering terjadi kepada wanita-wanita cantik. Cuba kita kupas sedikit isu-isu mereka ini.

Jadi persoalan kali ini, mengapa wanita jelita bisa diceraikan?

Taksub dengan diri sendiri

Bukan nak kata semua orang cantik miliki sifat vain, narcissist atau terlalu taksub dengan paras rupa sendiri tetapi kadang kala itu yang menjadi perkara pertama yang merapuhkan hubungan. Hubungan bukan berbentuk sehala malah perlu ada pertalian dan kerjasama. Kalau sibuk ke salun kecantikan dan tidak hiraukan si dia, tidak berguna juga.

Terlalu yakin

Teman saya pernah berkongsi bahawa beliau tidak gemar berpacaran dengan wanita yang terlalu cantik kerana biasanya mereka terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga tidak ada cubaan untuk baiki diri sendiri atau cubaan untuk selamatkan hubungan. 

Tiada personality

Mula berkenalan dan berpacaran memang seronok, dapat lihat wanita jelita setiap hari dan menjadi bahan cemburu lelaki lain. Tetapi bagi jangka masa panjang, lelaki akan cepat bosan apabila tiada bahan lain yang boleh dibualkan. Kecantikan juga bisa pudar tetapi personality menarik pasti menyelamatkan keadaan.

Cemburu

Wanita cantik biasa menjadi perhatian di mana-mana. Tak semestinya perlu menjadi selebriti untuk mendapat perhatian orang. Seandainya si dia tidak dapat biasakan diri dengan perhatian yang wanita cantik terima setiap hari, mungkin cemburu membuta akan makan hubungan ini.
Pengajaran di sini, paras rupa bukanlah segalanya dalam suatu hubungan. Bukan paras rupa juga yang perlu disalahkan kerana berakhirnya suatu hubungan. Kadang kala sudah tertulis akan ketiadaan jodoh. Yang penting, jangan berhenti cuba mencari kebahagiaan.
Mungkin inilah beberapa faktor penting yang menjagi punca keretakan rumah tangga wanita cantik. Namu tidak semua contoh yang diberikan adalah betul. Faktor-faktor lain juga mungkin berkaitan. Dalam erti kata lain, andai jodoh kita belum lagi sampai maka sejauh mana kita berusaha pun pasti akhirnya menemui jalan buntu.

Miley Cyrus Buat Hal Lagi..

Miley Cyrus mengajar budak-budak jadi tidak senonoh??

Gambar Hiasan
Apa lagi tentang Miley Cyrus? Penanyi Disney ini sekali lagi muncul dengan kontroversi terbaru walaupun dia sebenarnya sibuk membuat persembahan konsert. Ada ibu bapa kepada para peminat Miley yang telah membuat aduan tentang cara persembahannya ketika konsert 'Bangerz'. Mereka telah mendakwa bahawa penyanyi 21 tahun ini sering membuat aksi-aksi ranjang di pentas dan kelihatan seperti 'soft porn'.

Miley pula tidak minta maaf atas cara dia menjalankan konsert dan berkata bahawa dia sedang 'mengajar budak-budak' yang datang ke konsertnya. Sebab konsertnya akan berlangsung di tempat-tempat yang berlainan, Miley kononnya suka menunjukkan "seni" dari segi muzik dan persembahannya di pentas. Dia juga menyatakan bahawa muziknya boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada anak-anak muda.

Selain itu, dia juga berkata dia bukan lagi seorang kanak-kanak dan telah menjadi seorang wanita dewasa yang ingin membuat apa sahaja untuk menonjolkan identiti dirinya.

Sebenarnya, sebelum ini penyanyi 'Wrecking Ball' ini telahpun berkata dia bakal 'mengajar' budak-budak ketika tour 'Bangerz'. Nampaknya ibu bapa terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan supaya anak-anak mereka tidak muncul di kaca TV kelihatan seperti Miley Cyrus.

Oscars 2014 Countdown

Oscars 2014 countdown: Hot men, pretty women

oscars-2014-countdown-hot-men-pretty-women
Gambar Hiasan

We can't wait to catch the red carpet event during the 86th Academy Awards this coming week. If you're as excited as we are, you must be counting down to the 2014 Oscars, too!

While we wait, we look at a few of the hot men and pretty women who will be gracing the prestigious awards ceremony.

Sandra Bullock

Gambar Hiasan


Why we love her?

Her performance in 'Gravity' was a completely different character from her usual romantic comedy/action packed movies. Bullock was faced numerous challenges as she was acting most of the scenes alone, in isolation. Oh, and we love the way she laughs. Are you rooting for her to bag the Best Actress award this year?

Amy Adams

Gambar Hiasan


Why we love her?

Amy Adams caught our attention in 'Happily Ever After', a romantic comedy which she co-starred with Patrick Dempsey. She sings, acts and shock us in her alluring role as Sydney Prosser. Her co-star in 'American Hustler', Bradley Cooper even acknowledged her as 'so sexy, so dangerous'. 

Jennifer Lawrence

Gambar Hiasan


Why we love her?

From 'Hunger Games' onwards, the 'girl on fire' has won the hearts of many viewers and is still the youngest female star with three Oscar nominations. Her supporting role in 'American Hustler' alongside Christian Bale shows a different side of Lawrence altogether. Will she set another record with a new award this year?

George Clooney

Gambar Hiasan


Why he's hot?

He may not be nominated, but George Clooney is by far one of the hottest man alive (agree?). He charms women of all ages and even though he wasn't very good looking in an astronaut suit, we'd buy it if he said he is a real astronaut. He looks that credible. Seriously.

Leonardo DiCaprio

Gambar Hiasan


Why he's hot?

We remember the young lad from 'Titanic' who eventually almost 'killed' our minds in 'Inception'. Leonardo DiCaprio hasn't won any Oscars as of today, though he had been nominated a couple of times. Do you think his performance in 'The Wolf Of Wallstreet' can bring him gold?

Matthew McConaughey

Gambar Hiasan


Why he's hot?

This Australian celebrity was such a charmer in '10 Days To Lose A Guy'. He should've gotten an award for 'Magic Mike' because he was so sought after, the extra cast actually did tear off his underwear while they were filming. McConaughey lost 21kg for his role as Ron Woodroof in 'Dallas Buyers Club', while another fellow nominee, Christian Bale put on 18kg for his role in 'American Hustler'.

Now, who's your favourite hottie on the upcoming red carpet? Share with us.

Isteri Lebih Sihat Jika Suami Rajin

Suami rajin kerja, isteri lebih sihat!

Pelik bukan, biasanya kita mahukan suami menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama kita namun menurut kajian saintifik rupanya lebih lama masa suami anda habiskan di pejabat, kesihatan anda sebagai si isteri akan bertambah jadi lebih baik!

Kajian University of Texas dapati bahawa peningkatan sumber pendapatan di rumah merupakan alasan utama kenapa si isteri lebih sihat. Yalah, apabila suami lebih rajin di pejabat, cenderung mendapat kenaikan gaji dan pangkat. 

Kalau begitu, tidak mengapa, abang tak perlu balik rumah. Duduk sahaja dekat pejabat!

Awas, pastikan suami bekerja di pejabat, bukan mengerjakan benda lain ya. 

P/s : Suami-suami perlu kerja lebih kuat ya supaya isteri anda tidak sakit-sakit!

Sunday, 23 February 2014

Khasiat Kopi Untuk Wanita

Minum kopi boleh kecilkan saiz payudara!



Gambar Hiasan
Bagaimana anda mulakan pagi anda? Pasti dengan secangkir kopi. Namun pasti tangan akan terhenti mencapai cawan kopi pagi ini apabila mendapat tahu bahawa kajian terbaru membuktikan bahawa kopi mungkin mneyebabkan saiz payudara anda mengecil!

Para saintis dapati bahwa minum tiga cawan kopi sehari boleh buatkan saiz payudara wanita mengecil.

Bukanlah akan hilang dalam satu malam, tambahan berita baik adalah kopi boleh mengurangkan risiko barah payu dara. 

Jadi harus berhenti minum kopi? Tidaklah sampai begitu namun boleh kurangkan dos seharian sahaja.

credit


Apa Itu Istiqamah??

 Cara Mencapai Istiqamah 
Gambar Hiasan

Anda pernah atau biasa mendengar perkataan Istiqamah. Mengikut syarak, Istiqamah bererti teguh pada jalan yang benar, lurus, berpegang pada akidah Islam dan mengamalkan syariatnya dengan tekun tanpa berubah. 

Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk mencapai Istiqamah dengan jayanya. Istiqamah boleh kita capai dengan menjaga sepuluh perkara berikut :

1. Menjaga lisan dari membicarakan fitnah dan aib orang lain

2. Menjaga hati dari prasangka buruk

3. Menjauhi diri dari menghina orang lain

4. Menghindarkan pandangan dari melihat perkara haram

5. Berkata benar dalam setiap tindakan

6. Bersedekah sebahagian harta pada jalan Allah

7. Tidak terlalu berlebihan dan membazir jika berbelanja

8. Tidak mencari kebanggaan dan kekuasaan untuk diri sendiri

9. Menjaga solat lima waktu tepat pada waktunya

10. Teguh pendirian terhadap Al-Quran dan Sunnah

Seandainya 10 perkara ini dapat anda capai maka dengan mudahnya anda akan berjaya mencapai istiqamah ini. Namun selalunya kita akan sentiasa berdepan dengan rintangan dan halangan kerana syaitan itu selalu ada untuk menghasut dan menjatuhkan keturrunan Adam  A.S dan pengikut Rasullah S.A.W.

Sebelum memulakan sesuatu, kuatkan iman, tunaikan solat 5 waktu dan selalulah membaca Al-Quran serta membuat 'research' berkaitan hal-hal agama atau pun lebih senang sekiranya kita bertanya dengan orang yang lebih arif tentang berkara-perkara yang berkaitan.

Insyaallah...Semoga persinggahan seketika anda di sini dapat memberi kenikmatan santapan buat mata dan hati bersama pengisian rohani dan semoga juga kita semua dapat beristiqamah dan dapat melakukan amal ibadat dengan lebih yakin, khusyuk dan ikhlas kerana Allah SWT.